Tips Bisnes Untuk Newbie

Thursday, October 15, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Hari ni aqma nak kongsi Tips Bisnes Untuk Newbie atau nama lain Tips Bisnes Untuk Baru Mula Berniaga.

1stly aqma nak tanya anda nak mulakan berniaga dengan modal atau zero modal?
Then anda nak berniaga produk ada di tangan atau tidak?

Ada banyak peluang berniaga dimuka bumi ni. Pilih mana yang kita nak fokuskan.

Antara yang menjadi pilihan mereka yang newbie adalah konsep DROPSHIP AGENT.


Bagaimana Dropship Agent berfungsi?

Maksud Dropship Agent adalah anda menjadi agen untuk sesuatu produk tanpa perlu simpan stok ditangan. Malah anda tidak perlu bersusah payah untuk pos barang atau jumpa pelanggan. Semuanya ditanggung beres oleh supplier anda.





Bagaimana Untuk Menjadi Dropship Agent yang Berjaya?

Pengalaman aqma menjadi Dropship Agent terdahulu masa mula berjinak-jinak untuk berniaga memberi pengalaman yang berguna untuk aqma.

Tips #1 :

Untuk permulaan anda pilih nak jual produk apa. Lebih baik fokus pada satu niche dahulu. Contohnya jika anda berminat nak jual produk kecantikan fokus dulu bisnes dalam bidang kecantikan. Jika berminat jual pakaian, fokus pada bidang pakaian sampai mahir.

Jika bercampur aduk, orang susah nak yakin dengan kredibiliti kita sebagai penjual.

Tips #2:

Tips seterusnya adalah disarankan anda guna atau cuba dahulu produk yang anda ingin jual. Cuba risik2 tanya supplier anda nak guna dulu supaya lebih senang nak explain pada customer. Mungkin boleh dapat harga murah atau percuma :)

Tujuan anda cuba dahulu adalah supaya anda dapat feel yang sama macam customer anda. Contohnya untuk niche pakaian, kalau customer tanya kain ni panas tak? Kalau kita tak pernah cuba kita cakap tak panas tapi why kita cakap tak panas kita tak tahu.

Tips #3:

Next, selalu update dengan supplier. Anggap supplier ni macam kawan kita tapi masih hormat. Supplier ni pengalaman bisnes dia mungkin luas. Mungkin dia boleh bantu dan bagi tips bisnes tingkatkan jualan letop2.

Tips #4:

Rajin. Walaupun Dropship Agent jangan hangat2 tahi ayam. Setkan target berapa komisyen yang kita nak dapat untuk minggu ini. Rajinkan diri buat kira-kira sikit. Kuatkan semangat, semat dalam minda lepas ni aku nak ada produk kat tangan pula.



Tips #5:

Positif. Anda kena positif bila berniaga. Tanamkan sifat usahawan berjaya walaupun menjadi Dropship Agent. Bila down atau slow rujuk leader atau supplier untuk tingkatkan sales. Bila anda positif jualan meletop2, in shaa ALLAH memang meletop2 betul jualan anda.




Cukup sampai sini sahaja perkongsian aqma.

Siapa nak jadi Dropship Agent untuk produk yang aqma jual boleh PM aqma ya.
Nak tengok produk? pergi link product sini --->  Product  atau pergi link Facebook ni.

Till then,

Ainul Aqma
FINANCIAL STRESS-FREE ACHIEVER
Premium Beautiful Expert

+60102534217
Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...