Top Social

10 Tips Kempis Perut Waktu PMS [WAJIB BACA!]

Thursday, August 20, 2015
Assalamualaikum and hi all :) 

Biasa tak waktu2 dah nak dekat period datang tu selera makan lain macam sikit? Selalunya ada je craving nak makan itu, nak makan ini. Perut buncit adalah simptom normal yang berlaku apabila Premenstrual Syndrome (PMS). 

Hal ini disebabkan oleh hormon estrogen dan progestron berubah-ubah pada waktu ini. Perubahan hormon ini memberi kesan kepada saluran usus anda. 

Disini aqma nak bagitahu 10 Tips untuk kekal perut kempis walaupun PMS. Nanti tak muat pulak nak zip jeans semata-mata PMS symptom. hehehe


1. Hentikan ambil makan yang tinggi sodium (garam)

Makanan yang tinggi garam adalah seperti makanan dalam tin, makanan segera, dan daging yang diproses. Hal ini kerana sodium akan menjadikan air meresap air dalam badan berlebihan. 



2. Minum lebih banyak air. 

Percaya atau tidak, extra cecair yang masuk dalam badan sangat membantu untuk mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan. 

Cuba anda minum 3 liter air putih sehari. Anda akan kerap ke tandas dan anda dapati perut anda semakin kempis. Cubalah! 




3. Elakkan makan karbohidrat. 

Karbohidrat yang dimaksudkan adalah roti putih, pasta, kentang goreng dan sebagainya. Apabila karbohidrat dipecahkan kepada glukos dan disimpan dalam badan sebagai glycogen menjadi tenaga. lebih banyak carbohidrat disimpan dalam badan, anda akan rasa lebih berat. 


4. Bersenam.

Dengan bersenam ia akan membuatkan anda berpeluh dan mempercepatkan proses penghadaman. 
Pastikan anda berjalan sekurang2 nya 17 minit setiap hari untuk pastikan makanan sampai ke saluran perkumuhan dengan cepat. 



5. Ambil calcium dan magnesium 

Kandungan calcium dan magnesium akan berlawan dengan sodium dalam badan anda. Apabila anda ambil magnesium, ia akan mengarahkan badan untuk mengeluarkan garam berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. 


6. Hentikan makanan ringan.

Makanan ringan tinggi kandungan garam, gula, lemak dan berminyak. Makanan yang mempunyai ciri2 tersebut adalah sukar dan lambat untuk dihadam. 




7. Tingkatkan pengambilan protein

Tingkatkan pengambilan protein dalam makanan anda seminggu sebelum dan semasa menstruasi. Kandungan protein sangat membantu untuk memberi kesan diuretic (senang lawas) pada badan anda. 


8. Elakkan makanan tenusu 

Makanan tenusu seperti keju yang mengandungi laktosa akan menambahkan buncit atau 'bloating' pada badan. 




9. Elakkan minuman bergas

Kandungan caffein dalam minuman bergas menjadikan badan anda dehydrated. Sekaligus menjadikan air lebih menyerap kedalam badan anda dan membuatkan anda bertambah tembam. 


10. Banyakkan makan sayur-sayuran bersifat 'water-flushing'

Sayuran ini adalah seperti timun, asparagus, brokoli, carrot, kobis dan tomato. Sayur-sayuran ini membantu mengurangkan air dalam badan anda. 




Selesai 10 Tips Kempis Perut Waktu PMS. Semoga bermanfaat ya wanita sekalian. No more nak melantak waktu PMS. Semuanya terkawal~~ 



Thank you for reading my entry :) 
Love, 
#ainulaqma


Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature