Book Review | VERSUS - HLOVATE

Thursday, February 2, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Salam 1 Februari to all. Alhamdulillah hari ni aqma berjaya habiskan novel Versus karya Holvate. Aim aqma 2017 nak baca 1 bulan 1 buku tercapai juga. Kita tengok Februari nanti hope dapat habiskan next buku.

Now, aqma nak review novel VERSUS ni. At first as typical Hlovate novel mesti la ada cerita kehidupan student yang memang power2 punya study kat oversea. Kali ni background story kat Australia pula. Dalam novel ni banyak term2 skaters. Acah2 faham je la mula2 tu then bila tengok rujukan, "Ohhh cerita budak skate rupanya~"

Tajuk ni pun dah tunjukkan ada sesuatu yang kontra dalam novel ni. Kisah Minn dan Ashraff Omar. Senang cerita dalam novel ni dia story penghijarahan kearah yang lebih baik. Kearah hidup bertuhan. Kearah hidup ada panduan. From nothing to something.

Banyak la juga yang kena batang hidung sendiri bila baca novel ni. Antaranya menghargai ibadah. Bila kat Malaysia, nak beribadah tu sangat senang so banyak ambil mudah je. Tak hargai nilai ibadah itu sendiri. Bila kita travel di negara luar terutama yang kurang Muslim, kita akan hargai ibadah dengan sebaik-baiknya. Bila nampak surau or masjid tu leganya rasa~~ Rasa dihargai sangat2. Ini pengalaman aqma masa travel di Korea dulu.

So, dalam novel ni ada juga tekankan betapa pentingnya selalu baca surat cinta ALLAH. Surat cinta yang boleh tenangkan hati kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun. MashaaALLAH. Subhanallah~ Then tekankan pentingnya pilih sahabat yang betul. Pengaruh kawan ni jangan main2 sis. Ada yang boleh kita terjebak di halaman kejahatan, ada yang boleh bawa kita berubah 180 darjah kearah super baik. Alhamdulillah~

Another point yang best dalam novel ni dia ada mention buku2 rujukan agama yang best. Buku2 yang sangat membantu untuk mendalami islam. Mostly in English la since diorang study dekat sana kan? :)
So yeah, aqma rasa bersyukur sangat ALLAH gerakkan hati aqma baca buku ni diawal tahun.




BacaVERSUS sambil ditemani Minkaffe memang asyik~


Uols dah baca?


Love,
A.Aqma



Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature