Projek Raya 2.0

Wednesday, June 28, 2017
Assalamualaikum and hi all :)

Semalam masa raya yang ketiga aqma memang tak pergi mana2 duduk rumah je since my mum was not feeling well. So, aqma end up duduk rumah, golek2 and pergi la jogging demi nak capai impian bila timbang berat, jarum akan ganjak ke kiri secara 5 langkah lagi. In Shaa ALLAH boleh capai punya :)

Bila dah malam tu aqma blur. Bosan tak tahu nak buat apa. Nak berblog tak da mood pulak malam tadi maka nya timbul la projek raya 2.0 which is buat kek raya. Hahaha. Panggil kek raya sebab time raya je buat kek ni :P Aqma buat kek belang niat asalnya. Tapi disebabkan masalah teknikal, jadi la kek Selangor :)

Bahan-bahan asas untuk buat kek belang
Selepas berhempas pulas...

Kek Selangor
Sebenar2nya niat aqma nak buat kek 3 warne. Putih (base) + hijau + merah tapi tapi tapi aqma terletak pewarna kuning!! Ingatkan Vanilla!! Sabar je laaa. Tersalah letak pulak~ Makanyaa terus je la decide warna merah. Maka jadilah kek Selangor :)

Alhamdulillah sedap kata my family. Terkejut pagi tadi bangun tengok kek dah dipotong. Sebab siap malam tadi kan? malas la nak keluarkan dari oven. Biar je la. tengok2 dah ada yang makan. Alhamdulillah :)

Taksabar nak jenjalan keluar hari ni! Uols beraya mana je tuu? Or dah kerja? :)

Love,
A.Aqma
4 comments on "Projek Raya 2.0"
  1. Cantik juga walau tersalah letak warna. Ana tak reti nk buat kek ni semua. Tp one day nk cuba juga lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihhi.. Thanks ana! Aqma pun bila raya je buat kalau tak raya tak buat.. hehehe. In shaa ALLAH one day ana boleh buat juga :)

      Delete
  2. wahh cantiknyaa.

    hari tu I beli instant premix flour utk brownies. sekali lupa minyakkan loyang =_= rasa dah okay dah tapi sayang tak boleh hidang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yekee.. sedihnyaa. tak pe la next time bancuh dah tahu dah wajib minyakkan loyang :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...