Drama Kampung People best ke??

Thursday, January 9, 2020
Assalamualaikum and hi all !

Weehooo ni ha aqma nak tanya korang pernah tak dengar desas desus semua dah terjebak drama Kampung People? Masa episod pertama aqma terrtengok lah kan, punya lah rasa annoying. Drama apa je ni cakap pelat2, macam orang tak betul je si Elly Mazlien nih.

Pastu disebabkan tengok cerita ni sambil makan, makannya terlajak lah tengok even sikit2 pun. Pastu rupanya cerita ni pecah perut gaisss!! Sis is tak tahu nak cakap macam mana sebab cite ni tak macam drama melayu lain yang penuh dengan konflik. Cerita ni rilek santai tapi penuh mesej deep gilosss! Cerita kekeluargaan yang sangat dekat dengan masyarakat.

Tambah pulak dengan slang2 si Riena Diana tu dalam watak Laila/Rose, dah semua mengikut sebut si Lailerrr. Hadoiii haruu ! Semuanya dah terjebak dengan Jekfer a.k.a Jaafar tuuu. Bila tengok2 balik patut la netizen panggil 'Jek'fer instead of Jaafer sebab nak gandingkan dengan Rose. Ala2 Titanic gituhh. Pun bolehhh.
Rose and Jekfer
Selain dari slanga si Lailerr nih, orang pun dah terikut2 ayat si Mona tuh "Absolutely correction forever and ever back to the future". Bayangkan eh sampai Tengku Jihan pun tahu absolutely correction tuh. Hebakkk!

Eh, banyak gila part lawak cerita nih. Kalau kerajinan aqma datang nanti nak buat la compilation part2 yang aqma suka. Part dia nak betulkan anak dia punya English, maknya pun sama haoppp! Tapi serious ni la cerita melayu yang berjaya tambat hati aqma macam cerita Korea. Macam drama Korea memang ada yang buat kita gelak2 kan, macam tu lah cerita Kampung People ni. Memang geli hati sangat and lawak gilsss! "Broom salarsss tak broom pun salarsss.." Hadoiii pecah perut seyhh.

Tu belum dengan novel2 dia. Laut.. I miss you, emosi betul dengan si Darwisy tuh. :D

Drama ni 13 episod jee. Dah habis dah pun kat TV3. Kalau korang nak tengok sila lah ke Youtube TV3. Tengok Drama Kampung People online dekat sini >>> WATCHING KAMPUNG PEOPLE online.

Daaaaaa.. Enjoy korang !
Love,
A.Aqma
2 comments on "Drama Kampung People best ke??"
  1. hai , salam perkenalan , datang singgah dan follow , jom follow sys balik https://bondayana393.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi bonda. thanks a lot singgah my blog. sure will drop by your blog :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...