5 Sebab Kenapa Saya Suka Travel

Sunday, November 29, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Bila dah hujung tahun ni mula lah mood bercuti menjelma. Semua berebut2 nak plot cuti memasing kan? Bebudak sekolah pun dah mula cuti, jadi antara aktiviti menarik untuk spend masa bersama keluarga dan rakan-rakan adalah dengan pergi bercuti.

While for me, hujung tahun adalah masa untuk plan holiday for next year. Yahoo ! masa untuk mengumpul duit dan menggembleng tenaga. yeah! Aqma sangat2 suka pergi travel sebabnya.........

1. Pengalaman

Bila pergi bercuti ke tempat orang sangat banyak pengalaman yang kita boleh dapat. Antaranya budaya mereka seperti cara mereka bercakap, makan, layan tetamu dan sebagainya.

Seoul Metropolitan Map
Kat Malaysia baca map shopping mall pun fail. Tapi bila pergi Korea eh pandai pulak baca map selirat ni. Itulah namanya pengalaman. Dah namapun backpackers kena la pandai redah sendiri :P


2. Cuaca

Bila pergi ke tempat yang mempunyai pelbagai musim adalah sangat seronok..!!! Kat Malaysia kan ada cuaca hujan, panas dan jerebu (penting tu!) so bila pergi tempat yang ada banyak musim ni kita dapat la merasa panas, hujan, angin sejuk yang lain dari yang ada di Malaysia ni.

Winter in Japan

3. Makanan

Ini adalah faktor terpenting juga. Hikhikhik. Merasa makanan tempatan. Awesome weyhhhh. Makan panas2, buatan tempatan.. yummy!! Kalau kat Malaysia pun boleh dapat tapi tak berapa nak feeling lah. Ngeee.

tteobokki
Teringin nak makan benda alah ni. Mohon ada yang sudi buatkan untuk saya version halal. Huhuhu


4. Kenalan baru

Bila merantau tempat orang, mostly yang travel sendiri akan mudah dapat kenalan baru seperti di guesthouse atau mana2 tempat yang kita lawati. Kalau backpacker ni kan main redah je based on research from internet. So, if ada tersesat kenalah rajinkan mulut tanya orang tempatan :) In shaa ALLAH doa je sentiasa dapat jumpa orang baik2 :)


5. Dapat merasa menaiki pelbagai kenderaan

Okay point ni macam pelik sikit tapi hakikatnya aqma suka naik kapal terbang. Jadinya, bila ke negara orang kita akan naik flight kan? Bukan selalu weyh nak dapat naik flight ni. Akanku jadikan kapal terbang adalah kenderaan utamaku. Rasa sangat2 kerdil sebenarnya bila diatas awan ni. Nampak ciptaan ALLAH Maha Berkuasa kat bawah tu kecil je sebenarnya. Bangunan tinggi2 pun nampak kecil jeeee. Subhanallah~

Bullet train in Japan
My next aim nak try naik bullet train kat Jepun pula. Kita tengok pergi tak pergi kelajuan dia. Wuuush!


Sebenarnya seronok sangat travel ni. Dapat tengok banyak lagi ciptaan Allah dimuka bumi ni. Aim aqma setiap tahun nak travel. Alhamdulillah my business company offer FREE TRIP twice a year with full support meal, flight and accomodation. Alhamdulillah.. BEST GILERRR! Can't wait next trip offer terjah negara mana pula. Marilah kita kerja keras!!!


Till then,
Love,
A.Aqma
A travel Lover :3
5 comments on "5 Sebab Kenapa Saya Suka Travel"
  1. setuju dengan smua tu... i love travel sebab dpt amek gmbr byk2 jugak hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul la tuuu. Boleh ambil gambar cantik banyak2 kan? :)

      Delete
  2. Sally suka travel sbb masa travel la Sally boleh kenal diri sendiri...kenal ape yg mampu dan apa yg tak mampu Sally buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! lebih2 lagi backpackers. Tak mengharapkan orang lain :)

      Delete
  3. suka travel..kalau la travel tu percuma,rasanya memang hanie jarang ada kat rumah hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...