Sunday, July 30, 2017

Wedding Paling Cool!

Assalamualaikum and hi all :)

Okay first of all, entry ni bukanlah cerita pasal wedding Aqma tapi wedding one of my ex-schoolmate. Sangat lah coolio habis! Dia punya wedding buat kat event space sebesar 1 lot kedai je. Itu pun tingkat atas. Mula2 sampai macam betul ke ni?? Haa, memang betul pun rupanya.. 

Then bila masuk, okay nak salam sape ni?? Takda orang sambut pun. Expect la Makcik ke Pakcik pengantin ke nak jemput kan? Then masuk lagi... jumpa kawan sekolah, diorang kata "Eh, meh makan2.. duduk sini amik kerusi nanti". So, puzzled!

Sesudah beratur.. aqma pun duduk la semeja dengan budak2 sekolah ni.. Hahaha. Ada pulak kawan yang kita RINDU, Wan Atikah. Almost rahsia luar dalam dia tahu taw! Hahaha. Waa ni duduk jauh kat Jerantut. Memang payah la nak jumpa. Sedih! Nanti la ada rezeki kita jejak Taman Negara awak tu ye cik Waa :)

With one and only kepochi Waa~

Bila dah borak dengan kawan2, diorang cakap siang sesi orang tua2.. malam kengkawan. Wow!! Gila laaa. Ni memang stylo la sebab asing2 kan rasa dihargai sangat weyyy. Eh, rugi tak datang sebab pengantin buat sesi khas untuk kawan2 jeee! Terharuuu~ 

Yang penting semoga perkahwinan Mustakim and Amalina peroleh barakah sampai syurga Firdausi. Amiin~

As usual, yang over kena duduk depan. Yang penting semua Musytari kecuali Feznor. Hehehe

Btw, untuk kawan2 lain (lelaki) mana yang aqma tak tegur tu, AMPUNNNN...! Kita segan lorrr. Hahaha. Jumpa kat next wedding in shaa ALLAH aku tegur korang :) Oh, another wishlist, bergambar dengan anak2 batch: anak Bushra, anak Dina, anak Amir Amzar (ni payah sikit sebab kat Dubai), anak Jaja, anak Wan Shah dan anak2 siapa yang dah beranak. Kbai!


Love,
A.Aqma

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...