Pound Exercise : Pound With Hanis

Friday, September 18, 2020

 Assalamualaikum and hi all :)

Salam Jumaat uols..

So lately ni aqma ada share kat instagram yang aqma ada join pounds. Mula2 aqma tahu pasal exercise ni tengok kat Kopitiam TV3. Pastu tengok dia punya event dekat Cyberjaya je which dekat je lah. Tapi kupadamkan hasrat sebab sesi exercise pound ni pukul 8.30 malam. Balik kerja je dah pukul berapa pulak kan? Since sis kerja kat Key-ell.. Sob3.


Then PKP. Maka sis kerja work from home je tapi pound pun buat online je. Rasa macam tak boleh cope, abaikan jap. Hahaha. Pastu kawan tempat kerja lama ajak join pound nih. Eh, syok pulak.. masa tu pergi sebab ayah warded. Then nak tunggu masa amik mak yang teman ayah. Aqma join lah pound. Wahhh pancit gilaaa! Yelah mula2 kan? Huhuhu.


Lepas tu nampaknya sesi work from home diteruskan lagi. Maka aqma pun teruskan lagi pergi pound nih. Rasanya dah sebulan lebih pergi every week tanpa skip. Alhamdulillah. Pada aqma, buat exercise bukan lah untuk kurus semata-mata taw tapi more to release stress. Kerja kat rumah pun ada stress taw. Pastu duduk rumah like exactly memang duduk je. Kurang lah pergerakan tu. At least bila ada join exercise ni, berpeluh lah sikit, ada la jantung tu exercise and bakar kalori.


Bunch of positive people who keep me semangat nak pergi pound. Korang BEST!!

Memang honestly exercise pound ni kena dengan jiwa aqma. I love it sebab dia ada element main drums. Dah la aqma memang suka drum. Hahahah. Dulu ada la cita2 nak belajar main drum. Ngeh2.


Ada masa lagu memang laju gila also pergerakan pun laju. Aqma follow spotify list PoundWithHanis so kalau masa jogging pun layan playlist nih. Laju ku melangkah. ahhh gituuu.


Ada juga yang mengandung join tapi tanya doktor dulu and afrer 2nd trimester baru join. Pound ni memang cover satu badan ya. Dari tangan, pinggang, oblique, abs, peha, kaki semua digunakan sebaiknya. Good things is Hanis ajar how to do the right posture so that takda la sakit lutut ke apa ke.


Aqma kalau jogging ke pound ke memang pakai Therapants. Tahap wajib kay... Sis pakai legging muslimah ni bagi grip lemak2 tu supaya bila melompat ke, bila kena lunges ke, tak rasa sakit kaki sangat. Plus, support perut juga. Takda lah nampak perut bila lompat2 tuh. Hahaha. Klik sini untuk info pasal THERAPANTS a.k.a LEGGING MUSLIMAH COVER PERUT.

My favourite song + movement untuk pound nih Genius and Speakerbox. Last week Hanis tanya siapa nak request lagu from the floor, kebetulan Hanis tengah dekat aqma request Genius. Hehehe. Thank you Hanis ! :D


Ni aqma share camne korang nak join eh..

Tiket: RM10 per session.

Waktu: 8:30 pm - 9:30 pm (Selasa / Rabu) *Ada dua sesi seminggu. Korang pilih la nak beli Selasa or Rabu. Nak beli dua2 pun boleh. So korang beli la 2 tiket.*

Tempat: The Barn, Tamarind Square, Cyberjaya.

Cara nak beli tiket korang pergi je kat Shopee, taip Pound With Hanis. As per gambar below:

 


Aqma usually pergi Selasa. If uols nak join cepat beli tiket kat shoppee tu. Nanti dah sampai sana, masa daftar untuk check suhu (SOP still ada ya..) boleh tunjuk sekali prove payment kat shoppee tu. Kalau terjumpa jangan lupa "hello2" kay :)


See ya! :D


Love,

A.Aqma


Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...