Saturday, September 2, 2017

Velodrome Nasional Malaysia. Tahniah! | #10

Assalamualaikum and hi :)

Bila Sukan SEA start je, sukan yang paling aqma nak pergi tengok adalah trek basikal sebab venue dia dekat dengan rumah. Kat Velodrome Nasional Malaysia, Nilai. Selalu balik dari rumah nenek or pergi UKM lalu highway Nilai tu nampak la lambang Velodrome tu. Cantik gilaaa! So, bila dah start haruslah excited nak pergi kan? :)

Then bila event yang ada Azizul Hasni Awang, excited la aqma. Plan nak pergi sendiri. Pastu mak aqma tak bagi sebab event dia malam. *letak tangan kat bahu* Plus, tempat baru kan?? Takot nanti nak kena parking kat mana2 ke... Then my mum pun cakap ajak la Abang teman. Terus aqma laju2 mesej my abang. "Abang kat mana? Jom tengok basikal?" "Kau ada tiket ke? Abang memang nak pergi tengok." LOL!! Sampai hati abang aqma tak ajak aqma!! Rupanya dia memang nak pergi tengok pon. Cantoikkk! :D

Lepas maghrib bergegas la kitorang ke Velodrome Nasional Nilai tu. Ramai mak datok weyyy!! Kereta penuh. Kitorang parking pun agak jauh tapi sebab masih muda mudi, jalan je la labuuu~ hehehe.

Velodrome Nasional Malaysia
Bila sampai kat Velodrome tu tak da apa yang dirasa melainkan rasa bangga sebab Malaysia ada Velodrome sendiri. Bila dah masuk lagi la bangga sebab rasa macam kat oversea. Proud babe!

Kawasan pelumba bersedia. Snippet of Azizul Hasni Awang. Hihihi

This is our HOUSE
Masa aqma pergi alhamdulillah malam tu Malaysia menang Emas yang ke 111 oleh Azizul Hasni Awang. Sumpah dia bawa basikal laju gilaaaa! Tengok basikal ni macam tengok badminton pun ada sebab cepat gila diorang dah ke bawah. TAHNIAH MALAYSIA!!



Photo courtesy of Google

Thank you Abang sebab bawa kita. :D

#RisingTogether

Memang betul2 bangkit bersama bila tengok event sukan ni depan mata. Plus atlet2 ni mewakili negara masing2. So memang diorang puluh habis lah. Semoga Malaysia lebih sukses pada Sukan SEA akan datang. #GoalforGOLD !

Love,
A.Aqma

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...