5 SEBAB KENAPA SAYA BELI DUCKSCARVES

Thursday, October 12, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Malam ni (waktu entry ini ditulis) aqma sedang dalam mood untuk menaip. Sementara idea tengah mencurah2 ke ladang gandum, lebih baik la di curahkan ke blog secepatnya. *I should write a proposal NOW! nvm then*

Okay now Fashion Valet tengah buat sales besar-besaran sempena MyCyberSale 2017. Dah nampak dah bayang betapa punahnya akaun bank ku nanti. Tang credit lebih banyak dari debit. Chia chia chia! Paling power, dUCkscarves pun tergolong dalam benda yang dapat discount tu. Wow! Wow! Wow! Dari RM130 boleh less jadi RM80++ mana tak meraung kan?? Hihihi. Btw, kita tunggu Bonus SHOM dulu, baru lah boleh consider untuk duckscarves tu.

Aikkk? Tajuk kenapa saya beli duckscaves? Ni haaaa...........



1. Trend

Asalnya aqma takda la kemaruk sangat dengan duckscarves ni. Tapi sebab dia rare. Terjebak la sekali nak cuba2. Pastu bukan cuba2 je, siap pernah jadi personal shopper taw! Hebat ke hebat? :P

2. Tumpang Aura

Since aqma memang adore dengan founder duckscarves, Vivy Yusof  maka aqma pun tumpang la aura beliau. Bila pakai duckscarves ni automatik rasa semangat sikit nak bersiap lawa2. Hihihi. If pakai tudung biasa, aqma pun rasa biasa2 je. It depends actually. Pada aqma itu apa yang aqma rasa :)

3. Senang bentuk

Sebagai seorang wanita yang ada muka bentuk bulat, nak cari tudung yang sesuai ni masalah sikit terutama sekali shawl. Selalunya nak nampak exclusive pakai shawl satin kan? sebab ada kilat2 sikit kan? Tapi selalunya aqma fail pakai shawl satin ni. Tapi yang magic nya pakai duckscarves elok je rasanya. Since that, aqma pilih duckscarves untuk shawl yang licin2 ni.


Shawl Paling favourite, theworldmapduck.
4. Ada Geng

Macam budak sekolah je kan ada geng? Hihihi. Melalui duckscarves ni la aqma dapat kenal ramai kawan2 baru. Antara nama geng2 yang pakai duckscarves ni adalah "duckies". Aqma belum lagi tergolong dalam duckies sejati sebab koleksi belum sampai cecah siling rumah lagi. Huhuhu. Tapi bila minggle dengan diorang (even dalam social media) rasa best sangat. Saling tukar2 info pasal material. Ada yang nak let go, ada yang nak swap. Eh, macam2 la :)

5. Kepuasan

Gila tak puas dapat tepek shawl harga 3 angka tepek atas kepala? Hihihi. Actually aqma akan beli duckscarves ni bila dapat capai my business target. Kalau harap duit gaji je memang tak merasa la duckscarves ni diknon~ Gaji pun dah terkapai2 untuk monthly expenses. Alhamdulillah dengan second income boleh la rasa lapang sikit bila nak shopping tu :)

Ni la 5 sebab kenapa aqma beli duckscarves. Sayang semua koleksi yang ada. Alhamdulillah. So, nak tanya readers ada yang pakai duckscarves? Which one favourite korang? :)

Love,
A.Aqma

4 comments on "5 SEBAB KENAPA SAYA BELI DUCKSCARVES"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...