Top Social

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Lepaking with this one friend

Tuesday, October 4, 2022

 Assalamualaikum and hi my blog :)


Lamaaaaa tak menulis sini sebab nak bukak laptop sendiri pon tak sempat. Laptop office je bukak kadang tak log off pun laptop office.


It's almost 2 years and a half I do work from home. It's kind of dream come true sebab memang pernah my wishlist nak buat nomad working.


So while being WFH, my teammates transferred to other team. She is the one who I always count on. The person yang selalu jadi tempat tanya soalan kerja. Hahaha. Sebab dia power ! :)


Since kitorang WFH, takda lah nak buat farewell ke apa. Usually akan skype je lah kan. Actually kitorang tak rapat sangat other than hal2 kerja. First time la ritu dia ajak lepak teman dia craving makan ddokki.


Dahlah tak pernah makan ddokki tu glad my friend dah pernah makan kat situ so tahu lah cara nak masak semua tu. Sampai meja sebelah tanya macam mana nak buat kuah jadi likat like the real ttobokki tu. Hihihi. Pastu perasan juga keliling kitorang ramai mcam budak2 bawah 25, 30 so very eager to take photos and very like content creator one. Kitorang dah lapar malas fikir gambar2 ni. Lol


As usual dah habes baru rasa nak amik gambar.

After makan tu kitorang tak terus balik tapi pergi tawaf satu ioi city mall tu. Since this friend of mine has different interest, hobby than me so memang hari tu mostly kitorang masuk each of us punya kedai based on our interest. Since my friend minat anime, masuk la kedai anime then gelak macam orang gila lah sebab I dont have any idea about anime, figurine or apa2 je lah. Hahaha. 


Pastu ada juga ajak dia masuk kedai ala2 kpop. Naseb melayan je la. Pergi juga cafe Christine's eh sekali sedap and very aesthetic...! So next time boleh cuba menu lain,, hahaha.


Then we went back home around 3pm. Seriously kitorang banyak cerita and banyak gelak sebab memasing explore minat memasing and I was being very noob at most of the time.


Semoga sukses di tempat baru my friend :)


Cerita Berbuka di luar

Thursday, April 29, 2021

 Assalamualaikum and hi all :)


Come again another story of my life. Aaa gituu... Lately ni aqma ingatkan takda orang perasan yang aqma mula aktif balik blogging. Surprise sangat ada yang perasan and baca my story. Alhamdulillah. Thank you korang.. It means a lot to me :)



So hari tu aqma pergi berbuka kat luar with my friend kat Cyberjaya. Kitorang decide to meet around 6.30pm camtu sebab plan nak solat dulu baru makan2 time.


Alhamdulillah. Allah lorongkan kitorang untuk pergi surau and solat dulu. Lepas solat kitorang toleh belakang oh maiiiii! beratur orang nak masuk surau. Yelah limited kan dalam surau sekarang nih. 

Paling sweet my friend belanja berbuka and also bagi hadiah advance birthday. Huaaaa terharu!!

Tteobokki :)

Le sweetest friemd <3


Sometimes dah besar2 ni memang kawan sangat2 limited. Just a small circle pun dah buat kita happy. 

Thanks a lot hazirah for your time and bagi hadiah. 


Till next time :)

In shaa ALLAH..


Colleague Farewell | This is not forever

Saturday, December 8, 2018
Assalamualaikum and hi all :)

Tak tahu la nak cakap best ke apa ke sebenarnya but we really enjoyed the moment. Lepas balik kerja last Wednesday kitorang pergi Tamarind Square. Plan nak beli Tealive then makan-makan kat Tiger Lily. We were so stressed out to reach our daily target. Kelakar taw bila orang tahu aqma kerja bank and ingat aqma involved in cash money. Sebenarnya tidak kawan2 aqma kerja behind the scene. Even aqma pun tak reti macam mana nak explain kat orang my job scope. Hahahaha.

Okay now sambung cerita kat Tiger Lily nih. Since it was the last week kak Yati kerja kat HSBC so kitorang pun plan nak lepak dengan Kak Yati before she off to Brunei for good. 


Kak Yati ni seorang yang jiwa muda taw. She always text me when she has time. Even setiap hari kitorang jumpa kat office. I just grateful that I have a bunch of amazing friends. Alhamdulillah. Kawan2 ni macam-macam perangai diorang taw ada yang happy go lucky, ada yang jenis pendiam tapi join je kalau ajak gi mana2 atau sejenis yang riuh tapi dia lah kerja paling laju. Amazing right?

Sure gonna miss Kak Yati. Kak Yati selalu chat aqma kat office tanya "Nak breakfast sama?" Sweet gila kan? In shaa ALLAH nanti kita jumpa lagi ye Kak Yati this December :)

The us

Love,
A.Aqma

The 12 Years Love | #5

Monday, August 14, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

ALHAMDULILLAHHHH! Akhirnya cinta Amir Haneef dan Ummu Aiman yang berputik sejak usia 14 tahun dah officially HALAL forever! Lama tu woi depa ni bercinta 12 tahun taw! Suka cara diorang kapel sebab tak menunjuk the love but they have the sparks. Hahaha. Korang faham takk? Apa2 pun happy sebab diorang dah tied the knot.

Semoga Anep jaga Iman sebaiknya. In shaa ALLAH.. Both pengantin my schoolmate. Thanks for the invitation and barakallahufiikum :)


The groom and the bride


Le girls

Anak Dina featuring Owner Bawang Studio, Mustak >,<

Lepas balik dari kenduri singgah sebentar TEALIVE kat shaftsbury. Not bad gak PuEr Rose Tea dia.



After all, Thanks a lot my dear dongsaeng temankan kita gi wedding lagi. Hehehe

Saranghae dak Hazi <3

Love,
A.Aqma

PLKN Mini Reunion Raya 2017

Monday, July 3, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Yes masih lagi topik raya.. Masih lagi mood beraya. In shaa ALLAH by next week aqma akan selitkan topik2 tips KECANTIKAN dan KESIHATAN. For those yang subscribe blog aqma. tunggu notification okays? *hint: Oily skin*

Korang pernah masuk PLKN? Meroyan tak bila nama naik terpilih ke PLKN? Aqma masa tahu dapat PLKN tu rasanya tak da perasaan apa2 tak rasa risau or takut kena buli ke apa ke. Rasa happy je sebab lepas SPM dah ada tempat nak pergi tak terperuk kat rumah. Hahaha. Dengan PLKN ni la dapat experience macam2 termasuklah pengsan selepas derma darah :P

Thanks to technology dan social media aqma still lagi keep in touch dengan few PLKN friends. Ada yang terpisah jauh and totally lost contact sebab ye lah diorang ada yang duduk di Sarawak memang susah la nak contact bebagai. Unless yang lepas study nak stay KL in shaa ALLAH boleh reunion semula. Selama ni aqma dok cite pasal kawan PLKN Nabilah kan? Kali ni aqma cerita lagi pasal Nabilah and kawan lagi sorang namanya Elizabeth. She is the cutest among all yet so matured! Tadi kitorang plan beraya rumah Nabilah di Sungai Buloh. Betapa la aqma ni tak pernah jejak Sungai Buloh rasa jauh je pergi tadi tapi bila balik rasa sekejap pulak. Huhuhu.

Aqma jemput Eli di KTM Sungan Buloh then gerak rumah Nabilah sama2. Dapat kumpul kitorang bertiga je.. masing2 ramai yang dah berkeluarga dan busy. Ye lah nama pun R.A.Y.A~ Paling teruja pergi rumah Nabilah ni sebab nak makan Vietnamese Roll. Macam tak senonoh pun ada, pergi beraya rumah orang sebab nak makan. Hahaha. Tapi seriousla Vietnamese Roll Nabil ni enak sungguh! Rasa macam berbaloi datang Sungai Buloh semata-mata nak beraya rumah Nabil. :)

#vietnameseroll #enak
Family dia pun sangat2 peramah. Layan je kitorang. Hahaha. Kakak and mak Nabil pun sangat caring layan kitorang macam saudara sendiri. :) Alhamdulillah~ Lega bawa ole2 masa datang tadi. Tak la terkilan sangat datang rumah orang tangan kosong je. :O

Lama juga kitorang lepak2 kat rumah Nabil. Bukan cerita pasal kerjaya unik Elizabeth je. Rupanya memasing kaki k-drama. Maka dok kupas isu k-pop je lerr...hihihi.

Pose k-heart from us. :P

Antara pose paling mahal. Hihihi

Tahun depan boleh bergambar port sini lagi :P
Dalam pukul 4 camtu kitorang beransur pulang. Masing2 pun nak kerja keesokan harinya. Thanks a lot Nabilah for the treats. Best banget weyhh! 5 star aku bagi. Hahaha. Nanti bawa Elizabeth datang rumah aku pulak :) Raya belum habis.. hihihi.

Love,
A.Aqma

4Fingers & Friend is A Treasure

Friday, June 23, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Apa cerita uols punya persiapan raya? aqma sebenarnya lebih prefer kemas rumah dari masak2. hahaha. No worries my future husband, I will make sure nanti dah kawen you tak kelaparan punyaaa :) 

Okay lah kalau tak masak mestilah tapau or makan kat luar certanya kan? So, masa minggu kedua puasa aqma pergi la berbuka puasa kat luar. Berbuka dengan my Treasure friend. I called her a treasure friend since she has something that makes me calm and I can be my own self while with her. I met her during my PLKN days and after 5 years of distance now we are closer. 

Nak jadikan cerita, aqma and kawan aqma ni pergi la berbuka sama2 kat MidValley sebab in the middle kan? Dia dari Sg Buloh and aqma dari Sepang. Jumpa tengah2 endingnya KL je laa. Rupanya rumah aqma dengan Midvalley takde la jauh mana sebanarnya.. tapi pergi Midvalley dalam pkul 6 ptg camtu memang meraung la jem + cari parking. Ngeee!

Bila tang "Nak makan kat mana?" aqma memang serah 100% ikut tekak my friend sorang ni. Well, she is a treasure for me, so I believe her and alhamdulillah her suggestion always TIP to the TOP! Hehehe. So tempat berbuka pilihan my treasure friend with my approval was 4 FINGERS. Sumpah tak pernah dengar nama reswtoran tu. Hahaha. Rupanya restoran ayam ala2 Kyochon tu la tapi murah sket.. and KOREA brand some more. Fuhhh, dok repeat cite masa gi Korea je laaa citenyaa. The Korea vibes was there. EXTRA sangat kannn?

4 Fingers
Kitorang ambil Mix perisa. Yang original + garlic apa benda ntah.. Tapi overall, HABIS! Borak2 makan2,, memang licin! Sedap la juga ayam ni. very cute2 one. so manis daging ayam tu terasa la. :)
Tapi korang kena sabar sket sebab penuh giler orang and beratur nak beli and tunggu tempat duduk,

So, here my treasure Friend, NABILAH :)
Banyak dah muka dan cerita dia dalam blog ni. Well, saje nak keep memory with her dalam ni :)


Borak punya borak and jenjalan sikit dah pkul 9 lebih... pulang la kami ke pangkuan keluarga tercinta.. Korang pon mesti ada kawan yang comel2, sangat2 best kan? Cer la share and tinggalkan link kat ruang komen.. nanti aqma singgah blog korang ea :)

Love, 
A.Aqma

AFTER YEARS... FINALLY I MET HER

Friday, April 14, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Ini adalah post tertunggak. Dah lama dah cerita ni tapi nak juga cerita memori ni dalam blog tersayang.

After years... finally jumpa juga my so called PRS (Pembimbing Rakan Sebaya). Aqma suka sangat luahkan segala benda kat dia. Luah segala-galanya. Almost 70% rahsia hidup ni dia tahu. Kitorang takda la rapat sangat tapi thanks to technology still boleh bertanya kabar each other. Alhamdulillah. Sayangnya aqma pada manusia sorang ni memang tak boleh nak dinafikan lagi. Ceywah ayat novel! Tapi deep inside only Allah knows how much I care for her.



Nama manusia ni adalah Wa'a. Nama penuh rahsia. Hahaha. Jumpa dia last 2 weeks masa wedding one of my close friend in high school, Nabila. Pergh.. masa wedding Nabila ni aqma sebakkkkk. Sebak sangat2 at last dia jumpa juga her soulmate. Masa nikah aqma tak pergi tapi masa rception tu aqma datang tapi mata memang cover habis. Control perasaan ni supaya tak mengalir air mata. Thanks to kawan2 lain yang buatkan diri ini terhibur :)

Masa dalam perjalanan balik dari wedding Nabila tu, ada kawan tanya "Next wedding kau rasa sape kau sebak pulak?" Aqma jawab "Next bila Wa'a kawen sure aku nangis teruk." Pergh punya la rasa macam dah putus hubungan bila kawan2 rapat ni dah bersuami. Ya ALLAH, munculkan la suami untuk aku juga. Amiin :)

Orang lain dah posing dia sibuk cakap apa ntah -_-"

So, paling best masa wedding Nabila ni kitorang ala2 mini reunion dengan geng2 Musytari. Musytari ni nama rumah sukan masa sekolah menengah dulu a.k.a rumah kuning. Masa zaman kitorang Musytari memang power! :) Dorm kitorang based on rumah sukan. 1 dorm campur form 1-5 barulah meriah beb! Then, masa form 1 ke form 3 kitorang dah memang agak Azura yang akan jadi ketua rumah suka dan ia betul2 terjadi. Hahaha

Musytari sahaja. Paling kanan adalah Azura. Paling kecil tapi paling garang!

Semua yang ada masa tu.

Itulah cerita throwback pasal geng2 sekolah menengah. Next, wedding siapa pula kita berjumpa?

Love,
A.Aqma

#AkhirnyaRaanKawen

Wednesday, October 19, 2016
Assalamualaikum and hi all :)

Last Sunday I went to my ex-schoolmate wedding a.k.a one of my closest friend a.k.a my physics mentor for SPM, my reminder, and rocker islamic friend. Banyaknya title awak Raan dalam hidup aku. Hahahaha.

2 weeks before her wedding day.... Got an invitation in my SEMESTA whatsapp group with wedding invitation card tittle "Dr Farah Hanna and Dr Miqdam" What?? Raan going to be off market?? Alhamdulillah!! Sure her love story is soooo sweet. I believe she sticks with her stand to fall in love after married. :D

On her wedding day obviously all purple theme la wey.. Raan and I sharing our favourite colour which is PURPLE. Can't deny that. She is pretty like princess. So happy for her!! Ya ALLAH, bless her marriage with beautiful life and kids and all~ Amiin in shaa ALLAH. Dear Raan, kau tetap gangster beb! I laftchhuuuuu. Dah berlaki dah kau ea...


Weols. Mostly semua dah kerja. Alhamdulillah :D

Well, wedding means Mini Reunion la beb.. Met a lots of my high school gangsta and we took a lot of pictures. Sikit2 selfie. Hahaha. Kalau masa sekolah dulu dah ada selfie tak taw la weyhhh. Nak gi prep selfie, nak gi surau selfie, kat Dewan makan selfie, kat study room selfie, masa hari sukan selfie. Wahh penuh memori weyhhh!

Then another sweet momento happened is my Biology teacher coming to Raan's wedding too! Ya Allah it has been ages not seeing her. She still pretty and young like before. She is no longer teaching at our school. Still she remember each of us and greeted us very friendly. Aaaa comelnya teacher Hajar!~~


My Guru kelas a.k.a Bio teacher



and here... US!

SEMUA belum off market lagi. hehehe

Till we meet next wedding ya :)

Cravings Satisfied!

Tuesday, August 9, 2016
Assalamualaikum and hi all :)

Ohmaiiii dah 4 hari aqma TAK UPDATE blog. Kenapa aqma? Why aqma? Wai yo aqma? Apala syaiton pemalas serang aqma ni? Ish2.

Tapi never mind la now I'm here writing something. Holla blogging world! Ahad lepas dah sempat selesaikan misi nak makan apa yang diidam2kan. Lama dah tak makan. Iaitu SUSHI :) Jadi si kakak lain parents temankan aqma untuk sesi makan2 + jalan2 + tengok wayang + shopping (ni paling takda dalam list sebenarnya -___-") 


Setelah khusyuk memilih menu, 






Ni menu favourite aqma bila ke Sushi King. 

Soft shell udon. The crab is love~

Tak ingat nama dia apa bola2 api gamaknya. Tapi bukan bola pokemon. =_="



Aqma suka yang gambar no.2 tu sebab diperbuat daripada telur and isi ketam tak silap. So, ada maaf sikit pada yang sedang berdiet, Ehemmmmm~


Punca aqma terjebak makan sushi, yang baju MERAH tu. Ish2. :P


So girls always be girls. Jenjalan nampak benda cantik murah2 pun nak sapu juga. Hik2 Tapi aqma memang belum ada shawl warna tu lagi. *alasannnnn.* Selain makan sushi king, kitorang setel dah tengok Suicide Squad. Best! 4/5 bintang aqma bagi. Lawak betul Harley Quinn tu. Puddin <3 Puddon. Nak suami setia macam Jocker pleasee~ 

Korang pun layan japanese food ke? Cer share mana tempat lain nak makan selain sushi king?
Arigatougozaimasu~


Love,
A.Aqma

This Girl

Thursday, August 4, 2016
Assalamualaikum and hi all :)

Pernah tak bila korang dengan kawan2 korang selalu sangat "accidentally" tersama. Tak kisah la be it like terpakai baju sama ke, tercakap benda yang sama ke, terkeluar ayat yang sama ke, apa2 je lah. Sure ada among of the readers yang alami situasi ni kan?

As for Aqma, dah jumpa dah someone yang boleh dikatakan semuanya nak sama dengan aqma. Banyak betul benda yang kitorang tersama. Contohnya bila pakai baju nak pergi kerja kadang2 tu bukan je sama warna or sama baju, the concept of the outfit pon nak sama juga. Aiyayaya.


Tudung sama biru. So sweet~


Then yang perasan banyak sama adalah tekak kitorang. Hahaha. Bila teringin sorang cakap "Eh teringin la nak makan sushi.." then sorang cakap "eh samalah!!" "Teringin la nak ole2 bali.." "Aah..teringin juga nak ole2 bali..." Nak Chatime pun sama2. Bila kitorang dekat, the wavelenght frequency makin rancak. Gittewww

Antara yang spontaneous pernah berlaku, masa tu kitorang sama2 dalam kereta cuaca nak gelap dah. Then serentak masing2 cakap "Uihhhh.. golap aaa..." *negeri 9 accent* Wahhhh. Even the accent pun nak sama?? Telepathy sangat~~ While I'm writing this pon ada persamaan berlaku. While searching for next movie to be watched,

Me: "Haaa boleh la kita tengok masa.."
She: "Haaaaaa..masa tu"

We looked at each other. stunt. "Aqma.. cuba jangan tiru.." "What??" padahal tak tiru pun. Sama2 terkeluar. How funny la bila tersama2 ni. Hahaha

Hopefully our husband pun tak sama. Kekekeke.

So readers, you can say Hello to Hieda, the sister. :)


Bawal scarf + plain tops + batik skirt. Pon nak sama

P/s: Kak Hieda, congrats! You are featured in my blog. :P

Love,
A.Aqma

Majlis Kahwin My BFF Ika | Mini Reunion Matrik Johor

Saturday, October 3, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Semalam 2/10/2015 aqma attend wedding best friend masa belajar di Matrikulasi Johor dulu. Giler rindu dekat kawan sorang ni. Last jumpa masa last day kat matrik. 

Nama my friend ni Safikah tapi kitorang biasa panggil Ika je. Actually ika ni bukanlah sama kelas mahupun sama bilik atau sama floor dengan aqma tapi ukhuwah kitorang sangat rapat. Aqma kenal ika ni from a friend of mine. Friend of mine ni pon kenal kat myspace je (dulu tak famous FB :P) kebetulan dapat sama matrikulasi. Then borak2 punya borak a friend of mine ni classmate ika. So, dari situ la aqma kenal ika ni :) 

Alhamdulillah sangat selesa kawan dengan ika ni. Dia manja tapi tegas dengan pendirian dia. Plus, ika ni bijak pandai orangnya. Aqma tak terror mana pong masa matrik dulu. Kah3. Selalu lepak study math kat bilik ika. 

Bila dah selalu lepak kat bilik ika, maka kenal la juga dengan room mates ika yang lain seperti Anis, Ida dan Rabb. Weolls pun selalu study sama. Oh ya, geng bilik ika ni semua bijak pandai belaka. Iolls bangga kawan dengan diorang. Hehehe. Now, dah berjaya masing2. Alhamdulillah.. 

Then bila dapat jemputan kahwin dari Ika adalah tersangat excited aqma nak pergi. Haruslah pergi walaupun jauh di Kota Tinggi, Johor. Memandangkan ada yang mengajak dan driver, aqma pun join lah depa ni.. 

Pergi balik hari taw uolls. Yang driver tak bertukar. Still maintain. The girls yang penumpang semua maintain tidur. Kah3. Terima kasih encik driver :P

Let's enjoy few pictures our mini reunion :)

Geng satu kereta. Kalau pergi Johor mesti makan Baskin Robbin. Kenapa entah? 

My choice, Chocolate Trilogy

Us, the matrik Johor geng with the bride
Selfie di cermin rumah pengantin :P

Weolls :)
Rabb, me, Ida, Abdullah, Anis
Gambar di pelamin. Sorry ieda terambil gambar ni :P
Okaylah tu je cerita kahwin di Johor. Lagi sekali sila lah wahai readers doakan next wedding entry pasal my wedding pula. Amiin~

Till then,
#AinulAqma

Wedding Reception Shazani & Azura in Ampang

Monday, September 14, 2015
Assalamualaikum and hi uolls :)

This is wedding post especially sempena wedding my cutest friend, Azura nad her husband Shazani.

Actually both of them are my friends. Diorang ni dah berchenta lama giler since form 1 if I'm not mistaken. Yang pasti dorang dah kenal since form 1 la in 2004. Tapi kelas lain2 masa form 1 ni.. Azura 1.3 meanwhile Shazani 1.5. Kelas aqma tengah2, kelas 1.4. Sorry guys menjarakkan korang.

Alhamdulillah dorang kahwin juga akhirnya..!
Lama tu berchentaaa. Bukan senang nak jaga hubungan jarak jauh lebih2 lagi masa study. Yelah masa ni memasing tunjuk HOT. Keh2. Azura study di USM, Penang and Shazani pula di USA. Jauh melangkau benua taw! Itulah TRUST&LOYALTY sangat penting dalam hubungan.

Kalau pergi wedding kawan sekolah ni masa paling best untuk jumpa member2 lain. Meriah uolss! Jom enjoy gambar2 me and my friends!



We all yang hadir bergambar dengan pangantin
Me and pengantin. Sorry Shaz gambar tutup mata lak :P

Geng semeja makan
Me and Pfordten. Dulu dia tinggi dari aqma. Semalam sama tinggi :P
Me and Nabila asalnya. Tetiba Anan photobomb! Okay je nan! :)

Me and Nabila. Pakai baju sedondon :P

Lastly, my OOTD. Shawl from jubilanto (instagram)

Dah tu je gambar. Yang lain sibuk makan tak sempat nak bergambar sakan.
Selamat pengantin baru Azura and Shazani. Semoga berbahagia till Jannah. Amiin

Next entry doakan Wedding Aqma pula ea. Amiin~~

Love,

AinulAqma


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...