JJCM | Tempat Makan Best Cyberjaya

Saturday, October 21, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Firstlyyyyy I am not a food blogger. Bila belek2 gallery dalam phone ni banyak pulak gambar makanan. Nak buang sayang, so kita abadikan kenangan makanan yang sedap ni di blog kesayangan. Disebabkan aqma kerja kat Cyberjaya, here I share with you guys best eating spot in Cyberjaya.

1. AROII THAI

Selama ni kawan2 ajak pergi lunch ke Aroii Thai ada je alasan dan halangan. Pastu kebetulan kawan2 ajak aqma bebas dari segala halangan. Walaweyhhh! First time ke sini memang terkejut sebab penuh gilaaa. Orang beratur kat luar kedai tunggu kerusi kosong. Punyalah penangan Aroii Thai. 

Disebabkan kawan2 dah expert, jadi diorang la yang orderkan. I was super helpless masa diorang order tu. Aqma angguk je mana yang diorang kata sedap. Hahaha. So inilah antara hasil orderan. Harga makanan dia macam Boat Noodle tapi banyak pilihan lagi and every mangkuk RM2.90.

If geng2 area Cyberjaya nak kesini mohon datang AWAL. Pukul 12 pun sedang elok. Pukul 12.30 ready je la beratur kat luar. Huhuhu. Btw, Aroii Thai ni kat Shaftsbury.


Aroii Thai, Cyberjaya

2. BBQ Chicken, Dpulze Cyberjaya

Tempat favourite kalau jumpa my biz partner or my leader. Suka datang sini sebab meja dia luas. Hahaha. Makanan pun not bad. Aqma tahu restoran ni sebab terjebak dari drama Goblin. Hehehe. Ayam dia tiptop. Mushroom dia SUPERB! Kenyang! Mohon perut kosong datang sini sebab portion dia banyak :)




3. KFC, Cyberjaya

Haaaa ni legend. Aqma rasa kat Cyberjaya ada satu je KFC. Aqma datang KFC ni untuk sarapan. Actually lagi 10 minit nak pukul 11.00 am. Maka, memang ada menu sarapan je laa. Hahaha. Decoration untuk KFC sini nice sangat. Buka typical KFC yang kita pernah pergi masa outing sekolah menengah dulu. Hihihi.

Eh, menu sarapan KFC not bad taw. Sedap juga. So, worth to try :) Btw, KFC ni terletak sebelah Petronas yang menghadap Unicef tu. 


So, ni je lah tempat makan yang best dan selesa di Cyberjaya dapat aqma review. Since aqma not a food hunter (kalau skincare, beauty I ON! :P) tak banyak tempat lagi aqma dah explore. If uols ada tempat makan best kat Cyberjaya nak share, drop by kat comment ya! :D

Till then,
A.Aqma
Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature