Monday, January 2, 2017

KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART II - EVERLAND

Assalamualaikum and hi all :)

Sambung cerita Korea Winter Trip Part II pula. Kali ni hari kedua kitorang ke Everland. Everland ni taman tema ala2 Genting Highland la tapi besar giler weyy. Everland ni bestnya ada indoor and outoor games. Permainan dia untuk budak2 ada, untuk orang dewasa pun ada. Berbaloi la pergi sana. Meh aqma cerita cara-cara nak pergi Everland ni for backpacker travellers.

First thing yang korang kena fikirkan adalah harga tiket nak masuk Everland ni. Nak beli direct kat sana boleh tapi agak mahal sikit la. Lebih jimat beli siap2 kat Malaysia. Kawan aqma beli tiket Everland kat 11street.my. Kebetulan tengah murah masa tu. Tapi tiket yang kitorang beli ni tak termasuk transport. Boleh je if uols nak cari pakej yang ada including transport sekali. Oh ya, transport itu adalah shuttle bas ye. Sebab nya Everland ni agak jauh dari bandar Seoul. Kena naik bas nak ke sana. So, kitorang book lah siap2 tiket ke Everland ni. All in. Boleh main semua benda tapi rasanya ada few games yang tak boleh guna tiket tu. Depends on your tiket juga lah.

In PART 1, aqma ada mention yang kitorang call Daesung transport kan? So, diorang ni akan pick up kat pick up point yang terdekat dengan kita. Masa call booking tu kita dah bagitahu nak jumpa kat pick up point mana. We chose pick up point at Jongno-3 ga Exit 12. At first kitorang sungguh la confident exit 12 ni dekat je dengan exit 7. Sebab beza 5 exit je kan? Rupa2nya tidak sesekali! Kitorang dah la keluaar Guest House lambat around 0915 camtu. Bas datang 0940 nieee! Lambat tinggal taw. Berlari2 la turun subway tengok map mana la exit 12 ni. Then weols pun teruskan perjalanan. Lega dah jumpa exit 11 tapi tak jumpa2 exit 12. Oh maii jam dah 0930! Ada lagi 10 mins je lagii. Doa banyak2 bas tak sampai lagi. Allah gerakkan hati Nabilah tengok apps kat phone. Rupanya exit 12 kena lintas. Betul2 depan exit 11. Berlari la kitorang ke exit 11 dan doa cepat2 traffic light untuk pejalan kaki ni bertukar ke hijau.


Our bus ticket. Bayar masa nak naik.
Alhamdulillah 5 minit lepas kitorang sampai exit 12 tu bas dari Daesung Tour pun datang. Leganya..letih pagi2 dah berlari sana sini. Terus buka winter coat. Hahaha. After 40 mins kitorang sampai Everland. Bila dah sampai Everland, pastikan hafal tempat parking bas korang tu.

Our bas. Ingat la nombor ni. Amik gambar siap2 takut lupa.

Lepaas turun bas ni ada kena naik bas lagi. Tapi bas ni free je. Bas yang kedua ni akan turunkan betul2 depan pintu masuk Everland. Korang kena ingat bas second yang korang naik ni berhenti kat parking mana sebab nanti bila balik kena naik bas dari tempat parking yang sama. Driver tu akan cakap nanti tapi dia cakap Korea la. Aqma faham pun sebab dia kata "Wo" = 5 banyak kali. Kiranya dia kata tunggu parking 5 ni juga bila nak balik. Huhuhu.

Now the journey of Everland begins!

First picture in Everland. Tengok GD kat belakang. Hahaha
1st game yang kitorang main adalah T-Express. Nak pergi T-Express kena naik skywalk. Lebih mudah, cepat and fun :)

Masa naik skywalk. Sejuk tapi matahari memancar direct tau. Sakit mata. huhu

T-Express ni adalah roller coaster kayu keempat paling curam di dunia! Kelajuannya sampai 104km/hour at 77 degree angle. Kau ghase?? Namun, kitorang acah2 berani gigih beratur selama 2 jam! Kat luar entrance T-Express tu ada bagitahu berapa lama akan sampai turn korang. Masa kitorang sampai dah mention siap2 Que time: 70 mins approximately. Sambil beratur tu ada la jumpa Malaysians depan belakang. Senyum2 and tegur sapa la sikit. :)


Masa tengah beratur dapat la capture orang tengah naik sambil menjerit
Ready nak naik. Serammm! Oh ya, simpan beg kat locker belah sana. FREE je.

Lepas azab 3 minit kitorang ting tong terus. Duduk jap terus gi washroom. Menggigil weyy dah la sejuk + lagi angin masa naik T-Express tu + lagi takut. Then weols decide nak main ice sledge pulak. Main benda ni best. Rilex je. Dah extreme, kita gi relax punya game pulak.

The entrance

Salji leftover

us :)

Due to safety no camera allowed. So done bermain snow dah tengahari. Cari tempat untuk lunch. Kitorang decide makan kat Burger Cafe. Of course la pilih seafood burger. MashaaALLAH sedap dan besarnya burger udang diaaa!!!! Sumpah kenyang teramat sangat! Alhamdulillah~~

Model Burger cafe versi Muslimah :)

Kena tengok map Everland ni sebab besar sangat!

Dah kenyang cari tempat solat pula. Alhamdulillah kat Everland ni ada tempat solat tapi surau dia campur la lelaki perempuan. Kena ada orang tolong alertkan or tunggu if masa korang tengah amik wuduk tu.

Cari Mystery Mansion ni. Sebelah dia ada surau


ada tempat wuduk sekali

Selesai solat teruskan pengembaraan ke tempat lain pula. Cuaca hujan masa aqma keluar dari surau. Pastu kitorang naik la cable car sebab nak pergi ke tempat lain pula. Nak jalan boleh tapi sangat la jauh and turun naik bukit curam giler. Siapa bawa stroller anak tu memang kena hati2 plus hujan pula. Naik cable car best sebab dapat tengok almost whole area of Everland. Dah nak gelap. Cantik sangattt!

Then kitorang decide teruskan jalan2. Disebabkan hujan agak lebat. Kitorang masuk je mana2 kedai. Hahaha. Kitorang masuk kedai LINE,

Line friends
Banyak merchandise LINE comel2 kat sini. Harga pun tutup mata je laaa~

Lepas dah keluar masuk kedai kitorang di Panda World. Tengok panda pulak sebab ni aktiviti indoor. Amazingnya takda orang langsung beratur kat tempat panda ni. Itulah seronoknya pergi theme park hari kerja. Hehehe



Anyeong Panda ya~


Ni nama dia Lesser Panda
Lepas tengok panda kitorang naik Merry go round pulak. Takda gambar for safety reason. Sob2. Then main bumper car pula. Hahaha. Kat Malaysia tak pernah main bumper car boleh pulak kat sana main bumper car. Hahaha langgar je la. Jenuh gak nak control mula2. Lama2 okay dah. Sakit gak bila kena langgar tu. Huhuhu.


Bila dah pukul 1730 dah mula gelap dah.. Kitorang pun decide untuk ke tempat bas. Masih awal tapi dah tak tahu nak pergi mana. At least kat tempat bas boleh duduk. Sebab tempat duduk kat Everland pun semua basah.

Nampak lantai basah semua. Tengah hujan lebat ni. Hahaha

bye bye Everland. Nanti saya datang lagi bawa suami. eh? :P

Thank you baca cerita sampai habis. Part 3 pulak nanti ye~

Klik sini untuk cerita PART 1 --->

KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART 1


Love,
A.Aqma

2 comments:

  1. wahhhh ! bestnyee.. lepas baca entri awak rasa nak pergi je ^^

    singgah sini
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syahirah, pergi la.. selain Seoul banyak lagi tempat best boleh pergi kat Korea :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...