A Heart Talking

Sunday, January 20, 2019
Assalamualaikum and hi all :)

Ermmm.. Just a bit of heart talking here. Kadang2 aqma suka coretkan apa yang aqma rasa dari hati tulis kat dalam blog sebab nanti in future bila baca balik mesti rasa funny or ingatkan balik the moment. Hahaha.


So here the story of me attended my 1st wedding in 2019. Kebetulan wedding ni adalah anak kepada my mum's friend. A good old friend which has lots of mutual friends also. Of course lah sis yang single lagi available ni jadi bahan rujukan soalan "Bila nak kawen?", "Dah ada seseorang ke?", "Nak kawen dah ke?".. Bila semua soalan tu ditujukan pada sis dan mak sis, kitorang jadi speechless jap sebab bukan sorang dua yang tanya tapi ramaiii. Diulang. Ramaiii. Mak sis cakap "Belum lagi. Tak ada bayang lagi." Muahahaha.

Maka dengan ini 2019 sis berazam lah nak buka hati untuk seseorang. Nak pray hard to prepare myself for another stage of life. Selama ni sis buka je hati tapi tulah..tulah.. rasa macam ermm..malas fikir, malas nak involved, rasa macam malas nak borak lebih2. Sebenarnya penat. Penat nak patahkan hati sendiri. Walaupun pengalaman sis mempunyai si 'dia' hanya sekali je buat masa ni tapi.. entahlah. Muahahaha. Memang azam yang akan datang ni nak yang halal terus. In shaa ALLAH. Amiin~

In another thought.
Adakah sebab sedikit ke-obses-an sis pada k-pop membuatkan lelaki akan rasa tercabar atau annoyed disitu? Kena potong markah ke eh? Sesungguhnya sis bukan lah tamak haloba nak lelaki persis k-pop semata-mata. Kalau dapat rezeki. Namun adalah sebaiknya bila dapat tu yang dapat lapangkan hati sis dengan remind sis untuk rajin baca Quran, dan hormat my parents. Tu je sis minta. Oh, of course yang rajin cari duit juga. Masalah duit ni dalam pasangan boleh jadi panas juga hubungan tu. So nak warm and nice kita sama2 lah struggle rajin cari duit. Yang ni sis lagiii suka! Bukan sebab sis ni materialistik tapi futuristik. Duit ni bukan untuk diri sendiri je tapi memang kena terima hakikat kehidupan sekarang memang perlukan duit. Untuk sakit pening, untuk kecemasan, untuk kegunaan parents, untuk bangsa dan ummah. Eh, duit penting! Sebab tu Islam galakkan umatnya jadi kaya supaya dapat lebih banyak memberi.

Okay sambung cerita kpop tu. Sis bukan lah terlalu obses dengan kpop taw. Sis kalau suka satu tu, satu tu je la untuk satu2 masa. Tapi inshaaAllah rumah tangga terjaga. Tanya mak sis lah kalau tak caya sebab kerja rumah, tolong mak kat dapur still on, jaga adik kecik pun setel. #donehardselldiri

taraf Billboard uols my bias. SUGA BTS
Haaa lagi satu, yang lebih onz dan comey kalau bakal zauj sis adalah sekapala suka meredah awan biru dan berlari mengejar impian bersama2. Bukan apa, sis memang setiap tahun aim nak penuhkan buku merah. Terbang dengan kenderaan bersayap dua. Hehehe. Takdalah nak ke Milan setiap tahun. Dapat ke Tanah Suci Mekah pun syukur alhamdulillah sangat. Selain tu ke tempat-tempat lain pun dah sujud syukur sangat.

Rasanya cukuplah hati ni luahkan apa yang tersemat kat blog nih. To all my readers thank you for reading this long post. Banyak lak cerita dari hati. Hahaha. Memang serious nak update blog tahun ni sampai cerita dalam lubuk hati pun nak tepek sini. Okay lah kan? Hahaha. See ya!

p/s:
Dear aunties,
Hope aunties boleh calonkan saya sorang dua supaya adalah bayang tu even sikit. :P

Love,
A.Aqma


1 comment on "A Heart Talking"
  1. semoga semua urusan di permudahkan sis. ada tu nantiiii :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature