Review Asam Pedas Untuk Dia | TERBAIK!

Thursday, March 19, 2015
Assalamualaikum all :) 

Sekarang ni heboh dah drama bersiri baru kat TV3, Asam Pedas Untuk Dia Slot Dahlia. Apa yang aqma boleh rumuska jalan cerita drama ni memang best! Terbaik! 

Aqma kalau tengok drama yang adaptasi ni mesti aqma akan baca novel die juga. Tapi lain pulak untuk Asam Pedas Untuk Dia ni.. rasa tengok drama lagi best dari baca novel. Tahniah juga buat Pengarah drama Asam Pedas Untuk Dia sebab buat drama ni nampak simple je yet full of messages and bermain dengan emosi penonton. 


Apart from the production crews of course la a BIG applause untuk pelakon Asam Pedas Untuk Dia ni. One thing about drama2 ni aqma akan tengok pelakon drama tu dulu baru akan teruskan tengok *kalau handsome haruslah melekat tengok* So, pelakon utama Asam Pedas Untuk Dia adalah Shukri Yahaya dan Dayana Roza. Both are very good in playing roles as Encik Ahmad Ziyad and Ainin Sofea. 


Ahmad Ziyad dan Ainin Sofea

Handsome la juga Shukri Yahaya ni. Sebaya pulak dengan Shukri Shariff. Eh? 


Cara diorang gaduh, cakap mulut dalam hati semua real. Tak fake langsung. Even watak Mak Ainin pun real je. One more thing yang aqma perasan dalam cerita ni pemilihan pelakon memang terbaik. Sebagai contoh adik beradik Ahmad Ziyad muka semua lebih kurang sama dengan umi mereka iaitu Puan Hajjah lakonan Fazlina Hj. Ahmad Daud. 



Bila dah ada watak yang kita suka, mestilah ada watak yang kita benci kan? haruslah benci dengan sikap si Farhana tu iaitu adik kepada Encik Ahmad Ziyad. Farhana suka marah-marah Ainin tapi yang best of course la abang and umi die back up Ainin balik. Hihihi. Oh ya, watak Farhana ni dimainkan oleh Ardell . Aqma xkenal Ardell ni. Kenal dia seorang pelakon  dari watak cita Asam Pedas Untuk Dia ni la :) Good platform untuk Ardell lebih maju in career. 



Another watak yang aqma stress tengok adalah watak Zarul iaitu adik kepada Encik Ahmad Ziyad. Tak suka watak dia yang asyik nak mengurat Ainin. Eeeee! Sepak nak? Sibuk je nak pegang2 Ainin la nak jalan2 laaaa.. Ainin tu Encik Ahmad Ziyad punya laaa. *emo nau aku ni. maaf readers!*


Ni akaun instagram Shaffiqsahli a.k.a Zarul untuk korang follow ya. SINI


Sekarang dah sampai episod 20. Ada lagi 4 episod sebelum habis. Alahai rasa tak nak je cerita Asam Pedas Untuk Dia habis sebab memang best sangat2. Terutamanya nak tengok Encik Ahmad Ziyad and Ainin Sofea tu berperang and bermanja. Hahaha. 


Dear readers, jangan lupa tengok Asam Pedas Untuk Dia setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7 malam hanya di TV3! :) 



Till then.
Love,
A.aqma

p/s: Nak turunkan berat badan mudah klik SINI
Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...