Friday, May 15, 2015

My Trip to Seoul, Korea (Backpackers) | Preparation

Assalamualaikum and hi all :) 

Last 2 weeks (1st May - 5th May 2015) aqma telah pergi ke Seoul, Korea untuk bercuti. Alhamdulillah plan aqma dan rakan2 sejak  bulan Januari 2015 dapat direalisasikan. Lama tu dalam 4 bulan tunggu. Yalah trip ni memang sendiri2 punya plan, kenalah kumpul duit lebih sendiri barulah semangat dan feeling percutian tu. 

Aqma pergi ke Korea dengan 4 orang kawan lain. Dorang ni la mula2 plan ajak2 ayam "Aqma nak pergi Korea?" Memang "Nak!!" la jawapannya! Hehehe. Plan asal nak pergi sampai 6th May 2015 tapi apakan daya kawan2 lain tak dapat cuti pula. Tapi apa2 pun alhamdulillah dapat juga pergi daripada tak pergi langsung. :) 

Untuk entry kali ni aqma cerita dulu persediaan / preparation yang perlu diambil sebelum terbang ke Korea. 

1. Passport 

Haruslah disediakan dahulu. Paling penting ni. Alaaa RM200 je untuk 5 tahun. Make sure passport korang expired at least 6 bulan sebelum tarikh flight ya.



2. Book tiket flight 

Benda ni kena rajin survey. Air Asia paling rajin buat promo2 ni. Masa aqma pergi hari tu beli masa harga promo. Harga tiket dia sumpah cepat sangat berubah2. Jadi, sebelum berubah dengan lebih mahal cepat2 la book ya. Subscribe la email newsletter Air Asia supaya tak terlepas promo.



3. Currency Exchange 

Of course la nak pergi negara luar kena tukar duit currency negara kita nak pergi tu. Mata wang Korea adalah dalam Won. Dan duit dia beribu2 Won. Memang pening sikit. Duit Korea ni nak senang kira, 1000 Won = +- RM3 . Bila beli benda 10,000 Won tu kita rasa macam RM10 je kuar duit tu padahal RM30! So, bila nak shopping tu jangan pikir nak convert2 ya :O

1000 Won macam RM1. Mudah tertipu uolls~


4. Bekalan Makanan 

Disebabkan aqma pergi secara backpacker haruslah pencarian makanan adalah secara sendirian berhad. Makan kat sana agak susah. Benda yang nak makan tu halal je bahan2 buatannya tapi bila tengok dia jual sebelah tu jual makanan b*** , apa cer? Nak hadap jugak ke? Mestilah dielakkan syubhah. 

So, kitorang plan untuk share2 duit beli makanan kering bawak Korea. Alhamdulillah guesthouse kitorang boleh masak. Makanan yang kitorang beli adalah carbonara dalam jar, sardin, marjerin, ayam goreng yang belum dimasak macam nugget tu, burger, minyak masak, jajan, fettucini, bawang, cili, garam, gula. Haaa boleh tahan banyak makanan basah tu. Hahaha. 

Kitorang sumbat segala makanan tu dalam luggage 20kg tu. Oh ya, pinggan, sudu, garpu, periuk dan senduk sudip pon kitorang bawak :P 


5. International/ Universal Charger 

Kat sana plug dia lain dari kat Malaysia, Dari membazir beli kat sana takut mahal, better pinjam kawan atau sedara mara yang ada. Kalau beli sendiri kat Malaysia pon okay :)


Universal Charger


6. Losyen / Pelembap

Cuaca di Seoul agak unexpected sikit. Kadang2 sejuk berangin sampai menggigil. Kadang2 sama je macam kat Malaysia. Untuk mengelakkan daripada kulit menggelupas kering akibat cuaca tidak menentu, sila la bawa losyen ya :)


Ini antara preparation yang aqma share kat korang. If ada pertanyaan atau penambahan boleh maklumkan tanpa segan silu ya. Mana taw kot2 aqma terlupa ke..

Okay, jumpa di next entry :


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...