Sunday, January 8, 2017

KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART III - NAMI ISLAND, MYEONGDONG

Assalamualaikum and hi all :)

Sambung cerita pasal Winter Trip untuk Bahagian Ketiga sebelum memori pupus dari ingatan. Hikhikhik. Those yang baca Part 1 and Part 2, thank you sooo much taw! Appreciate your time a lot!

Now the story begins. Hari ketiga kitorang ke Nami Island. Aim kat sana nak cari Nasi Goncang tapi masih tak jumpa. Kah2. Nami Island ni best sebab banyak tempat cantik dan nyaman. Banyak tempat menarik untuk ambil gambar cantik-cantik. Lokasi Nami Island ni jauh dari bandar Seoul. So, weols decided to go out early. Banyak sangat tukar train. Adalah dalam 1 jam 40 minit camtu.

Ni aqma share CARA KE NAMI ISLAND MENAIKI SUBWAY.
Since aqma dari Jongno-3 ga, amik LINE 1 (biru pekat) ke Hoegi. Then dari Hoegi tukar LINE Gyeongchun (hijau teal) amik train ke Sangbong. Dari Sangbong amik train yang ke Gapyeong. Haaa, kan dah bagitahu memang agak lama perjalanan naik train ni tapi berbaloi la. Best juga dapat tengok kampung2, bukit2 sepanjang perjalanan tu :)

Port wajib bergambar. Depan Gapyeong station


Dah sampai stesen Gapyeong kitorang naik bas ke Nami Island. Bila dah sampai Nami Island ada 2 cara nak masuk ke Nami Island tu. Menaiki feri atau Zipwire. Dengan confident dan tawakkalnya kitorang naik ZIPWIRE. Hahaha. Mula-mula tu of course la rasa cuak giler. Sebab instead of naik feri yang perjalanan 8 minit, kitorang naik zipwire yang perjalanan 1 minit setengah je! Allahuakbar. Taktau nak cakap perasaan tu macam mana. Menitis air mata tengok keindahan alam dari atas. Subhanallah~


Tambang ke Nami Island:
Ferry + admission - 8,000 Won
Zipwire + admission - 38,000 Won


Sementara tunggu turn. Tempat berlepas.

Pepandai la korang kira berapa beza naik zipwire tu dengan naik ferry tapi obviously the experience is priceless! Bila dah sampai kat Nami Island tu memang rasa indahnyaa. Sejuk! Terus cari kopi sedap BARISTA. Pastu kitorang tunggu jap ferry yang datang kot2 ada kawan Nabilah yang datang.
Tapi tak nampak bayang pun. Tak dapat contact sebab kitorang tak ada internet. Jadi, kitorang teruskan perjalanan. Pada aqma tak da la yang OVER istimewa sangat kat Nami Island tu just bestnya ada tempat best untuk bergambar.


Coffee sedap. Kalori pun boleh tahan. Haopp!

Bila dah jalan2, konon nak cari nasi goncang, tapi still tak jumpa. Tetiba ada a guy approach. Rupa2nya kawan Nabilah. Kitorang cari restoran halal, tapi makanan tu macam dah biasa makan kat Malaysia. Then Nabilah suggest 1 tempat ni. Tapi kena keluar dari Nami Island dulu, so we all decided to take taxi went to the restaurant. Aqma and kawan Nabilah, duduk belakang then Nabilah duduk kat depan bagi instruction kat Ahjussi driver in Korean okay... Act like local sangat~~



First thing yang dicari. Sejuk yang amat!

Amik gambar area ni best. Tak ramai orang :)

Nabilah and her childhood friend, Adam

One of Nami Island attraction, Winter Sonata. *nakkurusmacamChoiJiWoo*

Bangsal ni dia punya sebab ada nama dia. hah!

Bila dah sampai rupanya nama tempat tu Nami Ok. Seronok bila dapat makan lain dari yang lain. Restoran Nami Ok ni Muslim friendly. Halal dan ada surau juga. Best la sebab restoran ni tak ramai and yang datang pun semua dengan tour guide. Amacam? Power kan kitorang? Hahaha. Thanks to Nabilah the awesome!


Seaweed soup sedap namateyy!


Ahjumma cute tolong masakkan :) Kamsahamnida~

Me and Adam surrender awal2. Nabilah still on going. Good girl!

While nak balik Seoul ada harabojji tegur. speak English taw atok ni. 80++ umur dia
While waiting for the train. Wefie satt..

Lepas habis sesi makan2 dan solat kitorang terus back to Seoul. Bila dah sampai Seoul kitorang gi Myeongdong pula. Jenjalan kat Myeongdong waktu malam dekat2 nak Xmas sangat2 lah sesakkk! Berselisih bahu taw jalan. Sale banyak sangat 50%, buy 2+1, buy 1+1. Adududu. Mencabar wallet sungguh! Hehehe. Attraction yang ada kat Myeongdong selain beauty products is the street food! Sangat mencabar tekak hokay?? Punahhh diet! Kitorang makan roti yang sedap ala2 croissant.

Croissant Taiyaki namanyaa

1,300 Won kot harga dia. Lupaaa

Buat masa ni kitorang survey je dulu apa nak beli sebab tahu pasti akan datang lagi. Hahaha. Lagipun masa ni hujan pun boleh tahan. End kitorang dah jalan2 terus balik sebab nak tengok Goblin. Teehee! Dah ni je cerita for Part III. Nanti aqma sambung PART IV pulak ye..

Have a good day! Anyeong!

Klik sini untuk cerita sebelum:

KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART 1


Love,
A.Aqma

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...