Perlu Ke Struggle Muda2? | #4

Friday, August 11, 2017
Assalamualaikum and hi all :) 

Hari ni terpanggil meronta-ronta hati nak post something kat blog tentang STRUGGLE. Perlu ke struggle muda mudi ni?? Definitely my answer is YES. Ada je yang tanya "Awak tak penat ke aqma?" Tipulah tak penat kan? Kita bukan robot awak~ Hihihi. 

Tapi aqma jenis tak reti duduk saja. Aqma takut for future. I have my solid and concrete BIG WHY kenapa aqma penat kehulu kehilir upgrading my life now. A Malaysian Billionaire pernah cakap "Dalam kehidupan takda grey line. Nak kaya sikit2. Nak kaya, kaya terus! Ada je orang kaya tapi humble. Harta dia berkoyan2!! After all it depends on how you bring yourself."

Dah banyak sangat contoh depan mata yang dah umur 30-an masih hidup belum selesa. Ada yang selesa tapi lepas untuk diri sendiri sahaja. Ada yang selesa tapi lepas untuk diri sendiri and anak beranak je. Ada yang selesa tapi mak ayah masih kurang selesa. Mak ayah kita kalau kaya, anak2 tempias kaya. Tapi bila anak2 kaya, ada yang ibu bapa masih paras sama. Come one guys!! Our parents, wali keramatt!! Doa mereka tiada hijab. Kena tatang mereka setinggi2nya. Ya ALLAH, grant my parents syurga Firdaus in the world after.. Amiin. Well, ada juga yang selesa tapi hati tak tenang. Allahuakbar!! Fananya dunia... :(

Yes. PARENTS is my SUPER BIG WHY! 

I live with my parents. Alhamdulillah kitorang tinggal di rumah sendiri. Ada kereta nak pergi mana2. Tak pernah berlapar. Cukup untuk keperluan asas. Tapi dalam benak hati ni nak la bagi something EXTRA ORDINARY for them. Nak mereka proud towards me. Takda la mereka malu or segan2 bila kawan2 tanya pasal anak mereka. Orang lain siap buat rumah bagi kat parents diorang. Allahuakbar jelesnya aqma!! 

My mum jenis berjimat orangnya. Handbag pun bertukar bila dah betul2 koyak je.. Padahal dia mampu. Aqma nak sangat one day cakap macam ni, "Ibu, ayah jom jalan2 (sebenarnya nak bawa shopping). From up to toe kita bayarkan :)" Takkan nak tunggu parents dah tua tak larat baru nak belikan mereka itu ini. Ya ALLAH.. YA ALLAH.. permudahkan urusanku untuk menyenangkan hati ibu bapa ku..Amiin Ya Mujiib :)

SAVINGGG!!!

Seram bila cakap pasal saving. Ada je lagi orang yang susah nak menyimpan. Susah sebab komitmen. Duit belanja sekolah anak memang dah tolak siap2 tapi duit mainan anak? Duit anak nak makanan kat pasar malam? Duit baju tshirt persatuan anak2?? Ye fikir anak2 je.. Macam mana nak menyimpan kan?? Sedangkan aqma yang single ni pun struggle nak menyimpan. Hahaha. Dugaan online shopping kuat woii! :P

Bayangkan la duit gaji uols RM3,000. Duit untung bisnes dapat dalam RM1,000 sebulan. Pastu duit dari bisnes tu la buat bayar bil2, kereta semua.. RM3,000 tu usik untuk belanja anak2. Ada lebih lagi tu.. Kalau yang lebih tu RM1,000.00 , dalam setahun dah RM12,000. Wahhh tak pandang dah bantuan/ bonus kerajaan yang kadang2 ada kadang2 tak da. Huhuhu. 


BIG DREAMS!!

Ye. Aqma jenis yang kuat berangan. Kuat dan tinggi sangat2 angan2 tu. Sampai pernah kawan aqma cakap "Awak ni.. tinggi sangat cita2" Pada aqma kalau kita tak ada impian, macam mana nak merasa kan? Contoh macam kita order Tom Yam kat kedai, kita dah bayangkan dah masam dan sedapnya setiap suapan kuah Tom Yam itu.. If tak bayangkan, kita akan order " apa2 je lah cik waiter asalka perut saya kenyang." Gulp! :/

Aqma memang pasang impian nak hidup senang! Nak ada high end car (AUDI), nak ada handbag PRADA, nak pakai kasut Selvatore Ferragamo, nak ada suits/ blazer Giorgio Armani, nak ada walk in wardrobe sendiri, nak ada laptop Macbook/ ASUS (nipis), nak ada saving at least RM1,000 000.00 before umur 35 tahun. Nak pergi haji muda before 40 sementara masih kuat (pergi by pakej cepat sikit dapat panggilan. In shaa ALLAH), nak SEDEKAH tanpa berkira berapa yang tinggal. 

So, nilah antara sebab kenapa aqma struggle masa muda. Tak pe lah korban waktu tidur, waktu lepak kejap.. dalam 5 tahun camtu je.. Pastu boleh capai financial and time freedom. In shaa ALLAH. Fighting! Sorry post aqma kali ni panjang pulak. Hehehe :)



P/s: Thanks sebab sudi baca sampai habis. IF uols terasa, kita minta maaf awal2 sebab semua benda dalam entry ni 100% on my perspective. IF uols tak dapat terima. Sokay taw! *peace*



1 comment on "Perlu Ke Struggle Muda2? | #4"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...