Book Review: Tentang Perempuan

Wednesday, November 24, 2021

Assalamualaikum and hi :)


One of my 2021 wishlist tercapai juga iaitu untuk habis baca sebuah buku. Aqma ni jenis suka beli buku tapi nak habiskan tu kadang2 azab juga ya. So I decide to start with a book which not so thick. Pilih punya pilih thru online, beli lah buku TENTANG PEREMPUAN.


Gaisss shopping buku secara online ni bukan senang ye sebab kita tak tahu sangat isi dalam in one shot. Kena scroll sana sini, baca review sana sini. Tak tahu bentuk penulisan dan jenis kertas macam mana kan. Gedik. Tapi itu lah ragam.




So ramai yang minta aqma review buku TENTANG PEREMPUAN ni. Buku ni bentuk penulisan dia more like poem. Masa mula2 buka buku ni terkejut juga sebenarnya sebab agak lemah baca poem ni risau kot bahasa dia tinggi ke apa kan. Rupanya sangkaanku sangat meleset.


Walaupun dalam bentuk poem tapi penyampaian isi dia sangat padat dan direct je. Takda bahasa kiasan pelik2 lagi berputar2. Sangat2 direct and boleh relate dalam kehidupan harian kita.


Isi buku ni pasal perempuan2 beriman macam isteri2 dan anak2 Rasulullah, isteri Firaun Asiah, cerita Mahsuri pun ada.



For me this book really open up my mind tentang apa sepatutnya seorang wanita itu berfikir. CANTIK vs CERDIK. Pilih lah menjadi wanita CERDIK sebab bila cerdik auto cantik tu datang in package. 


Lepas tu topik aqma suka pasal ikhtilat dengan lelaki ajnabi. Memang la kena jaga batasan tapi jangan menyusahkan. Betul juga point penulis ni sebab ada orang cakap pada wanita bujang "jaga suara, jaga itu ini sebab tu semua untuk SUAMI." tapi padahal kena letak ALLAH dulu. Kenapa nak fikir SUAMI yang belum pasti tu??


Then ada juga ilmu2 rumah tangga. Pasal isteri2 Rasulullah yang kuat cemburu dan ilmu poligami.


For me, rating buku ni 4.8/5. 

Sekian review. Biasalah aqma jenis suka nak luahkan habis2 so ku tulis dalam blog je lah senang. Hihihi. Till then :)

Sudah Setahun Kenangan Itu : 14112021

Sunday, November 14, 2021

 Assalamualaikum and hi all :)


Hari ni adalah 14 November 2021 malam (semasa aku menaip ni) sekarang 10.30pm. Aku masih teringat dan terngiang2 lagi suara doktor yang call suruh datang hospital segera untuk menghadap saat2 akhir ayah dimuka bumi ini.

Aku rasa aku dah cerita dulu di blog ini tentang kronologi kesedihan aku yang masih bersisa (POSTING INI)

Normal lah hidup mesti ada sisa2 kesedihan. Ayah kot.. yang hidup bersama 29 tahun banyak memory tersimpan. Banyak sangat. Ayah ajar aku macam2 ikhtiar hidup. Dari kedai mana tukar tayar, tampal tayar, makan sedap, repair lampu, eh macam2 lah.


Ayah aku alhamdulillah baik sangat orangnya. Kesayangan mak nya. Dia tak pernah ajar untuk benci or dendam orang. Ayah adalah seorang yang paling tak amik port hal orang lain. Bila mak aku cuba bercerita tapi kalau cerita tu pasal orang lain yang berunsur negative mesti ayah aku bunyi "bukak topik lain boleh?" haaa begitu terus dia potong dari kita cerita buruk hal orang sis... Hihihi.


Pastu ayah aku la pendorong semangat or punca aku nekad resign keje kat Cyberjaya tu. Aku sebenarnya ragu2 nak pergi tak interview kat KL. ye lah aku sebenarnya fikirkan ayah nak ulang alik hospital camne kalau aku keje KL. Pastu ayah cakap "pergi je la interview tu. Kalau pergi boleh dapat atau tak. Kalau tak pergi, comfirm tak dapat." Begitula~ Alhamdulillah aku dapat keje kt KL tu and keje 2 bulan je kat office pastu dah work from home dah 2 tahun. AMBIK KAO!!


Ayah aku dah level redha sangat anak nya balik2 pergi Korea -_-". Huhuhu. Pernah sekali tu aku macam memang takda la ada duit sangat pun nak pi Korea tapi pergi sebab nak lepas stress ke apa ntah. #Mengada! . Pastu ayah aku cakap "kau ada duit belanja tak? amik duit ni dulu" aku cakap tak pe.. tak perlu sebab aku bukan jenis shopping pun.. ayah cakap "amik je la dulu nanti kau bulan2 bagi ayah duit" nah, dihulur RM600. Perghhh aku memang rindu sangat moment bila time gaji bagi ayah duit belanja. ayah aku guna duit tu bukan apa pun untuk makan apa yang dia nak, belanja hospital sikit2 tapi lebih pada makan je la.


Aku jadi emosi terlebih kadang2 sebab aku kan WFH, pastu ayah home dialysis pulak. Setiap hari aku yang buat. Tu yang jadi terlebih attached. Honestly waktu zaman sekolah - univ aku tak rapat sangat dengan ayah sebab aku duduk asrama. Alhamdulillah ALLAH bagi kesempatan untuk aku topup balik masa2 terbuang tu. 


Alhamdulillah mak aku takda la depression ke apa ke, ramai risau macam mana mak aku lepas ayah takda. Aku tahu mak aku sedih tapi dia sejenis simpan je. Paling2 pun ajak ziarah kubur. 

Sekian nukilan buat memory~


Love, 

A.Aqma yang aku je panggil ayah. Abang2 panggil abah. #specialgilerrr




Best Cafe in KL for Brunch/ Breakfast

Saturday, October 16, 2021

 Assalamualaikum and hi all :)


Last week aqma dah memulakan misi untuk cafe hoping in Kl/Selangor area. Alhamdulillah ada kawan yang nak teman aqma sarapan pepagi. Aqma prefer keluar pagi2 so breakfast is the best. Pastu tak ramai.


So last week aqma plan nak pergi Pokok.kl sebenarnya tapi tutup pulakkk. Then kawan aqma suggest pergi BreakfastThieves, Kuala Lumpur. Tempat dia sangat tersorok ye. Sebab parking kat luar so memang siapa cepat dia dapat. If not kena la menapak sikit. Huhuhu.


So here our order.


Aussie Coffee and Cafe latte    
Guyyyysss! Aussie coffe ni lazat gila yaaa. Mula2 ingat nak order affogato tapi tengok Aussie Coffee pun ada ice cream juga tapi ada ice lah. Tapi serius gaiss enak bangat yaa.

Aqma bukan jenis suka sngat cafe latte bagai ni tapi this one memang sedap tapi tak manis. Sirap dia mungkin sikit je dan lemak2.


Croque madame


Dah leka makan baru teringat nak amik gambar. Hence the messy of Croque Madame. :/
This one sedap juga. Good enough as a brunch.


Actually ada lagi food my friend order. Wholemeal butter bread and berry jam. Alhamdulillah such a great breakfast we had.

Thanks kawanku teman cafe hoping. Next kita pergi tempat lain pulak ye....

Korang jenis suka breakfast luar ke duduk rumah je? hihihi.


Till then :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...