Book Review: Tentang Perempuan

Wednesday, November 24, 2021

Assalamualaikum and hi :)


One of my 2021 wishlist tercapai juga iaitu untuk habis baca sebuah buku. Aqma ni jenis suka beli buku tapi nak habiskan tu kadang2 azab juga ya. So I decide to start with a book which not so thick. Pilih punya pilih thru online, beli lah buku TENTANG PEREMPUAN.


Gaisss shopping buku secara online ni bukan senang ye sebab kita tak tahu sangat isi dalam in one shot. Kena scroll sana sini, baca review sana sini. Tak tahu bentuk penulisan dan jenis kertas macam mana kan. Gedik. Tapi itu lah ragam.




So ramai yang minta aqma review buku TENTANG PEREMPUAN ni. Buku ni bentuk penulisan dia more like poem. Masa mula2 buka buku ni terkejut juga sebenarnya sebab agak lemah baca poem ni risau kot bahasa dia tinggi ke apa kan. Rupanya sangkaanku sangat meleset.


Walaupun dalam bentuk poem tapi penyampaian isi dia sangat padat dan direct je. Takda bahasa kiasan pelik2 lagi berputar2. Sangat2 direct and boleh relate dalam kehidupan harian kita.


Isi buku ni pasal perempuan2 beriman macam isteri2 dan anak2 Rasulullah, isteri Firaun Asiah, cerita Mahsuri pun ada.



For me this book really open up my mind tentang apa sepatutnya seorang wanita itu berfikir. CANTIK vs CERDIK. Pilih lah menjadi wanita CERDIK sebab bila cerdik auto cantik tu datang in package. 


Lepas tu topik aqma suka pasal ikhtilat dengan lelaki ajnabi. Memang la kena jaga batasan tapi jangan menyusahkan. Betul juga point penulis ni sebab ada orang cakap pada wanita bujang "jaga suara, jaga itu ini sebab tu semua untuk SUAMI." tapi padahal kena letak ALLAH dulu. Kenapa nak fikir SUAMI yang belum pasti tu??


Then ada juga ilmu2 rumah tangga. Pasal isteri2 Rasulullah yang kuat cemburu dan ilmu poligami.


For me, rating buku ni 4.8/5. 

Sekian review. Biasalah aqma jenis suka nak luahkan habis2 so ku tulis dalam blog je lah senang. Hihihi. Till then :)

1 comment on "Book Review: Tentang Perempuan"
  1. Book reading is the interesting thing for me i am doing the reading to increase the vocabulary to providing the nursing thesis writing services to theresearchguardian.com in the reasonable prices to the student they are not write content with our hand.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...