Top Social

RAHSIA USAHAWAN BERJAYA | BERMULA DARI RUTIN PAGI

Friday, August 19, 2016
Asslamualaikum and hi all :)


Alhamdulillah setel dah kerja hakiki now nak time nak berblogging. Oh ya, hari ni Jumaat = Business Tips from me :)  Semalam aqma ada tengok video rahsia nak jadi usahawan berbillion duit dalam akaun bank adalah bermula dari rutin pagi.





TIPS 1: BANGUN 3-4 JAM AWAL


Bangun 3-4 jam lebih awal dari orang biasa (bukan kaya raya) sebelum masuk kerja . Selalu nya orang biasa-biasa ni akan bangun dah dekat2 waktu nak pergi kerja. Contoh masuk kerja pukul 8.00 pagi, bangun pukul 6.30 am pastu snooze lagi dan snooze lagi.. terkocoh2.


Padahal Allah dah janjikan bila kita bangun awal buat solat fajar (2 rakaat sebelum subuh) seluruh alam adalah milik kita. Kiranya kita dapat conquer dunia ni dengan iman bukan nafsu semata-mata.









TIPS 2: TULIS "AFFIRMATION" SETIAP PAGI


Yang ni memang best. setiap pagi kita project-kan apa yang kita nak capai melalui tulisan. Kita tulis sendiri dengan pen diatas kertas apa yang kita nak capai. Lain feeling dia bila kita taip kat phone berbanding di atas kertas.


Semakin kita tulis, semakin energi kita bertambah, semakin hampir kita kepada kejayaan. In shaa ALLAH. Ini aqma tengah amalkan setiap hari. Mula2 tulis tulisan okay lagi, bila dah perenggan kedua memang makin laju tulis dan makin semangat.. eh, boleh tembus la kertas tu orang cakap. Hehehe.


Then lepas tulis tu baca kuat2, in shaa ALLAH Minda akan lebih ready dan anggota badan kita terdorong bertindak capai apa yang kita target.


My dUCk planner is my affirmation book :)



TIPS 3: MEMBACA SETIAP HARI


Perasan tak bila kita membaca, seakan-akan kita berada di dunia lain? Dunia ciptaan penulis tu. Kadang-kadang bila nak keluar dari comfort zone tu kita rasa takut sangat. Even nak share manfaat produk yang kita jual pun kita ragu-ragu. Padahal kita tahu produk kita banyak beri manfaat dan nilai dalam hidup orang lain. Padahal kat social media je pun bukan jumpa face to face pun.


Jadi antara tips nak break through ketakutan tu adalah membaca buku2 motivasi. Contohnya Rich Dad Poor Dad, How to be great sales consultant dan seangkatan dengannya. In shaa ALLAH semangat2 yang ada dalam buku tu akan atasi ketakutan kita.





One of my favourite inspiration book in business









Ini antara Rahsia Usahawan Berjaya yang aqma dapat share dengan uolls. Cuba buat 3 ni start pagi ni. Buat je tanpa TAPI dan NANTI pasti ada ganjarannya. Jom kita buat sama2. Nanti korang share la resultnya dengan aqma tau2.  All the best uolls!








Love,
A.Aqma
Your Business Coach
Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature