KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART IV - CHANYEOL'S CAFE, KSTAR ROAD, ITTAEWON AND ETC

Monday, January 16, 2017
Assalamualaikum and hi all :) 

Jumpa lagi dalam cerita Korea Winter Trip, Seoul kali ni part 4! Oh my kali ni korea trip punya cerita panjang. Hehehe. 

Untuk hari yang ke 4 bersamaan Jumaat yang sangat indah! Alhamdulillah dapat merasa snow akhirnyaa! Suhu dah jadi -0 degree celcius kebawah. Jadinya, ada chance la snow turun. By the time kitorang keluar guest house, salji tengah turun. Just light snow but still enlighted our hearts! It was my first snow in my entire life!! Thank you ALLAH for this amazing chance to see Your beautiful creation. :)

Pagi2 lagi kitorang dah gerak ke Kafe Chanyeol (EXO) di Myeongil Station (Line 5, Purple line) keluar EXIT 1. Masa nak pergi ni aqma memang ikut je Nabilah sebab my metro subway apps macam pelik2 sikit. Actually this cafe belongs to Chanyeol's family called Viva Polo. 

The front of the cafe

Once dah sampai, kitorang berperang dengan kesejukan yang teramat sangat!! Bayangkan suhu 0 hingga -1 degree kebawah! Omooo~ Then bila dah sampai exit 1 tu kitorang belok kanan, namun terlajak la pulaaa.. padahal cafe tu dekat sangat dengan simpang kanan tu. Aqma patah balik and tengok satu2 papan tanda kedai tulis "VIVA POLO". Alhamdulillah jumpa juga sebab kedai tu kecil je plus kena naik atas pula lagi. So agak tersorok. 

Bila dah naik rupanya kitorang 1st customer diorang. Hahaha. Kafe buka pukul 11.00am sis.. Adududu. Kitorang sampai around 10.20am camtu laa. Staff Viva Polo still bagi kitorang masuk tapi dia tak serve lagi la. Melangut la tengok staff dia cuci tingkap semua. The best thing is, there is FREE WIFI in the cafe!! Haruslah dok main internet, update instagram and yada yada~ 

Interior deco penuh dengan hadiah peminat :)

Thanks Nabilah ajak gi sini. Best! :D

Tepat 11.00 am baru lah diorang serve air sedap. Plain water but mix with rosemerry. It was taste so good~ Bila menu dah sampai apa lagi buntang la mata nak order. Kekonon ni sarapan weols la. So, Nabilah ordered pumpkin soup + Cappucino and aqma ordered mushroom soup. + espresso. Once kedai bukak je, ramai giler menderu masuk cafe ni. Yelah, mungkin sebab sejuk diorang nak panaskan badan dengan minum and masakan panas. 

My orders

Sedappp!


Sedap gilos!! Aqma habiskan roti Nabilah. Hahaha



Alhamdulillah done kenyangkan perut, kitorang gerak ke Coex Mall. Kat sini la ada SMTOWN exhibition. Cara nak ke Coex Mall:

Take subway to Samseong Station LINE 2, 
Exit 5,6

Waaaa. Then terus nampak SMTOWN sebesar-besarnya.. memang dalam tu untuk SMTOWN punya artis exhibition. All the awards, posters, photography, merchandise, cafe and many things are there.
Peminat EXO, Super Junior, TVXQ mesti akan rasa "Huaaaaa!!" siap melompat punyaa. Trust me! Hehehe. Enjoy some of our photos there. :D

The front of the SMTOWN Coex Mall

ada budak feeling jumpa D.O :P

Untung la paras ketiak Siwonn jee~

Took this since my bff loves Donghae soo much!

Amber's palm size

Donghae's palm size

My girl crush, Amber f(x)

Another photo of Amber & Luna~

My 2 fav bias in 1 shot!! Sehun (EXO) and AMBER!!! Yeay!!

Hand matching test. 83% je dengan Sehun. Hurmmm next time test dengan Amber pulak :)

Lepas jenjalan kat SMTOWN, kitorang cari tempat solat pulak.. Alhamdulillah Coex Mall ni Muslim friendly. Ada sediakan surau. Nak ke surau just pergi ke Hall E, tingkat 3F. Just surau dia takda tempat wuduk. Sila ambil wuduk siap2 kat toilet ye. Sebelah je :)

Betul2 dekat Hall E ni :)
Alhamdulillah surau dia best sangat2!! So, jangan tinggal solat. Bumi ALLAH ni kan sejadah kita. Bila aqma travel, rasa hargai sangat bila jumpa surau. Kat Malaysia, mudah sangat jumpa surau. Hargailah waktu solat, solat on time ye :) In shaa ALLAH! *notetoself*

Done solat kitorang gerak ke Apgujongrodeo pula......
Kat sini sepanjang2 jalan ada K-STAR ROAD. Ada la nama2 Kpop group yang famous tapi takda Bigbang. Tak faham nape....zzzz. 

By the time kitorang sampai sini kan, sebenarnya nak pergi ke SMTOWN building tapi tak jumpa pulak sebab dah petang, budak2 dah balik sekolah jalan sesak. Moment yang kitorang tak boleh lupa bila nampak Chaeboel (orang kaya2 pewaris harta syarikat or whatsoever) shopping kt Apgujongrodeo. Ia adalah sangat2 macam dalam drama taw. Siap ada bodyguard lagi. Kereta bukan main lagi~ Actually, weols tak tahu tengah berada di Seoul atau tengah kat Hollywood. Kereta Audi tu berlambak kat jalan, bangunan Cartier, Hugo Boss, Royce Rolls sebesar alam. Orang ado2 je datang sini~ 


Ada bear ni banyak2 kat sepanjang jalan ni.
Boleh tengok my VLOG sini untuk tengok the rest of Apgujongrodeo ke Chongdam dong? Erk?

Misi mencari SMTOWN Building tidak berjaya... then kitorang decide ke Itaewon pulak :)

Jauh juga dari Apgujongrodeo nak ke Ittaewon. Almost 1 hour juga by subway. Pastu by the time sampai kat Itaewon, kitorang tak sure nak exit mana. Hahaha. Then tanya orang.. Rupa2nya kitorang tanya dekat group of people yang tengah buat projek. Kena buat speed quiz dengan orang ramai. 

Ni masa turn Nabilah. Cute jeee
Group speed quiz :) Thanks for helping us!

Kitorang penat jenjalan cari tempat makan. Sejukkkk!! Lepas makan terus cari masjid untuk solat maghrib & isyak pulak :)


Selesai solat semua, korang expect kitorang balik terus ke?? Tidak..... kitorang ke Myeongdong lagiii. Hahaha. Kali ni kitorang shopping terus apa yang nak. Then ternampak Lee Jun (MBLAQ) tengah perform. Crowd dia ramai namateyyy~

Lee Jun, MBLAQ
After membeli belah kat sini kitorang pun pulang dengan semangat nak tengok Goblin. Hahaha.
If ada tempat kat atas ni yang uols nak pergi, nak info lanjut boleh terus contact aqma kat email ya :)

Till then part 5 pulak nanti. In shaa ALLAH~ 
Anyeong!~
Klik sini untuk cerita sebelum:

KOREA WINTER TRIP, SEOUL | PART 1

Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...