Top Social

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

7 Tempat Menarik Untuk Dilawati di Seoul, Korea

Monday, October 17, 2016
Assalamualaikum and hi all :)

Sempena nak masuk ke mood weekend ni aqma nak share tempat2 menarik untuk dilawati di Seoul, Korea. Masa pergi ke sana May 2015 rasa tak puas pulak. Rasa banyak lagi tempat aqma nak pergi. Seoul memang tempat yang lain dari yang lain. Seronok jenjalan sana. Sila baca JALAN2 for the sake of jalan2 sebab memang banyak sangat berjalan since last time aqma pergi backpacker style which explore sendiri jee.

Jom tengok tempat yang best untuk dilawati di Seoul, Korea. Mana taw boleh jad idea dalam ittinerary korang.


1. Gyeongbokgung a.k.a Istana

Sesungguhnya masa pergi istana ni perjalanan bila naik subway sangatlah jauh. Rasa macam banyak sangat station subway tu singgah. Jalan ikut bawah tanah then baru jumpa Gyeongbokgung ni.

Takda apa sangat pun tapi boleh tengok la feeling2 macam dalam historical drama korea. Amik gambar memang cun! Masa aqma pergi dulu kebetulan ada perarakan pakai costume diraja semua. Ada kuda ada maharaja, ada pengikut2 semua ada. Rezeki!


Lautan manusia walaupun hujan

Dapat pakai hanbok FREE :D


2. Namsan Tower

Kat sini ibarat pelengkap, penanda uolls dah sampai Seoul. Kat menara ni la korang boleh dok kunci cinta tu. Kat sini banyak tempat menarik nak ambil gambar. Kalau pergi weekend memang ramai orang..

Oh ya, lagi best gi sini naik cable car. Fefeeling sikit tengok sekitar Seoul. Ada jual souvenir juga kat sini.




3. Nami Island 

I love Nami Island!!! Seronok sangat kat Nami Island sebab tempat sangat cantik dan luas! Korang kena berhati2 sikit la sebab pet dibenarkan bawa. Maka, ada la anjing bersepah. Hik2.



Then tempat dia Muslim friendly. Surau besar gilaaa, tempat wuduk selesa amatttt. Restoran halal pun ada. Sup telur dia terbaik! padahal sup telur biasa je tapi apa ntah buatkan rasa sedap. Rasa nak tambah je padahal itu side dish je. :P



Kat sini banyak tempat cantik2 nak amik gambar. Boleh naik basikal yang 2 orang tu. Sweet~~~


4. Masjid Seoul di Ittaewon 

Masjid ni famous taw dalam kalangan pelancong Malaysia. Kat Ittaewon ni juga ada banyak makanan halal. Restoran makanan malaysia pon adooo. Lokasi masjid ni atas bukit and nak naik bukit tu ada lorong pintu kecil. Kadang2 boleh tak perasan pintu tu.

Selamat menapak boleh la solat di masjid tu. Lengkap telekung semua ada. Jangan risau :)




5. Hello Kitty Cafe

Hello Kitty Cafe yang aqma pergi hari tu di Hongdae. Kat Hongdae ni tempat dia untuk muda mudi. Ada gerai ala2 macam uptown. Ada beat music bising2 haa camtu laa.

Hello Kitty Cafe ni waffle dia terbaikkk. sejuk2 layan Vanilla Latte asyik wooo~ Seronok la amik gambar, chillax dengan member2 kat sini.




6.  Everland Theme Park

Yang ni aqma belum pergi lagi. Dengar cerita boleh tercabut tekak bila main roller coaster dia. Waaaah!! Excitednyaaa.. !

Pastu ada mainan yang kena air lagi taw. Ha, kena bawak baju lebih la kalau kesini :)


7. Myeongdong 

Tempat ni sakan weyhhh! shopping saja laaa. Kat sini la syurga make up, mask muka dan macam2 lagi barang kecantikan. Korang nak cantik macam 2PM? macam EXO? Haaa sila la masuk mana yang ada poster diorang dah berkenan. Oh ya, kalau diorang dok panggil2 tu pergi je.. untung2 dapat FREE Sample. Bukan sikit2 dia bagi. Banyak okaysss!


Haa dah cukup 7 dah rupanyaa. Nanti bila ada lagi tempat menarik aqma explore, aqma update lagi.

Siapa nak ke Korea tu plan bebetul korang nak pergi musim apa sebab ada certain tempat seronok pergi musim tertentu. Macam Nami Island tu best pergi semua musim. Tapi musim bunga paling best rasanya. Nak main ski ke, nak buat apa2 ke plan baik2..nanti takot tak cukup bajet pulak. huhuhu.

Siapa ke Korea tahun ni? Holla sikit~~~

Love,
A.Aqma

TIPS BISNES | PERLU KE MODAL?

Saturday, August 27, 2016
Assalamualaikum and hi all :)





Ramai sebenarnya yang nak mulakan bisnes. Zaman sekarang memang tak cukup kalau buat kerja makan gaji semata-mata. Even masih single pun ada yang rasa peritnya. Then, buat bisnes la untuk dapatkan duit tepi. TAPI, perkara pertama yang selalu buat ragu2 nak mulakan bisnes adalah MODAL.

Perlu ke MODAL ni untuk mulakan bisnes? Pada aqma, bisnes apaaaa sekalipun mesti keluarkan modal. Even nak jual pisang goreng tepi jalan pun perlukan modal nak beli payung, pisang, tepung, minyak, kuali, duit kecil pun kena sediakan juga tau. Yang membezakan adalah modal kecil atau besar je. Dengan TDC, anda boleh mulakan bisnes dengan modal yang flexible mengikut kemampuan.

Plus, bila ada modal untuk mulakan dengan produk baru la senang nak berniaga. Seriously, bila ada produk depan mata memang laju tau sales. Takkan nak berniaga dengan catalogue je kan? Bayangkan bila pelanggan nak, boleh bagi on the spot. Anda pun dapat duit on the spot. Bestkan? :D

Tak mustahil dapat Premium Beautiful cash buyer macam ni :)

Even, ada cerita yang make up artist ni nak mulakan bisnes pun kena kuarkan modal beribu untuk beli barang2 makeup tu. Takkan nak make up muka orang guna barang cikai2 kan? Then, dia tak jadikan ia sebagai halangan. Dia join kutu untuk dapatkan duit modal dan minta as first giliran. Alhamdulillah now bisnes makin ramai client and skill make up pun makin cantik tau.

See, dia jadikan halangan sebagai pemangkin semangat. Seriously aqma adore dengan semangat MUA ni bermula. Yang penting cari solution untuk atasi halangan yang datang. For those yang nak mulakan buat duit gaji kedua dengan TDC jom aqma explain caranya. Uolls dengar dulu then decide berapa yang mampu. :)




Contact aqma +60102534217 untuk tahu cara dapatkan duit tepi / gaji kedua anda macam atas ni :)  

Love,
Your Business Coach
A.Aqma

Tips Tingkatkan Traffic Blog Cepat

Friday, July 22, 2016
Assalamualaikum and hi all :) 

Alhamdulillah hari ni blog aqma dah cecah 1000++ views! *fireworks* Alahaiii seribu je kan?? Padahal orang lain juta noks! Takpelah kita still raikan pencapaian kecil ini. Next time kita raikan pencapaian besar pula. In shaa ALLAH. Aamiin~

So now aqma nak share tips tingkatkan traffic blog dengan mudah dan pantas. 

1. Rajin update blog

Ini SUPER PENTING! Kalau blog bersawang tak menarik la orang lain nak singgah. Balik2 entry tuuu je.Takde update cerita terbaru. Bosan kan? Lebih2 lagi yang newbies tu. Memang kena perah sikit idea untuk update blog if possible setiap hari. 


2. Share di media social

Bila dah update blog tu jangan biarkan je. Update la kat facebook, instagram, twitter, tumblr, pinterest dan lain yang seagama dengannya. Kalau kat facebook tu boleh lah share entry korang di group2 blogger tu. Banyak sangat group blogger kat facebook tu. Join je semua :) 


ihsan: Google


3. Blogwalking 

Anda tahu blogwalking tu apa? Alaaa adik beradik dengan blog hopping juga. Kiranya kita melawat ke blog orang lain. Nak orang datang blog kita? Kita datang blog orang lain dulu, nanti diorang balas la kunjunga :) 

Haaaa bila dah blog kita penuh dengan content yang updated, lapang hatikan kita nak orang datang blog kita? Macam time raya la, kita mesti nak rumah kemas, kuih raya dah siap masuk balang baru lapang hati terima tetamu kan? Camtulah ceritanya...


4. Pastikan blog kemas 

Ini aqma punya rules. Kalau blog tu serabut, sana sini bertempek aqma memang jarang lama2 kat blog orang tu. Cukup la ada sidebar 1 side je. Kekadang pening tengok banyak2. Huhuhu

Plus bila ada macam2 widget atau hiasan ni blog jadi berat so orang malas nak tunggu load terus dia tekan Mr X nanti. 



ihsan Google


5. Join Segmen

Haaa yang ni sangat membantu untuk tingkatkan traffic blog. Plus anda pun boleh blogwalking dari satu blog ke satu blog bila join segmen ni. Senang nak tengok link2 kawan2 blogger yang lain. 

Korang jangan lupa join Segmen Bloglist August anjuran blog aqma. Nak join klik SINI
Thank you join :) *cakap awal2:P*





That's all for today's tips. Esok lusa ada idea aqma share dengan uolls lagi ya. 

Till then,
Love,
A.Aqma

My Dream Kitchen Inspired

Sunday, June 26, 2016
Assalamualaikum and hi all :)

Since ramadhan dapur jarang betul tak berasap. Me and my mum always crack our head what to cook for iftar and sahur too. Mostly iftar la.

Then usually kitchen will be the place to create family bonding. Everyone has their own favourite place to sit. Ayah situ, ibu sini, abang sana and si kecik kat celah ni. Eating together with family is a bless.

A side of mum's kitchen. Kena extend meja since we are extended. Lol

While cleaning the kitchen been thinking to remodel the decoration. Alaaa just to make it nicely arrange, easy to find things and easy to clean of course. So here some of ideas from pinterest that inspired me and maybe sparks your kitchen too.


Love the sink front marble and the hook.
Hohoho

Yang ni tak praktikal for mummy's kitchen
Ada tengah2 meja tu. Hurmm.


Suka yang ni all white. Tapi masak kari, menumis karang menangis lap dinding. Lol



Haaaa yang ni I loikee. Very soft and pastle. 
Kabinet dia almost like my mum. Boleh tiru idea rak atas tu. 


This idea best for tiny and small kitchen. Ni memang sorang je la masak. Nak tolong2 pun sesak. Tapi kabinet dia cun!


Yang ni sangat2 macam dapur my mum. Nak pasang para atas tu lah. Baru tak nampak serabut. Yeay! Got the idea from here. :D


Yang ni sejenis kegigihan. Berlampu bagai tapi sangat2 cute! Vintage looks. Tak takut la bangun sahur nak siapkan makanan. Hehehe.


Okaylah dapat serap few ideas here and there to remodel my mum's kitchen. Nak tunggu my own house pula. In shaa Allah. Amiin~ Doakan ya. 

Uolls suka deco2 dapur juga? Meh share dengan aqma ur ideas di ruang komen ya :)


Love,
A.Aqma

Tips Khatam Quran Dalam 2 Minggu | Ramadhan Series

Tuesday, June 7, 2016
Assalamualaikum and hi all :)



Salam Ramadhan Kareem. Alhamdulillah dapat habiskan 1st puasa hari ni. Puasa kali ni extra meriah sebab my baby boo nephew dah besar and kena layan kerenah dia sikit. Tapi apa2 pun weolls happy je melayan keletah si kecil Adam omey tu.

Ramadhan kali ni aqma still bekerja in OWL hours. Lepas berbuka rushing nak pergi kerja and bersahur di office saja. Ralat tak dapat buat terawikh di masjid. Dapat pun on weekend je. Itu pun kalau pergi. Tak pelah hope Ramadhan akan datang dapat buat complete di masjid.

Sempena Ramadhan ni aqma nak share tips untuk khatam quran dalam masa 2 minggu. Here you go:




From Google


Banyak sangat manfaat baca Quran bulan Ramadhan ni. Seriously banyak sangat. Masa yang ada sebolehnya nak selit2 baca Quran. In shaa ALLAH. Hari-hari biasa selalunya leka je tengok Quran letak tepi. Now in this holy month of Ramadhan I'm trying my best to grab the goodness of Ramadhan and barakah in it. In shaa ALLAH.

Semoga info ini bermanfaat. Selamat berpuasa dan Ramadhan Kareem :)

Love,
A.Aqma



Doa Jemput Rezeki

Saturday, May 28, 2016
Assalamualaikum and hi all :) 

Nak puasa ni sure ramai yang ambil peluang untuk buat bisnes kan? yela cari duit lebih untuk belanja raya kan.. Entry kali ni aqma nak kongsikan pada uolls doa jemput rezeki. Sebenarnya rezeki kita ada, ALLAH dah janjikan siapa berusaha pasti dapat hasilnya. 

Jadi, kita jemput rezeki dengan cara betawakkal, berusaha dan berdoa kepada ALLAH bulat2 apa hasilnya nanti. 

Ini doa yang aqma amalkan: 

" Ya ALLAH Ya Fattah Ya Razzaq Ya Ghani Ya Mughni aku tak tahu bagaimana aku tahu dan aku tak tahu bagaimana aku buat namun aku buat dan berjaya dapat jualan sebanyak RM xx,xxx (boleh selit kuantiti target jualan) melalui jualan (bisnes apa) dengan sangat cepat, mudah, halal dan gembiranya. Alhamdulillah ya Syakur."

*Ya Fattah = Yang Maha Pembuka
Ya Razzaq = Yang Maha Pemberi Rezeki
Ya Ghani = Yang Maha Berkecukupan
Ya Mughni = Yang Maha Memberi Kekayaan


Di penghujung doa ni sebut Alhamdulillah Ya Syakur sebab kita kena yakin kena bayangkan yang kita pasti dapat apa yang kita doa sebab kita ada ALLAH. In shaa ALLAH. Letak yakin tu NUMBER 1 okay? 

Aqma belajar doa ni dari sifu bisnes facebook. Dalam group telegram sifu ni ada diajar doa dan macam-macam lagi tips jemput rezeki yang kita mudah je nak amalkan. 

Ni aqma kongsikan dari mana aqma belajar tips doa dan bagaimana uolls boleh buat sales LEBAT di facebook wall je. Oh ya, orang pun ramai LIKE and COMMENT nanti. Meriah la facebook uolls nanti :) In shaa ALLAH :D 




Love, 
A.Aqma

7 TIPS BLOGGING UNTUK NEWBIES

Monday, April 4, 2016
Assalamualaikum and hi all :)





Alhamdulillah akhir-akhir ni blog aqma semakin lama semakin meningkat page view nya atau pelawat. Terima kasih juta-juta kepada pembaca sekalian. Then ada yang big company notified my blog. Alhamdulillah experimen aqma untuk tingkatkan pembaca blog aqma menjadi. So here the tips.



TIPS BLOG #1: Layout blog

Pastikan layout blog anda adalah kemas dan ringan. Hal ini sangat-sangat lah penting. Bila ada banyak sangat widget atau accessory yang tak perlu di blog kita seperti lagu dan cursor rama-rama. Nanti lama sangat loading orang pun laju je tekan X kat atas tu.

Paling bagus buat layour blog 1 warna atau 1 theme sahaja. Lebih warna cerah seperti putih, pink pudar dan seangkatan dengannya.



TIPS BLOG #2: Gambar

Gambar yang menarik akan menjadikan pembaca akan membaca blog anda dengan gembira. Pastikan saiz gambar pada blog anda adalah best fit.Maksudnya tak kecil sangat dan besar sangat. Bila besar sangat nanti lama nau nak loading, pembaca pun malas nak tunggu.

Ukuran best fit adalah dalam 640px x 640px.



TIPS BLOG #3: Aturkan jadual untuk entri

Pastikan blog anda tidak bersawang ya. Nak pembaca lebat kena pastikan blog anda penuh isi dan maklumat yang berguna.

Kalau boleh setiap hari ada entri. 1 hari 3 post. Lagi laaa bagusnya! For newbies mungkin isi tak banyak lagi dalam blog tu. So, kena pulun sikit la ye :)


Ni contoh jadual yang boleh dijadikan panduan


TIPS BLOG #4: Pilih tema blog anda

Untuk tips ke-4 ni anda kena pilih fokus untuk blog anda. Contohnya blog anda ni pasal apa? Pasal keluarga ke, pasal catatan peribadi ke, lifestyle ke, business ke atau gossip artis? 

Haaa ni kena pilih supaya tak carca marba la blog la. Bila pembaca singgah mereka seronok sebab ada tajuk yang fokus. Kalau nak campur-campur tu sikit-sikit boleh la. Kalau kita bukak website RotiKaya ada banyak pasal gossip artis kan? Takde pula cerita pasal bagaimana nak didik anak supaya dengar cakap. 

Plus, bila ada tema anda lebih fokus nak update apa dalam blog nanti. 



TIPS BLOG #5: Jangan Jadi COPYCAT

Setiap entri anda perlulah original dari idea otak anda sendiri. Nak tiru-tiru isi dari blog orang lain boleh tapi pastikan anda taip dan olah guna ayat sendiri. Baru lah pembaca pun seronok baca sebab ia datang dari hati. Gitttewww. 

Sebenarnya bahaya kalau kita copy-copy entry dari blog orang ni sebab nanti Google akan detect dan block entry kita dari keluar dari page Google. 



TIPS BLOG #6: Rajin Blogwalking

Blogwalking ni adalah terma yang bermaksud berjalan-jalan ke blog orang lain. Jika anda nak orang lain singgah blog anda, sila la ke blog orang lain juga. 

Alang-alang singgah tu komen la sekali and follow blog mereka. In shaa ALLAH dengan komen anda tu mereka akan lebih alert dan balas kunjungan ke blog anda. Macam hari raya gitu kan sweet~ 

Boleh buat dalam satu hari singgah 5 blog ke dan pastikan jangan singgah sekali je. Singgah la banyak kali supaya mereka perasan kewujudan anda terutama blogger yang dah ada beribu followers tu. 


TIPS BLOG #7: Jangan Pernah GIVE UP! 

Ini paling penting. Kalau anda masih newbie jangan lah expect baru publish entry dah keluar 1st page Google. Benda blog ni memang makan masa sikit nak naik page 1 Google. 

Namun, percaya lah dengan cara yang betul anda pasti puas hati bila tengok bilangan pembaca semakin meningkat setiap hari. Plus, bagi yang berniaga ia ibarat kedai 24 jam kita taw. 

Jangan putus asa ya! 




Okaylah cukup dulu 7 TIPS BLOGGING UNTUK NEWBIES dari aqma. Next aqma share pula bagaimana nak tingkatkan jumlah pembaca di blog anda. In shaa ALLAH :) 

Semoga entry ini memberi manfaat untuk anda. 


Love,
A.Aqma

Tips Bisnes Sambil Belajar | Pengurusan Masa

Saturday, November 14, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Entry kali ni aqma nak share dengan anda Tips Bisnes Sambil Belajar dari segi pengurusan masa. Sebenarnya apa sahaja bisnes yang anda ceburi perlu lah seimbang dengan perkara hakiki yang anda lakukan seperti kerja dan belajar.



Perkongsian aqma kali ni adalah berdasarkan my own experience lah kan. Since aqma start bisnes masa belajar kat uni dulu. For student yang masih single (belum berkahwin) sebenarnya banyak je masa if kos korang tak lah terlalu berat. Tapi ada je student medic or engineering success in business yang penting nak dengan taknak sahaja.

Dari segi pengurusan masa, aqma cadangkan spend about 2 hours everyday. Peruntukan 2 jam tu untuk buat all the marketing, promosi, iklan, artwork dan sebagainya.

Macam aqma alhamdulillah terjerumus dalam bisnes yang mudah2 aja. Segala support material disediakan tinggal effort kita untuk share material tu pada bakal pelanggan. Bisnes ni sangat sesuai untuk siapa yang sibuk bebenau tu.. serious cakap! :)


BILA 2 JAM TU ??

Untuk student, tak setiap jam korang ade kelas kan?? *ada masa tengok cite Korea kan?? Ehem2* sometimes, bukan hari2 ada kelas. So, 2 jam tu seeloknya dah decide awal2 from Ahad apa korang nak buat 2 jam for each day.

Kenapa Ahad? Sebab selalunya Isnin korang panggil brand new day kan? hikhikhik. Pada aqma selalunya 2 jam tu waktu yang otak tepu nak study. Contohnya petang2 lepas Asar. During that time bukan waktu yang sesuai for me untuk study. So, sesuai la nak buat artwork ke, edit2 gambar ke, buat ayat iklan dan sebagainya.

If ada yang kelas sampai malam tu, dah boleh buat schedule awal2 hari Ahad atau hari cuti untuk hari yang korang sibuk tu. (Nak tahu tips macam mana buat schedule post fb & instagram, boleh email aqma kat ainul_aqma@yahoo.com ya).


KALAU SIBUK ASSIGNMENT BANYAK, TEST, EXAM MACAM MANA ??

Please adik2 ku sayang jangan sesekali abaikan pelajaran yang menjadi harapan parents korang dapat flying colors. Bila dapat assignment terus bertindak untuk siapkan atau cari bahan awal2. Ingatlah pesanan hakakmu ini bila bertangguh memang sengsara dihujung deadline. huhuhu.



Bila tiba waktu nak test, nak exam sila lah rajin2 buat revision ya. Promote bisnes kena buat EXTRA AWAL a.k.a schedule siap2. Benda boleh adjust adik2. Sebab itulah pentingnya plan dulu apa yang kita nak buat.

Hopefully perkongsian kali ni dapat bantu adik2 balance kan masa untuk study and business.

If ada kemusykilan boleh la laju2 usulkan di bahagian comment atau email sajaaa. ALL THE BEST!

Till then,
Love,
A.Aqma

Build Your Dreams. It's FREE !

Friday, November 6, 2015
Assalamualaikum and holla people ! 

Thank you for dropping by my blog. For today segment which is Inspirational Friday  I would like to write about D.R.E.A.M.S. 

Have you had built your dreams? 
You found it hard even though it's FREE?

Come on guys, you love FREE things don't you? :) 

I asked my friend what is your dream car? and my friend said "I don't know as long as it can move." Really? You don't have any dream in you mind??


For me, it is VERY IMPORTANT to build your dreams. Even though it's hard to get but nothing is impossible in this world. You just need to give full effort to full fill your dream. Might be you afraid to get out of your comfort zone. Well, honestly comfort zone wont let you go anywhere. 

So, basically I was the one who very proud with my so called 'comfort zone'. It's not so comfort at all actually. Then I guess I should dig my capability and grow myself. 

Now, I've found my interest which is Beauty World. Then I decided to become a beautypreneur. I love sharing beauty thing with people and also I love to make people feel extra beauty and confident. 

Alhamdulillah now I am happy with myself. I am no longer staying in my so called 'comfort zone'. I am struggling everyday to achieve my dreamssss. Yes. I have a lot of dream since it is free. :) 

So, never ever stop dreaming. Even people will say you just brag about it, let them be. Only you know yourself. In this era if you don't have dream. It is hard for you to achieve great things in life. Never mind if you think your dream is absurd, eventually you will find a way how to achieve it. Just pray and keep struggling. 

DREAM BIG. 

TRUST YOURSELF 

KEEP STRUGGLING 



Hope this entry can open your mind how important to build your dream and make effort to achieve it. I hope this entry can motivate you to improve your life. In shaa ALLAH. 

Till then, 

Love,
AinulAqma
Beautybillionaire 





My Current Favourite Food

Friday, October 16, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Lately ni aqma ada kemaruk satu makanan ni almost hari-hari makan tak bosan pun. Masak sendiri je pun.. nama dia

:
:
:
:
:
:

SUP TELUR !


Ya. Anda baca dengan tepat. Saya kemaruk sup telur sekarang ni. Since tengah amalkan konon tak makan nasi. Maka, makan sup telur adalah pilihan yang tepat. Cepat kenyang dan kenyang lebih lama.

Nak sedap tambah la sayur like sawi ke, daun bawang ke and kobis bunga. Yummylicious!
Actually mula2 makan sup telur ni masa kat Korea aritu. Makan dengan bibimbap. Teruja iolls!

So, now tengah kemaruk. For those yang tengah diet. Here the purrrfect menu for you :)

Till then,
Ainul Aqma
The skinny :P

Wednesday Beauty Tips: 7 Foods That Makes You Look Younger

Thursday, September 10, 2015
Assalamualaikum and hi all :)

Today I would like to share with you guys 7 Wonderful Food that can make our skin youthful last longer.

One of the best tips to make healthy skin is controlling the food that going into our body. A diet not only work wonder on your waistline but also on your skin.

Here there are..

1. Coffee

Grab a cup of coffee in the morning can help you to avoid melanoma. Research found that the more coffee you downed the less potential to get the disease.

2. Watermelon 

Who doesnt like the juicy of watermelon right? Watermelon high with antioxidant and really help to combat UV rays from damaging the skin. However, you still need to wear your sunscreen when going outside.


3. Pomegranates

The seeds contains high amount of antioxidant, vitamin C that helps to prevent lines and wrinkles. In addition, the Vitamin C helps to lessen the lines and dry skin from happen among middle aged woman.


4. Eggs 

Our nails made from protein. The decrease of protein will make them to break easily. Eggs is the best source of B complex vitamin that metabolize the amino acids which is the component of protein.


5. Avocado 

Avocado gives a lot of advantage for our skin. It contains high oleic acid that helps our skin become moisture, supple and soft.



6. Walnuts

It contains high omega 3 and Vitamin E. Both can help to make your skin looks your skin colour looks glowing and rich!



7. Blueberries

These plump little beauties rich with Vitamin C and E which great antioxidants for brighten skin and fight off free-radical damage. It also known as natural hydroquinone.


Hope this article can help you to maintain your beauty.

Till then,

Thank you!

Love,
#ainulaqma

10 Tips Kempis Perut Waktu PMS [WAJIB BACA!]

Thursday, August 20, 2015
Assalamualaikum and hi all :) 

Biasa tak waktu2 dah nak dekat period datang tu selera makan lain macam sikit? Selalunya ada je craving nak makan itu, nak makan ini. Perut buncit adalah simptom normal yang berlaku apabila Premenstrual Syndrome (PMS). 

Hal ini disebabkan oleh hormon estrogen dan progestron berubah-ubah pada waktu ini. Perubahan hormon ini memberi kesan kepada saluran usus anda. 

Disini aqma nak bagitahu 10 Tips untuk kekal perut kempis walaupun PMS. Nanti tak muat pulak nak zip jeans semata-mata PMS symptom. hehehe


1. Hentikan ambil makan yang tinggi sodium (garam)

Makanan yang tinggi garam adalah seperti makanan dalam tin, makanan segera, dan daging yang diproses. Hal ini kerana sodium akan menjadikan air meresap air dalam badan berlebihan. 



2. Minum lebih banyak air. 

Percaya atau tidak, extra cecair yang masuk dalam badan sangat membantu untuk mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan. 

Cuba anda minum 3 liter air putih sehari. Anda akan kerap ke tandas dan anda dapati perut anda semakin kempis. Cubalah! 




3. Elakkan makan karbohidrat. 

Karbohidrat yang dimaksudkan adalah roti putih, pasta, kentang goreng dan sebagainya. Apabila karbohidrat dipecahkan kepada glukos dan disimpan dalam badan sebagai glycogen menjadi tenaga. lebih banyak carbohidrat disimpan dalam badan, anda akan rasa lebih berat. 


4. Bersenam.

Dengan bersenam ia akan membuatkan anda berpeluh dan mempercepatkan proses penghadaman. 
Pastikan anda berjalan sekurang2 nya 17 minit setiap hari untuk pastikan makanan sampai ke saluran perkumuhan dengan cepat. 



5. Ambil calcium dan magnesium 

Kandungan calcium dan magnesium akan berlawan dengan sodium dalam badan anda. Apabila anda ambil magnesium, ia akan mengarahkan badan untuk mengeluarkan garam berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. 


6. Hentikan makanan ringan.

Makanan ringan tinggi kandungan garam, gula, lemak dan berminyak. Makanan yang mempunyai ciri2 tersebut adalah sukar dan lambat untuk dihadam. 




7. Tingkatkan pengambilan protein

Tingkatkan pengambilan protein dalam makanan anda seminggu sebelum dan semasa menstruasi. Kandungan protein sangat membantu untuk memberi kesan diuretic (senang lawas) pada badan anda. 


8. Elakkan makanan tenusu 

Makanan tenusu seperti keju yang mengandungi laktosa akan menambahkan buncit atau 'bloating' pada badan. 




9. Elakkan minuman bergas

Kandungan caffein dalam minuman bergas menjadikan badan anda dehydrated. Sekaligus menjadikan air lebih menyerap kedalam badan anda dan membuatkan anda bertambah tembam. 


10. Banyakkan makan sayur-sayuran bersifat 'water-flushing'

Sayuran ini adalah seperti timun, asparagus, brokoli, carrot, kobis dan tomato. Sayur-sayuran ini membantu mengurangkan air dalam badan anda. 




Selesai 10 Tips Kempis Perut Waktu PMS. Semoga bermanfaat ya wanita sekalian. No more nak melantak waktu PMS. Semuanya terkawal~~ 



Thank you for reading my entry :) 
Love, 
#ainulaqma


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...