Top Social

Spectacular Raya Navneet Goenka X Rizman Ruzaini | SPECIAL Invitation!

Thursday, May 25, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Ibarat peluang datang sekali seumur hidup bila my beloved mentor ajak pergi fashion show RIZMAN RUZAINI. Of course I said "YES" at the first place after received the invitation. Syukur gembira tak terkata sebab terpilih antara yang dijemput ke majlis penuh eksklusif ni.

Event tersebut diadakan pada 18 May 2017 di Westin Hotel. Dalam kad jemputan pendaftaran tetamu mula pukul 7.30pm. So, aqma get ready kat rumah my mentor di Cheras. Siap2 makeup semua kat rumah my mentor. Not bad la makeup sendiri. Kak Ieja tolong sikit2 ajar teknik2 make up ni. :)

Okay lah kan? :D
Then lepas siap2 terus ke Westin Hotel. As usual 7.30-8.00 pm tu memang peak hour. Apa nak peak hour pun tak tahu la sebab situ bukan office area pon. Hurmmm. Then kitorang terus ke Westin Hotel untuk register. Lega masih sempat sampai. So, boleh la amik peluang bergambar sakan dengan artis2 yang datang ke event RR ni. Tapi bukan artis je yang datang taw. Ramai lagi orang2 berjaya dalam bidang masing2 yang datang. Owner2 business, karyawan, Makeup artist and ramai lagi lah!! Terasa beb aura-aura orang duit berkepuk sampai boleh buat "chong" ni. Hehehe

Ni antara artis yang cool dan sempat aqma amik gambar dengan diorang.

With Ummie Aida yang SUPER slim

With Hael Husaini

With Sweet couple, Scha and Awal

With Dynas yang sangat meletops!

With legenf Ziana Zain yang sangat sporting!
Then bila dah dapat tempat, terus terpukau dengan decoration meja kitorang. SANGAT CANTIK!!! VERY SPECTACULAR!!! Merelip sangat2! Yelah, Navneet Goenka ni sebenarnya adalah owner barang kemas CERES yang terletak di Starhill Gallery. Bergabung dengan rekaan exclusive Rizman Ruzaini lagi meletops la uols!! Sangat meriah then ada cabutan bertuah pulak tuuu! EXCLUSIVE BERGANDA!



Buntang tak mata tengok hadiah uols??!
Paling WIN pen ada batu swarovski. Hado?

Navneet Goenka
Lepas ucapan, ada persembahan dari Jacklyn Victor. Aas usual suara dia memang power lah kan? Lepas Jack nyanyi, first entree was served.


Sejenis tuna

Ayam percik tapi kuah likat sedap!

Paling tak sanggup nak makan coklat RR tu.. :P
Masa makan tula fashion show berjalan.




Antara moment paling best dapat berkenalan dengan orang2 berjaya yang lain. Yang luar dari industri kita. Follow kat intagram lain taw dengan jumpa depan2. Yelah, aura tu kan boleh melekat, berjangkit bila berdekatan. Bukan bila memfollow ig. Hiks!

Kawan baru sebelah aqma adalah owner butik Anaqeenqu. Siapa area Shah Alam boleh serbu butik diorang sebab diorang jual tudung bawal yang sangat rare designnya. Stay tune for raya collection mereka! Aqma pun tak sabar nak dapatkan koleksi raya Anaqeenqu sebab mak aqma peminat bawal. Hehehe :)

Kawan baru. sangat peramah and sweet! :D

JUTAAN terima kasih to Kak Ieja for giving me such a lifetime opportunity. Bila tengok balik mereka yang datang ke event ni, memang peminat or pelanggan setia koleksi RIZMAN RUZAINI. RR pun sangat humble dan sapa semua meja tetamu yang hadir. They honoured their guests! RESPECT!

In shaa ALLAH aqma dapat jemputan exclusive dari RR sendiri akan datang. Nekad nak tempah baju designer dengan RR. Amiin~

So, siapa nak ikut aqma pergi next event fashion show Rizman Ruzaini? :)

Love,
A.Aqma
1 comment on "Spectacular Raya Navneet Goenka X Rizman Ruzaini | SPECIAL Invitation!"
  1. Wowww! Bestnya! Ada keinginan nak pergi majlis macam ni tapi terasa rendah diri pulak. By the way, kurusnya Scha Alyahya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature