Monday, October 17, 2016

7 Tempat Menarik Untuk Dilawati di Seoul, Korea

Assalamualaikum and hi all :)

Sempena nak masuk ke mood weekend ni aqma nak share tempat2 menarik untuk dilawati di Seoul, Korea. Masa pergi ke sana May 2015 rasa tak puas pulak. Rasa banyak lagi tempat aqma nak pergi. Seoul memang tempat yang lain dari yang lain. Seronok jenjalan sana. Sila baca JALAN2 for the sake of jalan2 sebab memang banyak sangat berjalan since last time aqma pergi backpacker style which explore sendiri jee.

Jom tengok tempat yang best untuk dilawati di Seoul, Korea. Mana taw boleh jad idea dalam ittinerary korang.


1. Gyeongbokgung a.k.a Istana

Sesungguhnya masa pergi istana ni perjalanan bila naik subway sangatlah jauh. Rasa macam banyak sangat station subway tu singgah. Jalan ikut bawah tanah then baru jumpa Gyeongbokgung ni.

Takda apa sangat pun tapi boleh tengok la feeling2 macam dalam historical drama korea. Amik gambar memang cun! Masa aqma pergi dulu kebetulan ada perarakan pakai costume diraja semua. Ada kuda ada maharaja, ada pengikut2 semua ada. Rezeki!


Lautan manusia walaupun hujan

Dapat pakai hanbok FREE :D


2. Namsan Tower

Kat sini ibarat pelengkap, penanda uolls dah sampai Seoul. Kat menara ni la korang boleh dok kunci cinta tu. Kat sini banyak tempat menarik nak ambil gambar. Kalau pergi weekend memang ramai orang..

Oh ya, lagi best gi sini naik cable car. Fefeeling sikit tengok sekitar Seoul. Ada jual souvenir juga kat sini.




3. Nami Island 

I love Nami Island!!! Seronok sangat kat Nami Island sebab tempat sangat cantik dan luas! Korang kena berhati2 sikit la sebab pet dibenarkan bawa. Maka, ada la anjing bersepah. Hik2.



Then tempat dia Muslim friendly. Surau besar gilaaa, tempat wuduk selesa amatttt. Restoran halal pun ada. Sup telur dia terbaik! padahal sup telur biasa je tapi apa ntah buatkan rasa sedap. Rasa nak tambah je padahal itu side dish je. :P



Kat sini banyak tempat cantik2 nak amik gambar. Boleh naik basikal yang 2 orang tu. Sweet~~~


4. Masjid Seoul di Ittaewon 

Masjid ni famous taw dalam kalangan pelancong Malaysia. Kat Ittaewon ni juga ada banyak makanan halal. Restoran makanan malaysia pon adooo. Lokasi masjid ni atas bukit and nak naik bukit tu ada lorong pintu kecil. Kadang2 boleh tak perasan pintu tu.

Selamat menapak boleh la solat di masjid tu. Lengkap telekung semua ada. Jangan risau :)




5. Hello Kitty Cafe

Hello Kitty Cafe yang aqma pergi hari tu di Hongdae. Kat Hongdae ni tempat dia untuk muda mudi. Ada gerai ala2 macam uptown. Ada beat music bising2 haa camtu laa.

Hello Kitty Cafe ni waffle dia terbaikkk. sejuk2 layan Vanilla Latte asyik wooo~ Seronok la amik gambar, chillax dengan member2 kat sini.




6.  Everland Theme Park

Yang ni aqma belum pergi lagi. Dengar cerita boleh tercabut tekak bila main roller coaster dia. Waaaah!! Excitednyaaa.. !

Pastu ada mainan yang kena air lagi taw. Ha, kena bawak baju lebih la kalau kesini :)


7. Myeongdong 

Tempat ni sakan weyhhh! shopping saja laaa. Kat sini la syurga make up, mask muka dan macam2 lagi barang kecantikan. Korang nak cantik macam 2PM? macam EXO? Haaa sila la masuk mana yang ada poster diorang dah berkenan. Oh ya, kalau diorang dok panggil2 tu pergi je.. untung2 dapat FREE Sample. Bukan sikit2 dia bagi. Banyak okaysss!


Haa dah cukup 7 dah rupanyaa. Nanti bila ada lagi tempat menarik aqma explore, aqma update lagi.

Siapa nak ke Korea tu plan bebetul korang nak pergi musim apa sebab ada certain tempat seronok pergi musim tertentu. Macam Nami Island tu best pergi semua musim. Tapi musim bunga paling best rasanya. Nak main ski ke, nak buat apa2 ke plan baik2..nanti takot tak cukup bajet pulak. huhuhu.

Siapa ke Korea tahun ni? Holla sikit~~~

Love,
A.Aqma

6 comments:

  1. Best!! Siqah pernah pergi Korea spring tahun lepas. Memang best! Rasa nak repeat lagi. Insyallah. Hee.

    Siqah suka The Garden of Morning Calm. Cantik sangat tempat tu. Hari tu pergi tak sempat nak jelajah semua. Tu yang nak pergi lagi 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Siqah! Thanks singgah blog aqma :D

      Aqma tak sempat pun nak gi The Garden tu.. in shaa ALLAH next trip nak pusing2 :)

      Delete
  2. Sempat jenguk blog aqma rini.

    Eda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Edaaa!!!

      Thanks singgah blog aqma :)
      Rinduuu~

      Delete
  3. Hai asma,,boleh taw bajet u as backpackers x,,hope u sudi share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hasz :)
      Meh bagi email ya aqma share my budget iti :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...