Jejak Kali Ke-3, Ni Reaksi Saya

Friday, April 12, 2019

Assalamualaikum and hi all :)
It was a Dang! Boleh pulak pergi café tapi tak dapat internet free itu. Melepas RM12.20 aku. Nak buat cemana siapa suruh beli makanan. Nak dapat code free wifi tu kena beli AIR. Dushhh! Starbucks juga the best! Apa2 pun Alhamdulillah perut kenyang. Ni aqma taip kat words dulu sebenarnya sementara idea masih ada.


Kali ni aqma nak share pasal my recent trip. From 27/3/2019 to 1/4/2019 I was in Seoul, Korea. Again. Trip ni bukanlah trip yang sangat hype atau aku excited sangat. Tipu la tak excited tapi yang pasti aqma tak lonjak macam sebelum ni punya trip. Banyak sebab kenapa aqma rahsiakan trip ni dari kawan-kawan terdekat hanya beberapa ketul je yang tahu tu pun terpaksa bagitahu. Huhuhu.

Apa-apa pun trip tu berjalan lancar. Alhamdulillah. Trip kali ni banyak buka mata aqma untuk observe culture orang Korea. Trip before this more on enjoy diri sendiri je, nak buat itu nak buat ini. So tak berapa tengok culture diorang sangat. This time was different. Even dalam train pun aqma observed satu-satu culture diorang. Meh aqma share my observations.

Diorang ni hampir semua orang pegang handphone masa dalam train. Hampir semua orang ada earphone/earpods kat telinga. Yang iphone tu sure la tergantung earpods tu. 

Aishhh geram je aqma tengok diorang ni up to date gilaaa! Walau sesak macam mana pun dalam train, even berdiri dan tak pegang apa2 pun, tetap handphone kat tangan! Perghhh kalau kat Malaysia ni memasing dah simpan phone. Plus paling hebat bawah tanah pun ada line internet 4G!!! Mantap bosskurr! Ingatkan diorang ni online sebab ada wifi free dalam train semata-mata rupanya memang bawah tanah tu ada internet 4G. Kalau kat atas tanah ada 5G babe! Advance terokkk! Iols dah lost word bila tengok lifestyle diorang ni. Paling aqma tak lupa depan aqma tu, sorang girl ni tak pegang apa2 dalam train tengah tengok LIVE makeup. Perghh pakai heels je bila nak balance balik. Iols respecttt!

Next adalah makeup. Ia adalah sesuatu yang sangat mesti wanita tak kira remaja atau orang tua wajib bermakeup. Wajib ada lipstick, wajib tepek foundation, wajib mata ada eyeshadow or eyeliner. Itu super wajib. Muka kosong tu susah nak jumpa. Lagipun kalau tak pakai apa2 rosak kulit sebab angin sejuk kat Korea ni boleh buat kulit menggelupas taw. Aqma pun jadi tak berani untuk tak pakai foundation and moisturizer sebab nak pastikan kulit lembap and bermaya.

Of course syurga make up and skincare adalah kat Myeongdong. Hahaha. Kali ni memang giler punya survey makeup and skincare. Entah berapa kali ulang alik sana. Kikiki. As usual aqma seorang yang setia. So, aqma akan pergi Nature Rebublic and Holika Holika je.. Yang bestnya ada satu tempat ni aqma discover kat situ jual Nature Republic murah gila and banyak promo and banyak gilaaaa FREE GIFTSS!!! 2 kali sis repeat datang tempat ni. Yang penting bukan Myeongdong. Tak sesak. So, senang promoter tu nak consult kita and diorang boleh speak English :) *nak tahu pm (email) tepiii*

Ada la tempat yang aqma dah pernah pergi dan pergi lagi dan lagi. Ada juga tempat yang aqma first time pergi contohnya Hanok Village. For me, Hanok Village ni cantik dan best kalau pergi ber-hanbok (baju traditional korea) kalau pergi saje je, ermmm takpe kot. Sebab lagi pun guest house aqma tinggal memang kat perumahan hanok. So, no need to go Hanok Village tu. Hihihi.

Bukchon Hanok Village
Alhamdulillah kali ni aqma pergi lagi Nami Island. Kali ni naik ferry je sebab takda kawan nak naik zip line. Duit dah habis ke shopping :P

Gapyeong. My must have shot.
Masa kat Gapyeong ni nak tunggu bas punya lah sejuk gila weyhhh! Siap keluarkan heat pad lagi taw. As iols yang single ni tengok je la couple2 ni saling memanaskan badan. Ahaks!

Mula-mula plan nak makan kat Nami Ok tapi fikir2 balik macam tak berbaloi je naik teksi. So, end up aqma makan kat Nami Island je and solat zohor + asar kat situ. 

Trip kali ni memang leisure sangat2. Aqma tak pressure diri untuk buat aktiviti lasak. Just jalan, makan and cuci mata. Seriously tak pening sangat trip. Alhamdulillah for the experience.. Tapi ada juga la cabarannya masa naik Namsan Tower tu. Tak jumpa jalan pendek untuk ke cable car. Jumpa jalan jauh.. Berpusing, bermengah jugak la. Baju, ketiak basah tapi gigil. Kau rasa?? :P

Namsan Tower. Purple!
Kat Namsan Tower ni diapproach oleh pakcik and makciks Korea. Alhamdulillah diorang ni baik sangat. Siap bagi pisang and gula-gula lagi sebab tengok muka pucat mendaki bukit kot. Hahaha. As usual aqma tak prepare makanan sangat pun sebab kan sesat jalan jauhhh. Hahaha.

Gyeongbuk-gung
As usual kat istana ni ramai gilaaa.. Tapi sayang bunga2 baru putik jee. So tak da la dapat tengok pemandangan indah sangat tapi ramai gila manusia. Tak sejuk sangat masa sampai sini. Bareable la.. Mungkin sebab ramai manusia so dah berkongsi haba laaa. Ramai je orang Melayu kat sini.. So, kau akan tengok la rakyat2 Malaysia macam2 ragam, ada buat vlog, ada yang bergambar ada yang pakai baju kurung.. hahaha. Respect!

Btw, disebalik trip ni aku bawa hati yang remuk sikit sebenarnya. Sorry dah tukar mood "aku" pulak. Mungkin lebih close dalam cerita seterusnya. Teeheee!


Okay lah. Aku macam sedih bila manusia yang aku anggap close friend tapi dia anggap aku sebaliknya. Dia anggap aku macam stranger padahal kawan dah bertahun. Aku seorang yang pegang pada friendship and hargai friendship sampai aku rasa down bila ada problem dalam friendship tu. Jadi aku sedih sebab dah besar2 macam ni pun orang tak hargai bila aku rasa bahagia berkawan dengan dia. Rupanya aku bahagia sorang-sorang babe. Dah besar-besar macam ni takkan la nak cakap macam budak sekolah, "Eh awak, kita jadi best friend forever eh?" Lol! Bila kau dah rasa sama-sama rasa selesa, means kau appreciate lah the friendship kan? Always try to make the converstion and all. Tapi dia anggap aku macam ganggu hidup dia. Aku sedih sebab itu manusia yang aku selalu cerita2 tapi aku nampak dia cari aku bila susah atau kawan lain takda. Aku penat. Now aku tahu tak semua orang value friendship. Kalau aku salah, terus terang itu better dari tahu dari sumber ketiga. Aaaahhh banyak pulak aku bebel pasal ni kan? Huhuhu. Tapi aku syukur sangat2 Allah lorongkan aku pergi trip nih. At the same time lega lah hati ni.. Alhamdulillah~

Thanks a lot yang baca sampai habis.

Love,
A.Aqma

1 comment on "Jejak Kali Ke-3, Ni Reaksi Saya"
  1. ikutkan kita sndiri pun xleh muka kosong je kt luar..dgn chaya matahari. rosak kulit..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature