Impian Semakin MUDAH Dicapai Dengan 5 Tips Ini.

Monday, July 6, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Hari ni nak cerita sesuatu yang kadang2 berlaku dibawah paras separa sedar. Nama lainnya adalah berangan atau nama moleknya memasang IMPIAN. Korang suka berangan tak? Aqma suka berangan taw. Hihihihi. Bila benda yang kita dok berangan jadi realiti, kadang2 rasa macam tak percaya je.. hehehe

Ramai yang pasang IMPIAN tapi just biarkan impian tinggal impian. Ish ruginya jika kita tak manfaatkan kudrat yang ada untuk jadikan impian kita sebuah realiti..

Berikut adalah 5 Elemen yang perlu ada dalam diri untuk jadikan impian sebuah realiti.


1. Kenal Pasti IMPIAN



Kita kena ada impian yang jelas. Bila kita ada impian yang jelas, sesuatu yang boleh dicapai, tahu bila nak capai in shaa ALLAH lebih mudah nak jadi realiti. Kategorikan impian anda kepada dua iaitu Jangka Pendek dan Jangka Panjang. In shaa ALLAH bila impian jangka pendek dapat dicapai in shaa ALLAH impian jangka panjang akan menyusul dengan mudah. 


2. Buat Dream / Vision Board 


Contoh Dream Board
Apabila anda dah kenal pasti impian anda, tulis semula pada kertas/ buku catatan / diari. Ini supaya anda lebih nampak jelas dan tidak hanya berkepul2 di awangan minda. Gituuuuu..

Then, buat Dream/ Vision Board. Guna kadbod or manila card pun boleh. Tampal besar2 gambar2 impian anda. Bila dah siap, letak pada tempat yang senang nampak setiap hari supaya setiap hari sebut, setiap hari bayangkan impian tu.

Mudah je sebenarnya. Jika buat Dream Board pun malas macam mana nak usaha capai impian tu jadi realiti?  ^_^

My Dream Board. *part nak perut macam Gwen Stefani palig mencabar!!*

3. Sikap POSITIF 




Apabila dah pasang sesuatu impian tu, kita kena percaya yang kita boleh capai impian tu. Jangan sesekali pandang rendah pada impian anda. Bila kita positif, kita percaya kita boleh capai impian automatik kita akan berusaha dengan lebih baik.

Cuba bayangkan, impian anda nak habiskan setiap marathon yang anda sertai. Kalau masa mula2 lari dah fikir mesti penat, mesti tak larat maka akan betul2 jadi dan anda tak dapat habiskan pun marathon tu. TAPI bila fikirkan "aku boleh. Sikit je lagi ni.. " maka, In shaa ALLAH memang boleh pun habiskan larian anda sehingga ke garisan penamat :) 


4. Cerita impian anda kepada orang yang anda PERCAYA


Bila kita bercerita pada orang lain itu menunjukkan kita betul2 serius untuk capai impian itu. Contoh kalau seorang lelaki tu nak kahwin dengan wanita idaman dia, kena la bagitahu wanita tu. If tak bagitahu diam saja memang tak dapat la nak kahwin.

Macam aqma dulu ingat lagi masa belajar ada nak buat trip ke Korea tapi tak jadi sebab tak ramai member yang berminat. Then masa kerja di IJN dulu, cerita pasal impian nak pergi Korea ni rupa2nya member pun aim nak pergi Korea juga. So, lagi senang dan berdedikasi la aqma dan kawan2 nak kumpul duit semua. Cuba kalau sorang2 mungkin lambat lagi nak ke Korea tu. Hehehe.

Klik SINI untuk cerita Korea trip saya :) 
Namun INGAT, cerita pada orang yang betul. Jangan cerita pada orang yang suka down-kan anda. Nanti ada la aura negatif dia melekat pada anda. Minta elak benda aura negatif ni. In shaa ALLAH ada yang sudi bantu :) 


5. Berusaha ke arah mencapai impian




Apabila dah sebut2 selalu, dah tengok selalu impian tu kat Dream Board hari-hari, kita kenalah berusaha untuk menjadikan ia sebuah realiti. Jika tak tahu macam mana nak capai impian tu, boleh rujuk pada yang dah berjaya/ yang pakar. 

Contohnya impian anda nak buat saving RM50,000 sebelum usia 30 tahun. Nak guna duit gaji sahaja mungkin mustahil. Jadi buat business boleh jadikan side income dan tambah amount duit simpanan bulanan. Tak tahu nak buat business? Cari orang yang dah berjaya dan tanya rahsia kejayaan mereka.

Hit us at +60102534217 to be part of our team and generate MORE income at least RM2000 every month!
Tidak salah bertanya sebagai permulaan langkah. Yang salah adalah hanya diam dan tidak bertindak. Lama2 harapan pun menjadi layu. Kita kan dah tanam sikap positif. So, tiada yang mustahil. In shaa ALLAH. Berdoa kepada ALLAH supaya dipermudahkan setiap urusan. 


Semoga 5 Tips MUDAH diatas dapat bantu anda capai impian anda yang selama ni teragak-agak nak dilaksanakan. Jangan biarkan impian anda hanya berada dikepul2 awan sahaja ya. Jadikan ia realiti yang boleh anda banggakan! Bukan untuk orang lain, untuk kepuasan diri sendiri juga. In shaa ALLAH. 

I wish you all my readers all the best. Keep fighting! 

Till we meet again,
Thank you for reading,
#ainulaqma
3 comments on "Impian Semakin MUDAH Dicapai Dengan 5 Tips Ini."
  1. Salam singgah sini. bestnya dapat pergi korea. hpe one day, yong pun dpt pi melancong ke overseas. btw x jmpa button follow nak follow blog aqma :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Farhain/ yong, in shaa ALLAH one day awak pun boleh g jenjalan.. hehehe.. Dah ada button follow kat atas tu :)

      Delete
  2. amin..pc ni problem kot dear. sy tak boleh follow blog lg. bila sy klik follow kan keluar error 404, bad request. Takpa, nanti saya cuba lagi ye :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature