KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART 1

Friday, December 30, 2016
Assalamualaikum and hi all :)

After 10++ hari blog aqma senyap dari sebarang update, now terimalah sajian entry TERBARU tentang my Korea winter trip in Seoul. Aqma ke sana dari 20 December 2016 - 25 December 2016. Waktu ni memang sejuk dia lain machiamm! Gigil, hujan pun membasahi bumi dan kasutku. So, memang kecut2 lah kaki. huhuhu. Okay. aqma cerita Part 1 dulu ya.


Flight to Seoul was at 0730. Jadinya aqma and travel partner, Nabilah kena ada kat airport around 0430 camtu. Alhamdulillah aqma pun sampai around that time. Nabilah sampai around 0500. Nak dijadikan cerita, kena datang awal ni sebab nak check in bagage, Bag tertinggal pulakkk~ Bukan beg kecil2 ye, beg luggage yang beroda tuu. Alahai pengalaman betul. Pastu around 0600 ayah Nabilah sampai hantarkan beg yang tertinggal tu. Pheeww! alhamdulillah sempat la kitorang check in bag n berlari ke gate yang nun jauh hujung dunia rasanya!




Thanks ibu hantar kita :)
Flight ke Seoul lebih kurang 6 jam. Sempat la makan Nasi Beriani kot.. beli kat atas tu. ni pun sebab abang bagi duit belanja. Dapat la makan dalam flight. If not jangan harap sebab memang tak bawa duit Malaysia pun. Hahaha.

Kitorang touch down dalam 1400 waktu tempatan. Alamak weyyy bila keluar kapal terbang tu rasa macam aaaaahhh! rindunya Seoul~ Hihihi. Tapi tapi tapi xsejuk pongggg. Dalam hati, serious la tak sejuk, dah penat2 bawa winter coat ni. 


Lepas kastam semua, kitorang terus cari public phone sebab nak call transport untuk ke Everland esok hari nya. Office Daesung Tour tu tutup pukul 1830. Maka, kena cepat2 call. Cari public phone sebab aqma bawa lebihan duit syiling dari trip Korea yang lepas. Hanya ALLAH je yang tahu betapa leganya bila dapat call and sangat smooth booking process kitorang. Alhamdulillah!


Next mission adalah cari tempat solat. Jumpa dah Prayer Room tapi tak ada untuk Muslim, nak tahu apa weols buat? Kitorang solat bawah escalator je. Tapi bukan la escalaror yang tengah alam airport tu. Escalator yang betul2 depan prayer room. Niat di hati nak je solat dalam church tu. Tapi tak pelah. Ngeee..  Kitorang solat kat situ ampai jamak Maghrib Isyak sekali~ Alhamdulillah tak kena halau :)

Excuse the girl. Ni ha la prayer room punya signboard

Lega dah setel solat mula la journey kitorang untuk beli tiket train AREX ke Seoul Station. Since 1730 dah malam so lebih selamat ambil train je. AREX ni ala2 ERL la kalau kat Malaysia. Kitorang beli tiket dapat discount sebab amik coupon kat Korean Tourism Organization (KTO) kat KL siap2. Pastu siap dapat souvenir botol air lagi. Cantikk~



Harga tambang AREX - 8,000 Won (pakai coupon bayar 6,900 Won je)

Sambil tunggu AREX train.

Serious wey naik AREX ni best sangat! Siap ada tiket tempat duduk sekali taw. Takyah la nak berebut tempat. Hehehe. Pastu ada Wifi lagi. Nak bandingkan tempat duduk Air Asia dengan AREX, selesa lagi AREX ni :)

In train AREX

Lepas sampai Seoul Station kitorang mengheret bagasi turun naik tangga subway ke stesen Jongno-3 ga pula. Aqma betul2 simpati dengan Nabilah sebab dia kecil molek orangnya kena angkat beg berat2 naik turun tangga. Siannya partnerku! Apa2 pun kuasa ALLAH Maha Besar bantu weols jadi kuat dan larat angkut bagasi kitorang. Doa si Musafir makbul kata orang. Tapi serious wey sepanjang dalam train memang orang pandang kitorang atas bawah je sebab kitorang pakai 1 piece je baju. Diorang semua dok ber-winter jacket. Kitorang masih berbahang lagi mungkin sebab angkat bagasi tu sambil turun naik tangga. Hihihi.

Bila dah keluar Exit 7 kat Stesen Jongno-3 ga, tak tahu mana arah Guest House. Kiri? Kanan? Depan? Tanya orang pun dia tak tahu. Jadinya aqma tawakkal, ajak je Nabilah amik kanan, terus jeee. Bila semakin kedepan, semakin jumpa apa yang landmark dari website Guest House tu ya ALLAH leganya rasa~~ Dah terbayang dah katil masa ni~

Sampai Beewon Guest House around 2000 lebih.. dapat bilik terus cari remote aircond. Panas weyy! Sungguh la pelik kenapa takda aircond ni :/ Pastu tanya staff Guest House dia kata takde aircond musim winter. Gilo ke winter nak aircond lagi?? Hahaha. Bukak je tingkap sikit. Terasa la angin masuk legaaa~ Terus jakun tengok iklan channel Korea banyak pakwe gue (Gong Yoo) hehehe.

Lepas settle down semua kitorang turun gi 7E cari dinner. Ala makan ramyeon je. Ingat nak lepak kat luar 7E tu tapi ada ahjussi2 mabuk pulak.. So, kitorang plan lepak kat rooftop ajee~ Amik angin sambil menghadap Namsan Tower :) Sweet sangat kitorang kat atas tu. Bhahaha.

Sampai disini je cerita Part 1. Oh ya, lepas makan ramen, lepak tengok TV then tidur. Rindu tidur sebelah Nabilah setelah 6 tahun. Hahaha.



Cerita part 2:

KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART II - EVERLAND



Till then,
Love,
A.Aqma

Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Auto Post Signature

Auto Post  Signature