Top Social

7 TIPS BLOGGING UNTUK NEWBIES

Monday, April 4, 2016
Assalamualaikum and hi all :)





Alhamdulillah akhir-akhir ni blog aqma semakin lama semakin meningkat page view nya atau pelawat. Terima kasih juta-juta kepada pembaca sekalian. Then ada yang big company notified my blog. Alhamdulillah experimen aqma untuk tingkatkan pembaca blog aqma menjadi. So here the tips.



TIPS BLOG #1: Layout blog

Pastikan layout blog anda adalah kemas dan ringan. Hal ini sangat-sangat lah penting. Bila ada banyak sangat widget atau accessory yang tak perlu di blog kita seperti lagu dan cursor rama-rama. Nanti lama sangat loading orang pun laju je tekan X kat atas tu.

Paling bagus buat layour blog 1 warna atau 1 theme sahaja. Lebih warna cerah seperti putih, pink pudar dan seangkatan dengannya.



TIPS BLOG #2: Gambar

Gambar yang menarik akan menjadikan pembaca akan membaca blog anda dengan gembira. Pastikan saiz gambar pada blog anda adalah best fit.Maksudnya tak kecil sangat dan besar sangat. Bila besar sangat nanti lama nau nak loading, pembaca pun malas nak tunggu.

Ukuran best fit adalah dalam 640px x 640px.



TIPS BLOG #3: Aturkan jadual untuk entri

Pastikan blog anda tidak bersawang ya. Nak pembaca lebat kena pastikan blog anda penuh isi dan maklumat yang berguna.

Kalau boleh setiap hari ada entri. 1 hari 3 post. Lagi laaa bagusnya! For newbies mungkin isi tak banyak lagi dalam blog tu. So, kena pulun sikit la ye :)


Ni contoh jadual yang boleh dijadikan panduan


TIPS BLOG #4: Pilih tema blog anda

Untuk tips ke-4 ni anda kena pilih fokus untuk blog anda. Contohnya blog anda ni pasal apa? Pasal keluarga ke, pasal catatan peribadi ke, lifestyle ke, business ke atau gossip artis? 

Haaa ni kena pilih supaya tak carca marba la blog la. Bila pembaca singgah mereka seronok sebab ada tajuk yang fokus. Kalau nak campur-campur tu sikit-sikit boleh la. Kalau kita bukak website RotiKaya ada banyak pasal gossip artis kan? Takde pula cerita pasal bagaimana nak didik anak supaya dengar cakap. 

Plus, bila ada tema anda lebih fokus nak update apa dalam blog nanti. 



TIPS BLOG #5: Jangan Jadi COPYCAT

Setiap entri anda perlulah original dari idea otak anda sendiri. Nak tiru-tiru isi dari blog orang lain boleh tapi pastikan anda taip dan olah guna ayat sendiri. Baru lah pembaca pun seronok baca sebab ia datang dari hati. Gitttewww. 

Sebenarnya bahaya kalau kita copy-copy entry dari blog orang ni sebab nanti Google akan detect dan block entry kita dari keluar dari page Google. 



TIPS BLOG #6: Rajin Blogwalking

Blogwalking ni adalah terma yang bermaksud berjalan-jalan ke blog orang lain. Jika anda nak orang lain singgah blog anda, sila la ke blog orang lain juga. 

Alang-alang singgah tu komen la sekali and follow blog mereka. In shaa ALLAH dengan komen anda tu mereka akan lebih alert dan balas kunjungan ke blog anda. Macam hari raya gitu kan sweet~ 

Boleh buat dalam satu hari singgah 5 blog ke dan pastikan jangan singgah sekali je. Singgah la banyak kali supaya mereka perasan kewujudan anda terutama blogger yang dah ada beribu followers tu. 


TIPS BLOG #7: Jangan Pernah GIVE UP! 

Ini paling penting. Kalau anda masih newbie jangan lah expect baru publish entry dah keluar 1st page Google. Benda blog ni memang makan masa sikit nak naik page 1 Google. 

Namun, percaya lah dengan cara yang betul anda pasti puas hati bila tengok bilangan pembaca semakin meningkat setiap hari. Plus, bagi yang berniaga ia ibarat kedai 24 jam kita taw. 

Jangan putus asa ya! 




Okaylah cukup dulu 7 TIPS BLOGGING UNTUK NEWBIES dari aqma. Next aqma share pula bagaimana nak tingkatkan jumlah pembaca di blog anda. In shaa ALLAH :) 

Semoga entry ini memberi manfaat untuk anda. 


Love,
A.Aqma

4 comments on "7 TIPS BLOGGING UNTUK NEWBIES"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature