Tips Kurus #1: Kebaikan Air Detox Untuk Kempiskan Perut

Saturday, April 4, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Now dah masuk April 2015, ada lagi yang masih belum capai target untuk turunkan berat badan?

Antara cara yang tengah famous dan mudah sekarang adalah minum DETOX WATER.





Kenapa perlu DETOX?

Proses detox atau detoxification adalah penting semasa proses turunkan berat badan. Ia membantu membersihkan badan daripada toxin punca perut buncit dan berat badan berlebihan.

Selain itu, proses detox juga membantu meningkatkan kesihatan kulit agar kulit sentiasa lembap, halus dan licin.


Cara-Cara Buat Air Detox @ Detox Water


Bahan-bahan:

1-2 Liter air putih

1 Timun

1 Lemon

1 Oren

10-15 daun pudina segar


Cara Penyediaan:

1. Potong semua buah-buahan diatas secara bulatan.

2. Masukkan semua buah-buahan yang dah siap dipotong kedalam jug atau bekas air yang muat 1-2 liter air.

3. Masukkan 1-2 liter air putih.

4. Masukkan campuran ini kedalam peti sejuk. Biarkan selama 8 jam.

5. Selepas 8 jam boleh la kacau dan terus minum.


 Mudah je kan cara penyediaan Detox Water ni? Tak perlu blend apa2 or shake apa2 just mix all the ingredients. Amalkan setiap hari. Anda pasti teruja bila tengok perut semakin kempis dan dah tak perlu berjam-jam ditandas.






Semoga bermanfaat :)

Terima kasih membaca entry ini.

Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...