Wednesday, September 21, 2016

Rahsia Kulit Licin? Jom cuba smoothies ni | Beauty Wednesday

Assalamualaikum and hi all :)



Untuk section Beauty Wednesday hari ni aqma share with uolls resepi smoothies untuk kulit licin. Smoothies ni ala2 milkshake la tapi in a healthier way.

Bahan-bahan:

1/2 cawan Blueberries
1/4 cawan Raspberries
1/4 cawan Strawberries
1/4 cawan Kale (adik beradik kobis gak dia ni)
1 cawan Greek Yogurt (0% Lemak)
1 sudu besar Madu
1 sudu kecil Flax seeds
1/4 cawan air

Cara-caranya:

Kisar semua bahan diatas kedalam mesin pengisar smoothies / jus anda. Aqma tak sure pakai blender cili okay ke tak..huhuhu

Ini hasilnya






Okay jom tengok manfaat setiap bahan dalam smoothies ni.


BERRIES:






Adik beradik berries ni sangat tinggi dengan khasiat ANTIOKSIDA. Antioksida ni bukan senang2 boleh muncul dalam badan kena ambil melalui pemakanan. Bila ada antioksida, kulit dilindungi dari sinar matahari yang merbahaya yang merupakan jeragat dan pigmentasi.

KALE:

Sejenis tumbuhan dari golongan kobis. Ia bertindak sebagai anti aging yang terpower dalam kalangan sayuran hijau.

FLAXSEED:

Flaxseed ni kaya dengan omega 3 fatty acids. Sangat2 membantu menjadikan kulit and lembut dan licin. Plus flaxseed ni juga boleh bantu proses perlawasan lebih lancar.

GREEK YOGURT:

Yang ni makan plain memang tak berapa lalu. Namun ia tinggi dengan fibre dan protein. Ia membantu menjadikan kulit lebih anjal dan tegang. Tak perlu nak suntik2 aih..

So, itulah perkongsian untuk hari ni. Semoga anda dapat buat la Smoothies Untuk Kulit Licin ni. Mudah je resepi dia. Bahan2 besar kemungkinan ada kat Jaya Grocer.

Stay comey uolls!

Love,
A.Aqma











2 comments:

  1. Thanks for sharing! Nanti ada masa bolehla cuba 😊

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing! Nanti ada masa bolehla cuba 😊

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...