Sudah Setahun Kenangan Itu : 14112021

Sunday, November 14, 2021

 Assalamualaikum and hi all :)


Hari ni adalah 14 November 2021 malam (semasa aku menaip ni) sekarang 10.30pm. Aku masih teringat dan terngiang2 lagi suara doktor yang call suruh datang hospital segera untuk menghadap saat2 akhir ayah dimuka bumi ini.

Aku rasa aku dah cerita dulu di blog ini tentang kronologi kesedihan aku yang masih bersisa (POSTING INI)

Normal lah hidup mesti ada sisa2 kesedihan. Ayah kot.. yang hidup bersama 29 tahun banyak memory tersimpan. Banyak sangat. Ayah ajar aku macam2 ikhtiar hidup. Dari kedai mana tukar tayar, tampal tayar, makan sedap, repair lampu, eh macam2 lah.


Ayah aku alhamdulillah baik sangat orangnya. Kesayangan mak nya. Dia tak pernah ajar untuk benci or dendam orang. Ayah adalah seorang yang paling tak amik port hal orang lain. Bila mak aku cuba bercerita tapi kalau cerita tu pasal orang lain yang berunsur negative mesti ayah aku bunyi "bukak topik lain boleh?" haaa begitu terus dia potong dari kita cerita buruk hal orang sis... Hihihi.


Pastu ayah aku la pendorong semangat or punca aku nekad resign keje kat Cyberjaya tu. Aku sebenarnya ragu2 nak pergi tak interview kat KL. ye lah aku sebenarnya fikirkan ayah nak ulang alik hospital camne kalau aku keje KL. Pastu ayah cakap "pergi je la interview tu. Kalau pergi boleh dapat atau tak. Kalau tak pergi, comfirm tak dapat." Begitula~ Alhamdulillah aku dapat keje kt KL tu and keje 2 bulan je kat office pastu dah work from home dah 2 tahun. AMBIK KAO!!


Ayah aku dah level redha sangat anak nya balik2 pergi Korea -_-". Huhuhu. Pernah sekali tu aku macam memang takda la ada duit sangat pun nak pi Korea tapi pergi sebab nak lepas stress ke apa ntah. #Mengada! . Pastu ayah aku cakap "kau ada duit belanja tak? amik duit ni dulu" aku cakap tak pe.. tak perlu sebab aku bukan jenis shopping pun.. ayah cakap "amik je la dulu nanti kau bulan2 bagi ayah duit" nah, dihulur RM600. Perghhh aku memang rindu sangat moment bila time gaji bagi ayah duit belanja. ayah aku guna duit tu bukan apa pun untuk makan apa yang dia nak, belanja hospital sikit2 tapi lebih pada makan je la.


Aku jadi emosi terlebih kadang2 sebab aku kan WFH, pastu ayah home dialysis pulak. Setiap hari aku yang buat. Tu yang jadi terlebih attached. Honestly waktu zaman sekolah - univ aku tak rapat sangat dengan ayah sebab aku duduk asrama. Alhamdulillah ALLAH bagi kesempatan untuk aku topup balik masa2 terbuang tu. 


Alhamdulillah mak aku takda la depression ke apa ke, ramai risau macam mana mak aku lepas ayah takda. Aku tahu mak aku sedih tapi dia sejenis simpan je. Paling2 pun ajak ziarah kubur. 

Sekian nukilan buat memory~


Love, 

A.Aqma yang aku je panggil ayah. Abang2 panggil abah. #specialgilerrr




Post Comment
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...