Kenapa Memilih Untuk Menjadi Usahawan?

Saturday, January 31, 2015
Assalamualaikum and good day everyone,

Pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun qema buat perniagaan online. Banyak sangat dugaan yang sudah qema alami sepanjang 3 tahun ini. Seriously banyak sangat! 


Mula-mula buat bisnes hanyalah sekadar buat. Ingat lagi first thing qema jual adalah TUDUNG. Masa tu belum ramai lagi student2 yang ambil peluang untuk jual tudung. Jadi, puaslah pusing2 kolej jual tudung. Adalah sikit2 dapat untung sebab ambil pon tak banyak sebab TAKUT RUGI.


Ini antara koleksi tudung square shawl yang qema pernah jual :) 


Kemudian lama-lama dah jumpa bidang perniagaan yang diminati, qema stick kat situ je iaitu bidang KECANTIKAN DAN KESIHATAN. Alhamdulillah my business is growing now and forever. 

Nama kedai saya di Facebook. Boleh search SweetyBeauty Shoppe, Jemput like sekali ya. TQ :) 


Then Allah pertemukan dengan si cantik manis yang qema panggil Sis Za. Dialah permulaan qema untuk buang perasaan TAKUT RUGI tapi gantikan dengan "CUKUP KE STOK AKU NI? BANYAK ORANG ORDER NI.." positifkan diri, minda dan in shaa ALLAH tindakan juga akan positif. 


Meet one of my beloved sifu in business - Miss CZA

Bila dah buat bisnes dengan adanya SIFU untuk guidance, qema semakin nampak kenapa qema pilih untuk jadi usahawan.

Antaranya FINANCIAL  FREEDOM. Masa belajar dulu alhamdulillah qema tak perlu minta parents duit lebih melainkan terdesak sangat2. Namapun bisnes masa belajar, mestilah tak berapa konsisten untung tu. Hihihi. Bila sekarang dah kerja, macam2 kita nak beli. Duit gaji memang cukup2 makan. SERIOUSLY! So, duit bisnes lah yang banyak membantu untuk support kehidupan dan kehendak. 

One of my kehendak. Prada Handbag. Kalau bekerja makan gaji, gaji tak RM10k mungkin hanya khayalan. 


Next reason is TIME FREEDOM. Yes. Bila kita jadi boss, kita boleh decide untuk buat kerja bila2 tapi perlu ada tahap disiplin yang SUPER TINGGI. Apa yang qema nak TIME FREEDOM ni sebab qema nak ada banyak kualiti time dengan family. Lepas tu bila parents ada check up kita boleh temankan, bila parents nak kesana kesini kita boleh bawakkan. Seronok kan dapat bahagiakan parents? :) 



In shaa ALLAH 2015 ini adalah titik permulaan untuk qema fokus dan terus berubah kearah yang lebih positif dalam bidang perniagaan. Alhamdulillah qema dah jumpa hala tuju perniagaan yang baru. Akan qema cerita di post akan datang. In shaa ALLAH :) 



Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...