My Seoul, Korea Trip : Day 1

Friday, May 15, 2015
Assalamualaikum all :) 

Okay meh sambung day 1 punya cerita masa pergi Seoul ritu. Flight kitorang dalam pukul 8.00am. So, bersedia di airport seawal 5 pagi. Memang kena awal sebab nak check in bag bagai. Tapi kitorang dah web check in thank you to erda. :) 

Flight alhamdulillah tiada delay2. 8.00am dah terbang. Hehehe. 6 jam mereput. Aqma duduk tengah2. Erda sebelah kiri, Ariff sebelah kanan masing2 tidur je lah kejenya sebab dah bangun awal pagi nak pergi airport kan :)



Alhamdulillah flight sampai dalam pukul 3.45pm (waktu Seoul). Masing2 kecewa sebab tak sejuk. Muahahaha. Poyo betul. Proses imigration agak slow untuk barisan Ariff and me. Zzzz. Korang nanti ada borang kena isi, so isi betul2 make sure lengkap alamat korang nak stay tu nanti.

Muka happy masing2 dah touchdown Incheon Airport

Bila selesai semua imigresen kitorang terus beli T-Money kat kedai ala2 7E namanya GT25 (kalau tak silap). Harga T-Money tu 3,000 Won campur topup 20,000 Won so total 23,000 Won.

Oh ya, sebelum tu jangan lupa ambil map kat Information Center dorang ea..

Terus la kami keluar dari airport menuju ke tempat bas menuju ke Guest House Korea di Jongno. Namun perjalanan kami agak banyak delay sebab banyak jalan tutup disebabkan ada demonstrasi katanya.

Polis Korea yang mungkin masih under trainee. Muka comel2 lagi. Hahaha

Alhamdulillah pakcik Driver tu drop kan kitorg kat satu jalan ni. Kitorang ingatkan jauh lagi la Guest House kitorang, tapi rupanya pakcik tu turunkan betul2 depan lorong yang Guest House :) 

Lepas mandi2 solat semua haruslah kelaparan. Then kitorang manapak cari makanan. Ya rabbi susahnya. Yang sedap menyelerakan semua dijual bersama2 cik B :(

Last2 kitorang g 7E je minum Banana Milk and makan Shin Ramyun..sejuk sikit malam tu tapi boleh tahan lagi la.. 

Syoknya erda makan ramyun~



Dalam pukul 11 camtu kitorang balik untuk menempuh pengembaraan hari esok pulak.

Okay, jumpa next entry ya. 


My Seoul, Korea Trip: Day 2



Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature