Tips Bisnes Sambil Belajar | Pengurusan Masa

Saturday, November 14, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Entry kali ni aqma nak share dengan anda Tips Bisnes Sambil Belajar dari segi pengurusan masa. Sebenarnya apa sahaja bisnes yang anda ceburi perlu lah seimbang dengan perkara hakiki yang anda lakukan seperti kerja dan belajar.



Perkongsian aqma kali ni adalah berdasarkan my own experience lah kan. Since aqma start bisnes masa belajar kat uni dulu. For student yang masih single (belum berkahwin) sebenarnya banyak je masa if kos korang tak lah terlalu berat. Tapi ada je student medic or engineering success in business yang penting nak dengan taknak sahaja.

Dari segi pengurusan masa, aqma cadangkan spend about 2 hours everyday. Peruntukan 2 jam tu untuk buat all the marketing, promosi, iklan, artwork dan sebagainya.

Macam aqma alhamdulillah terjerumus dalam bisnes yang mudah2 aja. Segala support material disediakan tinggal effort kita untuk share material tu pada bakal pelanggan. Bisnes ni sangat sesuai untuk siapa yang sibuk bebenau tu.. serious cakap! :)


BILA 2 JAM TU ??

Untuk student, tak setiap jam korang ade kelas kan?? *ada masa tengok cite Korea kan?? Ehem2* sometimes, bukan hari2 ada kelas. So, 2 jam tu seeloknya dah decide awal2 from Ahad apa korang nak buat 2 jam for each day.

Kenapa Ahad? Sebab selalunya Isnin korang panggil brand new day kan? hikhikhik. Pada aqma selalunya 2 jam tu waktu yang otak tepu nak study. Contohnya petang2 lepas Asar. During that time bukan waktu yang sesuai for me untuk study. So, sesuai la nak buat artwork ke, edit2 gambar ke, buat ayat iklan dan sebagainya.

If ada yang kelas sampai malam tu, dah boleh buat schedule awal2 hari Ahad atau hari cuti untuk hari yang korang sibuk tu. (Nak tahu tips macam mana buat schedule post fb & instagram, boleh email aqma kat ainul_aqma@yahoo.com ya).


KALAU SIBUK ASSIGNMENT BANYAK, TEST, EXAM MACAM MANA ??

Please adik2 ku sayang jangan sesekali abaikan pelajaran yang menjadi harapan parents korang dapat flying colors. Bila dapat assignment terus bertindak untuk siapkan atau cari bahan awal2. Ingatlah pesanan hakakmu ini bila bertangguh memang sengsara dihujung deadline. huhuhu.



Bila tiba waktu nak test, nak exam sila lah rajin2 buat revision ya. Promote bisnes kena buat EXTRA AWAL a.k.a schedule siap2. Benda boleh adjust adik2. Sebab itulah pentingnya plan dulu apa yang kita nak buat.

Hopefully perkongsian kali ni dapat bantu adik2 balance kan masa untuk study and business.

If ada kemusykilan boleh la laju2 usulkan di bahagian comment atau email sajaaa. ALL THE BEST!

Till then,
Love,
A.Aqma

2 comments on "Tips Bisnes Sambil Belajar | Pengurusan Masa "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...