Wednesday, March 25, 2015

#5 Punca Utama Perut Buncit | Makanan

Assalamualaikum and hi all :) 


Berdasarkan keluhan pelanggan yang order SET KURUS BAJET kebanyakkannya ada masalah perut buncit. Disini aqma senaraikan 5 jenis makanan punca utama masalah perut buncit.

1. Manisan

Makanan yang mempunyai tinggi kandungan gula akan menjadikan kandungan lemak juga bertambah. Gula adalah makanan yang boleh menggemukkan dan ia akan menggemukkan seluruh tubuh badan. 


Coklat memang sedap tapi kita boleh buat pilihan untuk kata tidak demi perut idaman :)

2. Makanan Bergoreng 

Di Malaysia sangat popular makanan bergoreng. Malah dari kecil lagi kita dah dibiasakan makan makanan bergoreng seperti nugget, tempura dan sosej atau mudah dikenali sebagai cucuk2. Kebanyak makanan jenis segera / fast food adalah makanan bergoreng dan tinggi kandungan garam dan lemak trans. Apabila kandungan garam dan lemak trans tinggi dalam badan, ia akan terkumpul dan menjadikan perut buncit. 


ada banyak lagi makanan sihat yang kita boleh cepat dapat dan berkhasiat seperti buah-buahan :)


3. Minuman Berkarbonat 

Jika kita pergi ke restoran fast food, air pilihan kita adalah air berkarbonat. Sesungguhnya air berkarbonat itu mempunyai tinggi kandungan gula dan tinggi kalori. Bila ambil minuman yang tinggi gula, semakin lebar lah ukur lilit pinggang.. Mahukah anda minum berbelas sudu gula setiap gelas air berkarbonat? 


Sungguh tak sanggup nak minum gula banyak ni. Pilih paling kiri sekali :)


4. Nasi putih dan karbohidrat

Part ni ramai yang akan bantah. Boleh makan nasi tapi tukarlah makan nasi beras perang dan roti warna coklat tu. Beras perang dan roti gandum asli mengandungi khasiat fiber yang tinggi supaya lawas kita membuang toxin yang tidak diperlukan oleh badan. Namun, jangan makan banyak. Cukup hanya segenggam sahaja. 


Dari makan nasi putih, kita bertukar kepada nasi beras perang. Lagi elok jangan makan nasi langsung. Lagi cepat perut kempis. Sungguh! :) 


5. Bijirin 

"Eh, bijirin ni kan recommended food untuk turunkan berat badan, kenapa jadi punca perut buncit pula?"

Ya. Memang bijirin adalah makanan untuk turunkan berat badan. Namun ramai yang ambil lebih daripada jumlah yang disyorkan untuk setiap hidangan. Adalah digalakkan makan bijirin dengan susu rendah lemak bukan dengan susu manis Cap Teko contohnya. Hal ini kerana ia akan menjadikan bijirin sarapan anda tinggi kandungan gula dan sekaligus menjadi punca perut buncit. 




So, ini adalah 5 Punca Utama Perut Buncit dari segi pemilihan makanan. Rahsia nak kempiskan perut buncit adalah 80% makanan dan 20% senaman. Cara amalan pemakanan kita sangat mempengaruhi proses kempiskan perut dan turunkan berat badan. 


Nak tahu lebih lanjut tentang SET KURUS BAJET yang dah bantu ramai orang dapatkan perut kempis dan berat badan idaman boleh terus contact aqma ya. Jangan tunggu sampai perut boroi menghantui anda~ 

Till then,

ainul_aqma@yahoo.com

1 comment:

  1. terima kasih ilmunya... peringatan untuk acik jgk nie..perut dah kedepan nie

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...