5 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Motivasi Diri Anda

Monday, August 3, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Kini dah masuk Ogos sudah. Lagi 4 bulan 2015 bakal melabuhkan tirai. Bagaimana pencapaian hidup kita setakat ini? Semakin meningkat atau mengalami krisis ditengah jalan? Lately situasi negara kita membuatkan ramai yang lemah semangat terutama dari segi ekonomi. Ramai yang mengeluh.

Daripada mengeluh lebih baik kita bertindak untuk tingkatkan taraf kualiti hidup. Manusia ni mula2 memang semangat tapi lama-lama semakin lemau sebab itu penting untuk tingkatkan motivasi diri setiap hari.

Dalam entri kali ni aqma nak kongsi 5 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Motivasi Diri setiap hari.


1. Buat senarai tugasan / to-do list 

Anda tahu ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam minggu itu. Untuk memudahkan agar tidak terlepas pandang tugasan, tulis senarai tugasan harian anda. Sebaiknya malam sebelum tidur anda sudah tulis apa yang perlu diselesaikan pada esok hari.

Senarai tugasan ini sebaiknya ditulis dengan pen dan kertas/board. Ini akan membuatkan anda lebih ingat apa yang perlu dilakukan.

Selain itu, penting untuk anda susun tugasan mengikut keutamaan.




2. Mempunyai matlamat yang jelas 

Latih diri anda untuk tulis matlamat anda di 'planner'untuk seminggu, sebulan malah setahun.
Melihat pada matlamat anda, anda lebih jelas dan semakin tahu kenapa anda perlu menyiapkan tugasan yang diberikan sebaiknya. 





3. Bahagikan matlamat kepada bahagian kecil 

Apabila kita mahu menyiapkan rumah idaman, kita perlu lah fikir material yang digunakan. Untuk buat rumah kita perlu siapkan bancuhan simen dahulu, gabungkan batu-bata, pasang marmar dan sebagainya.

Apabila kita dah senaraikan kepada bahagian kecil2 ia akan jadi lebih mudah dan kita boleh capai.

Contoh lain dari segi berniaga, anda nak capai jualan 100 kotak sebulan. Nampak macam mustahil bukan? Cuba kita bahagikan kepada lebih kecil.

100 kotak / 4 minggu = 25 kotak seminggu
25 kotak / 7 hari = 3-4 kotak sehari.

3-4 kotak sahaja anda perlu jual dalam sehari. Kurang daripada 10 kotak. Nombor yang kecil kan? Mudah untuk dicapai kan?

Jadi, bahagikan matlamat supaya kita nampak kita boleh capai secara berperingkat.


4. Berhenti MERUNGUT ! 

Jangan benarkan aura negatif meresap dalam diri anda. Jika anda dapati tugasan anda banyak untuk disiapkan, jangan merungut. Malah, cari jalan penyelesaian supaya lebih banyak pilihan untuk anda selesaikan tugasan anda.

Contoh anda rasa banyak kerja rumah yang perlu disiapkan dan rasa tak sempat nak buat. Minta tolong pada suami untuk siapkan. Mungkin si suami tak sibuk dia boleh tolong buatkan malah mungkin lebih daripada satu tugasan.

Jadi, positif!



5. Berikan ganjaran kepada diri anda

Berikan ganjaran kepada diri anda walaupun sekecil-kecil benda atau apa sahaja. Ganjaran akan menjadikan anda lebih bermotivasi untuk siapkan tugasan serta menunjukkan sejauh mana kejayaan anda.

Sebagai contoh, jika anda berjaya dapat keuntungan RM5,000 dalam bulan ini anda akan hadiahkan diri anda beg tangan baru jenama kegemaran anda. 



My wishlist handbag, Kate Spade
Ini akan membuatkan anda berasa puas dan merasakan segala titik peluh anda berbaloi.


Semoga 5 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Motivasi Diri Anda yang dikongsikan dapat memberikan anda semangat baru untuk capai matlamat hidup. 

Jadikan setiap halangan dan dugaan sebagai cabaran hidup dan menjadikan anda seorang yang lebih produktif dan matang. In shaa ALLAH. 

Till then, 
Thank you for reading my entry :) 

Love,
@ainulaqma


1 comment on "5 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Motivasi Diri Anda"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature