My Seoul, Korea Trip: Day 3

Monday, June 29, 2015
Assalamualaikum and hi all :) 

Alhamdulillah dah sampai 12 Ramadhan dah hari ni. How your puasa fellow readers? Hopefully semakin bertambah berkualiti, bertambah amal dalam bulan mulia ni. So, entry kali ni aqma nak sambung pasal trip Korea haritu. Tak sedap hati betul bila bertangguh2 ni. Hikhikhik.. 

So, for the 3rd day trip Korea haritu kitorang ke Istana besar dinasti Joseon, Gyeongbokgung dan Ittaewon. Aqma x ingat sangat hari ketiga tu kitorang makan apa as breakfast. Huhuhu. Rasanya makan roti and jem sahaja. Masa hari ketiga ni hujan. Hujan yang tahap kena pakai payung. Alhamdulillah pihak guest house memang ada sediakan payung. So, tak payah susah2 nak beli :) 

Bila dah sampai Gyeongbokgung Palace, ramainya ummat manusiaaaaaa.. Ramai pelawat la kebanyakannya. 

Kan dah kata ramai umat manusia even hujan2 pun


Gyeongbokgung Palace

Masa beratur tiket tu Erda yang beraturkan xsilap. Nak masuk kena ada tiket taw. Sekali keluar, tak boleh masuk balik dah. :P Kebetulan masa kitorang pergi tu ada Royal Exhibition Day tak silap. So, jalan utama2 area istana tu tutup sebab ada perakan. Macam dalam drama korea dulu2. Fun sangat sebab dapat tengok perarakan yang terdiri daripada golongan raja2, bangsawan dan cendekiawan. Bukan raja betul pun tapi still la dapat feeling macam drama history Korea yang kita tengok selama ni. Hihihi. 


Then bila dah habis tawaf ceruk2 istana, kitorang jalan2 depan sikit ada nampak stall kecil ramai orang beratur. Rupa2nya stall tu ada service siapa nak pakai dan bergambar baju traditional royal Korea a.k.a Hanbok. ROYAL punya taw. Nak feeling Raja, Permaisuri semua boleh for FREE :)


Ada tempat lain kena bayar, tapi mungkin kebetulan ada event tu yang dia bagi free ajaaaa. Hihihi. Alhamdulillah save duit..Orang pun tak ramai. Masa aqma tengah beratur hujan rintik2 mula turun semula. Then assistant stall tu letak penghalang tak bagi orang beratur dah mungkin sebab taknak nanti orang yang beratur basah then baju traditional tu bila pakai jadi basah juga. Bila dah sampai my turn, bagi passport and ada la orang yang tolong pakaikan. Assistant tu sangat tak bagi kita ni gatai2 nak pakai sendiri. Mungkin takot rosak. Ada akak ni yang akan pakaikan dan tolong bukakan Hanbok tu. Maka bergambarlah kita dengan sakannya. Jangan lelama sangat, ramai menanti belakang tu.. hihihi. 

Hanbok for women

Annyeonghaseyo Bingung Mama

Then next station is ITTAEWON. Bila ke Ittaewon ni, tempat yang dituju haruslah makanan halal dan masjid yang terdapat di Seoul. Dalam perjalanan kitorang sempat la shopping sikit souvenir. Very the sikit one sebab memasing tak expect harga mahalll. Hahaha. 

Selepas shopping sikit2, kitorang teruskan perjalanan ke tempat makanan halal tu. Jauh jugak menapak sebab kitorang tersesat. Hahaha. For your information kat Ittaewon ni memang ramai foreigner. Sana sini mudah je jumpa orang Malaysia. Wakakaka. Masa sesat tu jumpa orang Malaysia cakap melayu je tanya jalan yang betul.. 

Alhamdulillah dapat jumpa tempat makanan Korea yang halal. Kat area Ittaewon tu banyak juga kedai makanan arab, turki, melayu pun ade kot.. tapi kita datang Korea of course la nak makanan Korea. So, jalan2 jumpa kedai makanan Korea halal. Like always I ordered bibimbap. Lapooorrr. Tak ingat diet dah masa jalan2 ni. Sejuk + berjalan jauh = LAPAR la jawapannya. Hihihi. 

Selesai sumbat makanan yang sedap tapi tak ada sup telur macam di Nami Island, kitorang ke Masjid Ittaewon pula. Masjidnya terletak atas bukit. Kalau jalan tak pandang kiri kanan memang tak nampak. Sebab ada lorong kecil bertangga naik atas bukit. Bukan  macam masjid di Malaysia ada halaman seluasnya. Halaman ada di Masjid Ittaewon ni tapi kat atas.

Us in front of Ittaewon Mosque

Masa ambil wuduk sejukkkk. Hihihi. Then masa aqma solat ada sekumpulan wanita sedang ada circle usrah tapi dalam bahasa Korea la. Diorang baca tafsir Al-Quran if I'm not mistaken. Alhamdulillah semoga berkembang Islam di bumi Korea. In shaa ALLAH.. 

Selesai solat, kami teruskan perjalanan ke Hongdae pula.. Nak minum petang di Hello Kitty Cafe. Yeay! Oh ya, semua perjalanan kami adalah menaiki subway dan jalan kaki sahaja. Bila dah ke Hongdae ni hati membuak2 gembira konon boleh nampak la YG tower tapi tak nampak pun macam jauh lagi je dari tempat yang kitorang pergi tu..Cuma jumpa banner Bigbang je. Itu pun dah happy sangat daaaahh!! hahaha. 


Bergambar dengan banner Bigbang pun jadi la kan? ;)

Jalan dan tersesat sikit dan teruskan perjalanan maka jumpalah kami Hello Kitty Cafe yang comel lagi cute lagi bila dah naik tu... "Waaaaahhhhh!" Penuh dengan pink dan comel gambar2 Hello Kitty kat situ!! Yang lelaki muka tabah je bila kena masuk kedai pink2 ni.. LOL!
In front of Hello Kitty Cafe, Hongdae

Hello Kitty Cafe at Hongdae, Seoul Korea



Aqma order Vanilla Latte sedap juga. Ada deco gambar Hello Kitty atas minuman tu. hihihi. Yang rare cafe ni adalah order then dapat pager, bila vibrate pager tu pergi kaunter ambil sendiri order anda. Then apabila sesudah makan sila hantar semula pinggan cawan anda ya. Hihihi. Layan diri noks! 

My Vanilla Latte.

Ordered by Mirah and Erda. The waffle is absolutely delicious! 

Thanks mirah suapkan saya.  Nampak tak benda bulat atas meja kiri tu? Itulah pager yang akan vibrate menandakan order dah siap.

Deco Hello Kitty yang sangat comel! 

Eh, erda pandang mana tu? :)
Bila dalam perjalanan pulang kami lalu macam uptown dorang la. So, ada la sikit2 kami tershopping. Hahaha. Aqma beli shades yang harga boleh tahan mahaii la nak dibandingkan uptown malaysia or lebih kurang sama je. 10,000 won = RM33. 30 waktu itu and beg sandang belakang sebab barang dah banyak. Kalau beg tepi ni sakit bahu. Beg tu 10,000 won juga.

Area Hongdae. Sesak dengan teenagers sebab dekat dengan Hongik Uni if I'm not mistaken.


Tu je cerita hari ketiga di Korea. Jenjalaannnn je!

Thank you for reading !
Till we meet again in the next entry :)

Love me like you do,
#ainulaqma
#travellover


Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...