REPLY 1988 | My Current Obsession

Sunday, July 19, 2020
Assalamualaikum and hi all :)
Fuuh...fuhhh..fuhhhh aqma tengah sapu sawang and habuk2 kat blog nih. Last update masa raya rituh. Ni nak masuk raya haji dah. I still feel blog is something precious to me.

Musim2 PKP / lockdown / covid nih kan ramai la yang mula dok melayan korean drama kan?
Aqma pun tak terlepas lah. Tak banyak k-drama yang aqma layan lately nih sebab once habis 1 drama dekat sebulan baru move on drama lain sebab dok compare dengan drama previously yang best gilaaa!

Haaa, drama tengah belum boleh move on adalah REPLY 1988. 

Ye ye ye drama ni dah lama 2016 lagi. Aqma tengok drama ni pon masa pergi Seoul 2016 dulu sebab pagi2 ada cerita ni. Channel lain dok pasang jual2 macam Go shop tuh. So layan je lah cerita ni tanpa subtitle so tengok masa pagi2 before keluar guest house je. Pastu tengok Park Bo Gum tuh macam tak bermaya je, macam sakit je. So tak layan laaaa.

Okay apa yang membuatkan aqma tetiba tengok drama ni adalah aqma crossed over youtube Lee Hyeri. So tengok la apa cerita yang dia berlakon then found out dia berlakon cerita REPLY 1988 nih.

Aqma pun mula la tengok episod 1. Dah la masa aqma mula tengok tu tengah stay up buat kerja. So, tengok ala kadar nak hilangkan mengantuk je, sekali "eh, eh, eh," "eee pabooo!!" pastu gelak cam hape jee. Pastu sedihhh... bayangkan baru episod 1 dia dah main jiwa. Kita lak menitik air mata. Huhuhu.

Cerita ni boleh dikatakan sangat2 banyak mesej yang disampaikan. Cerita cinta tu dalam 20% jeee. Memang sikit2 je la buat syarat kata orang. Kalau takda isu cinta pun cerita ni hidup.

Mostly drama ni pasal kehidupan di kejiranan Sangmundong,Seoul. Drama ni fokus pada 5 keluarga nih. Each keluarga berbeza2 background. Ada yang ibu tunggal, ada yang ayah keje cikgu and mak keje insuran tapi takda masa untuk anak, ada yang ayah keje bank tapi rumah diorang bawah tanah, ada yang family kaya gila, ada yang bapa tunggal tapi tokey kedai jam.

Tapi yang bestnya takdak beza2 pun especially mak2 nih. The wives always together kadang2 masak sama2, bila ada yang susah cepat2 tolong, kalau ada yang sedih tolong comfortkan. Memang mesej kejiranan sangat2 banyak dalam drama ni.

Pastu anak2 diorang ni berkawan baik 5 orang nih sebaya. 4 lelaki 1 perempuan. 

Lawak weyhhh diorang nih. Lagipun vibes drama ni zaman 1988 hingga 1990-an camtu. So memang life diorang dengan kawan2 je sebab mana ada gadget sangat kan. Hahaha.

Mesej kekeluargaan pun banyak sangat dalam drama ni. Even kau benci macam mana pun kakak kau, still kau sedih juga bila tengok dia makan megi je hari2 kat asrama. Walaupun abang kau tu belajar tak pandai, tapi bila dia sakit still kau concern juga. Bila ayah kau dah berabih, puji lambung2 kat family lain sebab anak harapan dia masuk universiti tetiba anak dia buat hal sedih hati seorang ayah tu tak dapat digambarkan. 

Tu belum part mak diorang yang sangat2 concern bab makan anak2. Miskin2 pun ada makanan atas meja. Bertukar2 lauk dengan jiran. Dari lauk 1 je atas meja terus jadi banyak. Hahaha.

Eh, banyak pulak aqma review drama nih. Tapi drama ni memang WAJIB and HIGHLY RECOMMENDED laaa!! Vibes memang la macam lama2 tapi mesej dia menitik air mata wooo. Tu belum masa celebrata ayah dia pencen lagi. Huaaa.. 


Okay2 drama ni kat Viu ada taw. Boleh tengok sana :)

Nanti korang komen if dah tengok taw. kikiki.

Till then,
Love
A.Aqma


Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...