Sedikit Isi Hati

Sunday, February 6, 2022

 Assalamualaikum and hi all :)


Dalam dunia ni memang akan wujud seketul manusia atau hidupan yang akan buatkan kita rasa annoying dengan dia. Kemudian kita insecure balik and overthinking. Sometimes kita rasa tak boleh nak defend diri sendiri. Tapi kau hadap dan telan.


So dalam posting kali ni lebih pada meluahkan isi hati. Maka "aku" is the best word to represent what I feel now. Aku memang capek banget sekarang. Kenapa ada orang yang fikir SINGLE ITU TIADA APA-APA? Takda benda nak fikir, takda dugaan hidup nak hadap, takda apa2 yang bebankan kepala. Tapi sebenarnya orang single ada je benda dia kena telan. Telan hidup2 sorang2 tanpa ada siapa dia nak luah. Yes. Dia ada TUHAN. TUHAN MAHA DENGAR tapi TUHAN juga ciptakan manusia lain untuk kita bercerita. Ada masa yang single ni dia kena belajar hadap sendirian.


Ada juga sejenis makhluk Tuhan yang pada dia dah sumbangkan duit pepandai lah hidup. Ada ketika tenaga dan perhatian adalah lebih berharga dari duit. Tapi tak ramai yang nampak. Nampak dia dah cukup derita cari duit. Tapi taknak berkongsi keringat. Yes. DUIT SANGAT PENTING sumbangan sangat2 dihargai tapi ada masa tenaga + perhatian + duit = sama NILAI, sama PENTING.


Kemudian bila ada masa kebaikan, kebolehan orang lain kau amik kesempatan. Biarlah dia buat, dia muda lagi, biarlah dia buat, dia masih boleh, biarlah dia yang uruskan dia ada masa lapang. Kenapa kena biarkan tenaga dia sorang2 sedangkan kau boleh ringankan beban dia? Kau ada masa, kau ada tenaga tapi kau biarkan dia. Mugkin kau nampak dia boleh semuanya tapi dalam hati dia, kau fikir rehat dia? kau fikir apa ada dalam jiwa dia? Tak. kau nampak dia boleh dan kau biarkan.


Masalah jiwa, masalah makan hati ni makin lama makin membiak. Makin rasa tertekan. Sometimes memang rasa tak boleh kawal, once blown up habes lah. Ada yang tak tahan luka berdarah sana sini secara fizikal. Bila dah nampak orang macam ni, jangan pressure dia. Dia tahu tanggungjawab dia besar. Dia faham dia diperlukan tapi jangan push. Bila kau push, dia tak boleh kawal ada yang masuk hospital nanti. Yes, sikit2 dia boleh kawal tapi kalau kau push, kau put on pressure, dia akan meledak dan terus kau pon tak boleh hadap dia nanti.


Jangan halang apa minat dia selagi tak bertentang dengan agama, selagi dia tak lalai pada yang SATU. Mungkin minat dia tu adalah salah satu cara dia lemparkan segala yang tersekat dalam jiwa. Jangan condemn kalau itu bukan minat kau, jangan kutuk kalau kau rasa minat dia tu luar alam. Jangan jadi penambah perasa yang membunuh.


Sekian cerita luahan dari bukan siapa-siapa kepada entah siapa-siapa.

1 comment on "Sedikit Isi Hati"
  1. Do My Assignment is a professional academic writing service that allows students to find qualified and affordable assignment help. We offer custom-written assignments and help students achieve their academic goals.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...