Cara Nak Buang Blackhead Mudah

Friday, July 24, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Hari ni nak cerita pasal Cara Nak Buang Blackhead Mudah. Blackhead ni selalu berada di bahagian hidung and sometimes kat area dagu pun ada. Annoying juga sebab bila pakai make up makin ketara nampak.. tapi itu dulu sebab sekarang aqma pakai Bird's Nest BB Cream je memang tutup segala blackhead tu. Hehehe. 

Now back to part cara nak buang blakchead mudah hanya dirumah sahaja. Ya gunakan bahan semulajadi ya wahai readers ku. Bahan2 yang diperlukan adalah: 

1. Lemon
2. Soda bikarbonat 



Cara membancuh:

1. Potong lemon separuh. Kemudian perahkan dalam mangkuk.
2. Campurkan 1/2 sudu teh soda bikarbonat. (akan ada scene buih2 meletup)
3. Gaul rata.

Cara Guna:

Bila dah gaul rata tu, tak payah bagi banyak sangat soda bikarbonat tu pun takpe. Ambil campuran tadi dan ratakan pada wajah. Haaa masa ni la kat bahagian hidung tu sental sikit. Tapi jangan ganas2, gunakan jari kelingking supaya tak bagi tekanan kuat sangat. 

Kemudian biarkan dalam 20 minit. Cuci lah kulit anda sebersih2 bersihnya. Jangan biarkan ada residue tertinggal ya. Masa cuci pun sental sikit2. 

Macam ni la rupanya bila kita sapu pada kulit. Ala2 scrub. 
Lepas cuci kulit jadi licin..asyik duk usap kulit jela nanti :) Okay ni antara
Manfaat Lemon Untuk Kulit:

1. Membantu mengecutkan jerawat
2. Memudarkan pigmentasi
3. Membuang bakchead
4. Bertindak sebagai antibakteria
5. Mencerahkan kulit


PERINGATAN!

Untuk si kulit sensitif kena berhati2 sikit sebab lemon ni asid kuat. Jadi, if masa try sikit2 kat pipi atau belakang leher dah merah or pedih. Better stop dan terus cuci. Lepas tu terus sapu pelembap pada wajah ya. ^_^


Semoga bermanfaat.
Thank you for reading my entry :)
Love,
AinulAqma


Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature